Percutian di Malaysia yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar tragik bagi remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari sebuah resort penginapan keluarganya.
Anak istimewa berumur 15 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari sini.
Mayat remaja Ireland itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah. Pengesahan identiti mayat itu dilakukan selepas pengecaman oleh ahli keluarga remaja malang itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Terdahulu, pencarian Nora Anne mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang siap ‘berkampung’ di kawasan itu sejak remaja itu dilaporkan hilang. Pencarian itu juga mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi yang turut melibatkan sejumlah tenaga yang besar. Antaranya pakar penjejak terdiri anggota pasukan komando 69, unit anjing pengesan K9, pasukan Senoi Praaq, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, penduduk orang asli dan sukarelawan. Selain pasukan dari Malaysia, polis dari Ireland, England dan Perancis juga berada di negara ini sejak minggu lepas bagi membantu siasatan kes kehilangan remaja itu. – Bernama
Ads
Pelbagai andaian dan cerita berkaitan kematian Nora Anne terus diperkatakan. Melalui perkongsian daripada twitter @HilmiQimie lokasi penemuan mayat Nora Anne sememangnya sering merangut banyak nyawa.
Kalau nak tahu, kami warga Pantai dan berdekatan pun tak berani nak pergi ke Gunung Berembun, tempat Nora Anne ditemui mati tu.
Yang tahu je tahu..
Akan dikongsikan cerita sebenar di sebalik sejarah misteri gunung berembun ini soon.
Wow, ada Hotel Pet Friendly Di KL! Jika merancang untuk bercuti di ibu kota pada masa yang sama mempunyai ‘si bulus’ dan risau untuk meninggalkannya, apa kata bawa sekali kucing kesayangan ini bercuti sekali.
Sekarang sudah ada hotel pet friendly di Kuala Lumpur yang membenarkan kucing menginap bersama tuannya.
Memahami keperluan pemilik kucing atau haiwan peliharaan Hotel Hyatt Place Kuala Kumpur baru-baru ini telah melancarkan polisi mesra haiwan sekali gus membenarkan pemilik dan haiwan peliharaan menginap dan menikmati percutian bebas stres.
Bennett Peter, Pengurus Besar hotel ini berkata sebagai pencinta haiwan beliau sendiri sangat teruja dengan dasar mesra haiwan peliharaan yang diperkenalkan.
“Saya sendiri mempunyai haiwan peliharaan iaitu kucing dan anjing jalanan yang diselamatkan. Saya sangat gembira dengan dasar ini dan berharap tetamu dan haiwan peliharaan mereka akan menikmat penginapan yang selesa,” ujarnya melalui wakil beliau dalam majlis pelancaran polisi mesra haiwan peliharaan di hotel tersebut.
Sementara itu pemilik kucing Johan Eskandar yang turut hadir dalam majlis berkenaan turut teruja dengan berita baik ini.
“Sebelum ini jika hendak travel kami terpaksa tinggalkan mereka di cat hotel tapi sekarang sudah ada hotel yang membolehkan pemilik dan kucing menginap sekali. Ia sesuatu yang melegakan kerana tak perlu berpisah dengan mereka,” ujarnya.
Selain mempunyai keluasan bilik penginapan yang luas dan selesa untuk menginap bersama haiwan peliharaan, hotel yang terletak di lokasi strategik Bukit Jalil ini juga berhampiran pusat membeli belah dan dengan kemudahan untuk kucing seperti klinik dan kedai menjual barang keperluan haiwan.
Hotel Hyatt Place juga berdekatan dengan Taman Rekreasi Bukit Jalil yang membolehkan pemilik dan haiwan kesayangan berjalan santai.
Dalam pada itu terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh pemilik yang mahu menginap bersama dengan haiwan peliharan di hotel ini. Antaranya anjing tidak dibenarkan, hanya 2 ekor haiwan yang dibenarkan menginap dalam satu bilik dan mestilah mempunyai berat kurang 9 kg setiap satu.
Haiwan juga haruslah sudah dilatih sebaiknya dan tidak dibenarkan berada di tempat awam hotel. Pemilik yang ingin membawa haiwan peliharaan menginap juga perlu menempah sekurang-kurangnya tiga hari sebelum.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bermula 1 April ini, negara akan memasuki fasa endemic dan pintu persempadanan negara akan dibuka untuk pelbagai tujuan termasuk pelancongan.
Bagi kaki travel yang rindu travel negara-negara Asean yang kos melancongnya tak terlalu mahal, bolehlah mencuba masuk ke Thailand untuk bercuti ke Hatyai dan Koh Lipe yang terkenal dengan julukan Maldives Of Thailand kerana sangat cantik.
Baca perkongsian dari Hafiza Ariffin mengenai pengalamannya bercuti dari Hat Yai ke Koh Lipe menaiki keretapi dan kos travelnya tak mahal mana, cuma RM700 sahaja untuk perjalanan 4H 3M.
