
Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan; Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) dibatalkan susulan penularan COVID-19.
Pembatalan itu dibuat bagi memberi keutamaan supaya kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat terpelihara. Semua penggiat industri pelancongan dan kebudayaan diseru mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, peraturan dan arahan yang sedang berkuat kuasa ketika ini. Antaranya:
- Premis penginapan pelancongan di seluruh negara diminta mematuhi peraturan terbaharu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Premis penginapan pelancongan dibenarkan beroperasi dengan jumlah kakitangan minimum, tertakluk kepada pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.
- Tetamu dikehendaki berada di dalam bilik penginapan sepanjang masa dengan tempahan makanan dibuat secara perkhidmatan bilik manakala, operasi fasiliti sampingan, termasuk kolam renang, ruang permainan dan gimnasium tidak dibenarkan beroperasi.
- Semua urusan pembaharuan lesen pengendalian dan penarafan premis pelancongan, pemandu pelancong serta institut latihan dibekukan hingga 31 Mac ini.

Untuk sebarang pertanyaan, penggiat industri pelancongan, kebudayaan dan orang awam boleh merujuk laman web rasmi www.motac.gov.my atau menghubungi kami menerusi e-mel di covid19@motac.gov.my
10 Perkara Menarik Ada Di Sungai Besar. Percutian Di Rumah Kayu MyDesaStay Beri Pesona Indah

Bila sebut Sg Besar, antara lokasi terkenal tentunya Sg Haji Dorani. Namun ada banyak perkara menarik boleh dilawati saat ke daerah Sabak Bernam ini. Bahkan rumah-rumah percutian juga sangat menarik khususnya MyDesaStay yang terletak di Jalan Haji Karim, Sg Besar, Sabak Bernam.
Dikongsi oleh Helmi Baharum di page fb Backpackers Buddies Malaysia, Helmi berkongsi pengalaman dialami ketika melawatnya Mac lalu, sebelum PKP dilaksanakan seluruh negara. Ternyata ada banyak perkara menarik bila ke sini.
𝗣𝗘𝗦𝗢𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥,𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
Review MyDesaStay, Jalan Haji Karim, Sg.Besar, Sabak Bernam, Selangor. Sesiapa yang dah lama tidak pulang ke kampung boleh pertimbangkan untukk mencuba menginap di sini!, tempat ni dibina seolah-olah sebuah kampung mini.
MYDESASTAY(hotel):
Komuniti Rumah Kayu
- Salah satu penginapan yang paling saya sukai dengan konsep desa.
- Pelbagai jenis penginapan yang ada antaranya jenis kontena, rumah atas kolam, rumah menara, rumah kampung, dorm dan beberapa lagi yg lain, namun saya memilih untuk menginap di tube/rumah kolong dengan harga RM76/unit (agoda):harga mungkin berbeza mengikut enjin pencarian ya.
- Bagi rumah jenis kolong dan menara tandas dan surau disediakan di luar tetapi selesa dan bersih. Ada jenis bilik yang ada tandas di dalam lebih sesuai untuk family-wise.
- Sedikit disayangkan unit tube saya kurang soundproof, tapi masih boleh diterima.
5. Fasiliti di sini lengkap sangat bagai sebuah kampung: Ada pondok BBQ, dapur yang lengkap dan TV, barber shop, pusat internet, surau, tandas, kolam renang, petshop, perigi bunga, nursery bunga dan beberapa spot untuk bergambar terutamanya yang paling menarik bentuk rumah tradsional yang berbeza-beza.
6. Lokasi hotel strategik berdekatan dengan pekan Sungai Besar, sawah padi dan laut. Secara keseluruhan saya boleh bagi 4.5/5 star kepuasan di sini.
7. Owner dan staff terbaik.
10 TEMPAT MENARIK DI SEKITAR SG.BESAR
- Restoran Eksotik Lembah Bernam: kami mencuba rendang landak, arnab bercili, pekasam dan lain-lain. Best!
- Pasar Jerami Sg. Besar untuk melihat gulungan jerami yang cantik di sebelah tali air.
- Laman Tebu Aidil. Panas-panas pekena air tebu RM2 je tapi manis sangat lah.
- D Estuary Marine Park, untuk melihat sunset, tak sangka pulak bila air surut membentuk rekahan macam kesan bumi terbelah dan disimbahi pulak cahaya matahari terbenam, syahdu sangat viewnya.
- MY PLACE CAFE at KUNCI AIR
- Pasar (moden) Sungai Haji Dorani
7. Pasar awam dan Jeti Sungai Besar
8. Old Mosque Panchang Bedena
9. Bagan Sungai Burong Blue Tear.cantik nya pantai ni, suka sangat di sini sambil tengok orang memancing, kalau rezeki baik malam-malam kita boleh nampak plankton biru bercahaya di sini.
