Kenyataan Pesakit COVID-19 Ke-136 Di Twitter Bikin Netizen Berang

Share

Kecoh sebelum ini kononnya seorang pelajar yang baru pulang dari Korea Selatan merupakan individu yang bertanggungjawab menyebar wabak COVID-19 dalam kalangan jemaah tabligh di sebuah perhimpunan tabligh pada Februari lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa kira-kira 10,000 orang telah menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Feb dan 1 Mac, berkemungkinan positif dengan Covid-19. Mereka yang menyertai perhimpunan ini turut datang dari beberapa buah negara luar termasuk Malaysia sebagai tuan rumah.

Dia dikatakan tidak mengamalkan saranan kerajaan agar ‘kurantin diri’ selama 14 hari setelah pulang dari luar negara sekaligus menyebabkan gelombang kedua COVID-19 di Malaysia. Namun tidak dapat dipastikan adakah dia merupakan ‘punca’ sebenar yang menyebabkan ramai yang terkorban akibat wabak COVID-19 di negara terutama dalam kalangan ahli tabligh.

Terbaru, selepas dikatakan bebas daripada wabak COVID-19, individu tersebut yang merupakan pesakit ke 136 di negara menciap di twitter baru miliknya Wan Akasha. Namun, ciapan yang disiarkan mendatangkan kemarahan ramai rakyat Malaysia.


Menerusi sumber daripada facebook Hisham Jejai Musa

, dia kongsikan kenyataan pesakit ke 136 tersebut.

Antara komen wargamaya:

IKLAN