Rumah Sungai di Lenggong, Perak ini boleh dijadikan sebagai destinasi percutian seisi keluarga pergi suasananya memang mendamaikan apatah lagi terletak betul-betul di hadapan sungai.
Jadi untuk korang yang nak bercuti santai bersama family atau kawan-kawan dan merasai suasana dikampung. Korang boleh pilih untuk tinggal di dalam khemah atau chalet-chalet yang disediakan di sini dengn harga serendah RM180 untuk satu malam termasuk sarapan.
Yang hijau ni ada aircond, water heater dan peti ais. Tapi sebenarnya tak ada aircond pun takpe.. malam sejuk giler. Nak mandi sungai, keluar bilik terjun je kat depan tu. Sungainya tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak.
Keluar Tol PLUS Kuala Kangsar terus je dalam 30 minit sampai la ke Rumah Sungai, Lenggong, Perak ini.
.
.
.
.
.
Harga bilik dah termasuk breakfast dan lunch. Breakfast boleh pilih nasi lemak/bihun goreng/nasi goreng. Untuk lunch pula boleh pilih set A/B/C, masakan kampung yang cukup awesome. Owner siap bagi jeruk petai dan durian lagi.. Perghh.
Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ, RM15 je. Kita bawak sendiri ayam/daging perap dan bahan lain. Memang syok tepi sungai yang sejuk sambil dengar air mengalir. Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi selepas PKP, better rancang awal kot tahun depan, kalau main redah je nanti chance nak dapat chalet tu tipis la.
Siapa tidak kenal dengan Pulau Komodo yang dihuni ribuan biawak komodo. Walaupun dihuni oleh reptilia ‘menggerunkan’ ini, namun ramai pelancong tetap mengambil peluang untuk melawat pulau yang dikatakan antara kelompok tercantik di Indonesia.
Pernah viral seketika apabila Pulau Komodo mahu ditutup kepada pengunjung disebabkan mulai tahun 2020 setelah habitat biawak tersebut sering diancam oleh pengujung seperti masalah sampah dan menyeludup biawak. Pada September lalu, Indonesia memutuskan untuk membatalkan idea rancangan menutup pulau itu kerana populasi spesies haiwan mendiami pulau itu masih dalam kawalan dan terjaga. Menurut data kerajaan Indonesia, lebih 1,700 Komodo Dragon mendiami di pulau itu.
Oleh sebab tidak jadi ditutup, kerajaan Indonesia merancang membuka sebuah muzium khas untuk Komodo Dragon atau biawak gergasi, di Pulau Komodo sebagai tarikan terbaru. Jurucakap daerah Marius Jelamu berkata selain sebagai usaha memulihara keindahan pulau itu, ia juga bertujuan menarik ramai lagi pelancong dan sebagai pusat penyelidikan.
Muzium itu bakal dilengkapi kemudahan audio visual untuk membantu pelancong memahami proses pembiakan haiwan berkenaan. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ekosistem dan biodiversiti di pulau itu, dan dokumen saintifik mengenai sejarah serta tapak pelancongan antarabangsa yang dinobatkan sebagai antara tujuh keajaiban dunia.
Marius berkata penubuhan muzium itu juga perlu untuk mendidik orang ramai mengenai pembiakan haiwan itu, selain akan menjadi pusat penyelidikan untuk pakar.
Pulau Komodo terletak dalam Taman Negara Komodo adalah habitat kepada biawak komodo yang digelar sebagai naga. Biawak komodo (Varanus Komodoensis) atau kerap disebut komodo adalah biawak terbesar di dunia. Panjangnya mencapai tiga meter dengan berat antara 70 hingga 150 kilogram
Pulau Komodo merupakan kawasan yang memberi peluang kepada pelawat melihat biawak komodo di habitat asalnya. Kunjungan ke pulau tersebut cukup istimewa kerana pengunjung dapat melihat haiwan yang jarang ditemui dan terancam itu.
Rasanya sekian lama duduk terkurung di dalam rumah,buatkan kaki travel sudah tidak sabar pergi bercuti. Jika ada cadangan ke belah Pantai Timur, jangan lupa singgah dulu berehat di Adena Beach Resort, Kuantan.
Resort tepi pantai ini menyajikan pantai yang cukup indah. Ditambah ruang lepak disediakan oleh pihak Adena Beach Resort ini untuk pengunjung menikmati keindahan Pantai Balok ini sambil mandi-mandi memang terbaik, seakan terasa berada di Bali menyaksikan pantai indah mereka.
Tapi pemandangan indah ini turut ada di negara kita. Malah Adena Beach Resort Kuantan turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap bagi pengunjungnya. Bermula dari kolam renang yang luas, jalan sisir ke tepi pantai, kanopi kecil dan ruang lepak di tepi pantai, ruang makan yang luas, makanan yang sangat enak termasuk ada chalet yang mengadap laut, ruang parking kenderaan yang luas dan banyak lagi, ternyata ia satu tarikan yang sangat menarik untuk ke sini.
Terletak Mukim Sg Karang, Kuantan Pahang, pengunjung dapat menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam dan suasananya cukup indah sekali. Malah suasana malamnya yang cukup santai menambah tarikan di resort ini.
Jangan lupa masukkan list percutian korang kalau ke Kuantan nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda mencari kafe yang bukan sekadar cantik untuk bergambar, tetapi ada suasana berbeza daripada kafe biasa, Ekues Cabin Cafe di Putrajaya antara lokasi...