10. Pantai Sekendi
Setelah menelusuri Sungai Besar secara details, boleh saya katakan di sini memang best! Walaupun tidak se glamour jirannya-Sekinchan. Memang berbaloi ke sini. Sumber : Fb Helmi Baharum (Backpackers Buddies Malaysia)
(Backpackers Buddies Malaysia)
Meneroka Bruit, Pulau Terbesar Di Sarawak. Lelaki Kongsi Pengalaman Pusing 13 Kampung Dalam Masa Sehari

Bila sebut mood bercuti, citarasa setiap dari kita berbeza-beza. Ada sukakan suasana pantai, kota metropolitan, meneroka bukit dan gunung, berenang di sungai serta pelbagai lagi aktiviti pilihan. Pendek kata hanya kita yang tahu apa yang inginkan ketika bercuti.
Bagi korang yang tengah ada mood nak bercuti tu, nie ada satu pilihan tempat bercuti boleh cuba iaitu Pulau Bruit, pulau terbesar di Sarawak dan kedua di Malaysia.
Dikongsi dari fb Helmi Baharum yang banyak meneroka keindahan alam semulajadi negara kita, dirinya berkongsi kenangan pusing-pusing Pulau Bruit dan Pekan Daro yang terletak di Sibu, Sarawak serta kawasan sekitarnya. Memang tenang menyaksikan matahari terbenam di sebalik sawah pagi yang menghijau. Pendek kata berbaloi pusing-pusing di sini.
Jom baca perkongsiannya.
Pulau Bruit: Pulau Terbesar Di Sarawak / Kedua Di Malaysia (+sisipan extra : Pekan Kecil Daro – Locality Terdekat Pulau Bruit.
Trip Daerah Daro & Matu,Sarawak:30-31 Jan 2022.Sibu 29 dan 31 Jan 2022
Trip dijayakan bersama-sama dengan duta Sarawak, Nurul Izah Ismail
𝐁𝐑𝐔𝐈𝐓
Jangankan warga Malaysia, malah penduduk Sibu atau Sarawak sendiri pun tidak ramai yang tahu kewujudan pulau yang satu ini, apa lagi untuk mengetahui keunikannya antaranya adalah:-
Memiliki tanah subur dengan pelbagai aktiviti pertanian terutamanya sawah padi, jagung dan sawit.
Industri utama adalah perikanan dan pengeluaran sarang burung walit.
Melanau beragama islam adalah majoriti penduduknya
Terdiri daripada 13 buah kampung yang kebanyakannya bertumpu di pantai barat.
2 laluan feri penumpang utama yang menghubungkan pekan Daro melalui Jeti Muara Lassa dan dengan tanah besar Sarawak dari Tg Manis (bandar terdekat) melalui Jeti Batang Paloh yang disubsidi dengan yuran RM1 sahaja per kenderaan. Kedua-dua laluan ini sedang dimajukan dengan pembinaan jalan raya/jambatan.
Pernah mengalami masalah jalan raya berturap yang tidak sempurna terutamanya di Jalan ladang (10KM) dan juga masalah bekalan air mentah.
𝐊𝐎𝐒
Hotel-RM100 Homestay 2 bilik Kampung Betanak dengan fasiliti serba lengkap: rumah kampung yang besar dengan basic amenities seperti dapur,toileteris, dan mesin basuh.
Boleh contact Lintah Samudra Swiftlet untuk tempahan. Lintah Samudra Swiftlet
Flight-RM121 Airasia pergi-balik KK-Sibu-KK
Sewa Kereta -Axia RM68/25 jam (selepas share of 2).
Petrol-RM21.50 (selepas share of 2).
Perbelanjaan makan/minum-RM16.50.
Maxim dan Grab airport-RM5.5 (selepas share of 2 di Sibu)
Feri RM4.Iaitu laluan pergi balik tanah besar -Pulau Bruit dan laluan pergi balik Daro-Pulau Bruit.
Berkenaan dengan tempat-tempat menarik di Pulau Bruit sebetulnya tiada yang spesifik, kita boleh mencari perspektif dan interested points masing-masing nak cari apa di pulau ini, antaranya adalah:
1.𝐌𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈
Menikmati pelayaran feri melalui Hulu Seredeng, Muara Lassa (20 minit) dan Batang Paloh (10 minit). Serta pemandangan indah di Jeti2 kecil seperti di Kampung Saai.
2.𝐒𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍𝐀 𝟏𝟑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍
Antara kampung yang sempat saya kunjungi adalah Kampung Betanak. Kampung Penibong, kampung Tekajong (paling utara),Kampung Penipah, Kampung Saai, Kampung Semop (paling selatan). Kampung Salah Kecil dan melalui beberapa perkampung lain lagi.
3.𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐈
Pemandangan di sini lebih menarik apabila tiba masa matahari terbenam memberikan suasana yang lebih mendamaikan.
4.𝐊𝐔𝐋𝐈𝐍𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍
Di sini terkenal dengan makanan laut nya terutama sekali ketam merah kecil dan udang (lupa nama orang sini panggil).
5.+𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐎
Pekan Daro merupakan pulau yang sangat hampir dengan Pulau Bruit dan menjadi sandaran untuk penduduk mendapatkan bekalan bahan yang lebih pelbagai selain dari bandar besar lain (Sibu/ Sarikei) yang lebih jauh.