Trip singkat saya selama 4 hari 3 malam ke Koh Lipe melalui Hat Yai.
DAY 1
Saya ke Hat Yai bersama seorang teman dengan menggunakan komuter dari Stesen Anak Bukit ke Padang Besar. Dari Padang Besar kami ke Hat Yai pula menggunakan keretapi klasik.
Masa untuk urusan imegresan agak lama iaitu melangkaui dua jam memandangkan ramai penumpang pada hari minggu dan kebetulan cuti umum berdekatan.
Tempoh perjalanan dari Padang Besar ke Hat Yai mengambil masa selama 55 minit. Usai sampai ke Hat Yai destinasi pertama kami adalah mencari makanan halal di sebuah gerai di pinggir kaki lima di bandar Hat Yai.
Urusan menjadi mudah memandangkan teman saya sudah acap kali ke sana. Walau bagimanapun mencari makanan halal di Hat Yai tidak begitu sukar memandangkan banyak restoran dan gerai menjual makanan halal terdapat di sana.
Setelah urusan 'tapao' makanan selesai kami bergegas pula ke hotel untuk merehatkan diri dan proses pembersihan yang sepatutnya.
Sebelah petang kami bersiar – siar di sekitar Lee Garden selain ke Khlong Hae Floating market. Kami menggunakan perkhidmatan grab ke sini kerana lebih jimat memandangkan kami hanya berdua sahaja.
(Grab pergi: 130 bath) (Grab balik: 128 bath)
Pada sebelah malam pula tidak banyak aktiviti dilakukan selain bersiar-siar di sekitar bandar Hat Yai. Hat Yai adalah sekadar lokasi persinggahan sebelum keesokkannya ke Koh Lipe.
DAY 2/DAY 3/DAY4
Seawal jam 6.30 pagi waktu tempatan kami telah bersarapan di sekitar gerai bedekatan hotel penginapan. Sepersinggahan di Hat Yai kami menetap di Hotel Kosit (RM 66/2D1N).
Tepat jam 9.00 pagi waktu tempatan kami telah bertolak ke Koh Lipe seperti waktu yang dijanjikan oleh pihak agensi pelancongan. Perjalanan dari Hat Yai ke jeti Pak Bara mengambil masa antara 1 jam 40 minit hingga 2 jam.
Pakej ke Koh Lipe kami beli melalui agensi Dee Travel Hat Yai. Anda boleh cari di sekitar bandar Hat Yai dan bandingkan. Banyak pakej menarik ditawarkan cuma buatlah pilihan yang terbaik.
Pakej yang ditawarkan merangkumi perjalanan pergi dan balik dari: HAT YAI – PAK BARA – KOH LIPE – PAK BARA – HAT YAI (1200 bath/person)
Setibanya di Jeti Pak Bara anda akan di bawa ke agensi terlebih dahulu untuk pengambilan tiket speed boat dan maklumat berkaitan. Selepas itu hanya perlu berjalan kaki ke jeti yang bedekatan dan anda perlu membeli tiket untuk memasuki Tarutao National Park dan Koh Lipe adalah salah satu darinya. Dengan adanya tiket ini anda boleh ke kawasan pulau-pulau sekitarnya. (200 bath/person).
Sepanjang perjalanan menuju ke Koh Lipe anda akan di bawa ke dua destinasi menarik.
Pertamanya Tarutao National Park dan juga Koh Khai. Setiap destinasi hanya 20 minit masa diberikan. Cukuplah sekadar untuk bergambar kenangan. Lebih kurang 1 jam 30 minit anda akan tiba ke Koh Lipe.
Sepanjang berada di Koh Lipe anda akan terpaku dengan keindahan pulau dan airnya yang jernih serta pasir pantai yang memutih.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain berenang di pantai adalah berkayak, snorkeling dan juga diving bagi yang mempunyai lesen. Bagi aktiviti snorkeling atau diving anda boleh dapatkan pakej di sekitar Koh Lipe Walking Street.
Pulau ini sentiasa hidup dan sangat indah. Sepanjang di Koh Lipe kami menginap di Family Song Bungalow (RM210++/3D2N). Chalet berdindingkan buluh, berlantaikan kayu dan beratapkan genting. Terletak berdekatan pantai dan juga Walking Street.
Kedai makanan halal boleh didapati di sini tetapi kos agak tinggi. Digalakkan membawa bekalan makanan untuk memudahkan urusan dan penjimatan. Jika ingin melakukan pertukaran wang pastikan bukan di Koh Lipe kerana nilai tukarannya rendah dari kadar tukaran semasa.
Kos sepanjang percutian ini adalah sekitar RM 700 merangkumi perjalan pergi dan balik, hotel penginapan, pakej ke Koh Lipe, makanan dan sedikit cendarahati sebagai buah tangan dan kenangan.
Sekian intenari ringkas dari saya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan berada di satu kawasan yang langit malamnya tidak pernah sunyi. Bukan kerana lampu bandar, bukan juga pesta cahaya buatan manusia, tetapi kerana panahan...