Medan Selera Baru Daro
Tugu Ikan Terubuk Daro
Daro Wharf
Masjid Tunku Abdul Rahman Daerah Daro
Menikmati makanan terkenal di Daro: saya sempat mencuba umai untuk pertama kali dan juga pipus yang mirip dengan otak-otak di Johor.
Trip di Bruit/Daro tamat.
6 Hotspot ‘Street Art’ Paling Menarik & Mesra Instagram Di Selangor Harus Anda Kunjungi

Karya seni jalanan atau Street Art ini bukan sahaja menarik dan cantik, malah pengunjung dapat mengisi kenangan untuk bergambar dengan lukisan-lukisan luar biasa seperti lukisan 3D, campuran lukisan dengan perabot, lukisan dengan tema yang berlainan dan lain-lain lagi.
Seni jalanan ini memberi peluang kepada para pelukis yang berbakat untuk mempamerkan idea-idea lukisan di dinding-dinding bangunan kepada pengunjung yang hadir dan menjadikan ia satu kawasan tarikan pelancong.
Antara lokasi seni jalanan kreatif yang menarik boleh anda singgah seperti di:
LAMAN SENI 7, SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Laman Seni 7 merupakan sambungan daripada Laman Seni 2 di Seksyen 7, Shah Alam, berdekatan dengan i-City di mana ia merupakan tempat atau zon yang kreatif dan cantik yang diwujudkan bertujuan untuk penghayatan bidang seni lukis dan kreatif.
Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian menjadi selamat, bersih dan tenang. Pelbagai hasil seni yang dilukis seperti Lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalan dan lain lain lagi. Laman Seni 7 ini berkonsepkan ciri-ciri ‘Komuniti Shah Alam’, ‘Tarikan Pelancong’ dan juga ‘Konsep Hijau’.
LAMAN SENI 2, SEKSYEN 2 SHAH ALAM
Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan titik permulaan terjadinya kawasan mural di Shah Alam yang kemudiannya ditukarkan ke Laman Seni 7.
Tema untuk karya seni di tempat ini adalah ‘kembali ke sekolah’. Bersedia untuk mengimbau suasana nostalgia di mana anda akan melihat bilik gantung, bas sekolah, lukisan haiwan dan lain-lain lagi. Bukan hanya itu, terdapat juga medan selera di mana anda boleh berehat setelah bergambar di lokasi lukisan mural.
SAFARI JEJAK WARISAN, KLANG
Jika ke Bandar Diraja Klang, adalah wajib untuk singgah ke bandar lama Klang yang mana terdapat kedai yang menjual pelbagai barangan untuk masyarakat India malah anda juga boleh singgah untuk mengambil gambar lukisan mural yang menarik dan bertemakan ‘Safari’ sepanjang lorong-lorong belakang kedai di bandar lama Klang.
Kawasan mural ini telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan pada 5 Jun 2020 dimana anda akan terpesona dengan hasil lukisan bertemakan haiwan ibarat berada dalam safari sebenar.
SASARAN ART, KUALA SELANGOR
Sejak tahun 2008, Organisasi Sasaran Art telah menganjurkan festival seni berskala besar setiap 3 tahun bagi memberi pendedahan tentang lukisan jalanan. Selain itu, dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, pembinaan bangunan 2 tingkat telah dijadikan sebagai sebuah pusat galeri seni yang dinamakan ‘Balai Seni Sasaran Kuala Selangor’.
Ia berfungsi sebagai pusat seni, festival ataupun pameran tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan aktiviti kesenian dan kebudayaan.
MURAL JALAN KENARI, PUCHONG
Kawasan mural ini terletak di Jalan Kenari 5, Puchong ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural di sepanjang jalan keluar. Karya seni lukisan mural ini telah dilukis hasil oleh 103 orang pelajar tahun akhir dari The One Academy, Subang Jaya dan juga dari Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik yang mengambil masa selama 6 hari.
Hasil lukisan mereka menggambarkan kecantikan dan elemen budaya Malaysia berdasarkan tema Negeri Selangor dan keunikan Negara.
KUALA KUBU BHARU MURAL (KKB), HULU SELANGOR
Kuala Kubu Bharu (KKB) terletak lebih kurang 70km dari bandar Kuala Lumpur, Bandar Kuala Kubu Bharu terkenal dengan tarikan aktiviti semula jadi seperti water tubing dan white water rafting.
Tetapi bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan seni jalanan di mana karya seni dilukis di dinding bangunan lama kawasan KKB. 8 lukisan mural di KKB ini juga telah dilukis oleh 40 orang pelajar dan staf dari ALFA College pada tahun 2014 yang menggambarkan kehidupan bandar di KKB.
Jom pusing-pusing Selangor. Jangan lupa menjaga penjarakan fizikal dan sosial sepanjang masa serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengelakkan sebarang jangkitan virus COVID-19 yang melanda dunia kini.
Sumber & Foto: Tourism Selangor