
Nampaknya sebaik selesai musim haji 1442H, kerajaan Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara, bermula 10 Ogos depan.
Menurut laporan Gulf News yang memetik agensi berita negara, SPA, ia adalah susulan kelancaran musim haji tahun ini selesai dengan jayanya.
Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekspatriat di negara ini, sudah dibuka semula mulai semalam.
Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, mengarahkan semua ahli gabungan kompeten supaya memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Makkah.
Beliau sekali gus meminta petugas terbabit berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan semua langkah pencegahan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi, Madinah, selaras ‘kerja dan kelancaran cemerlang’ pada musim Haji, minggu lalu.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.
Ia bagi membolehkan jemaah menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidil Haram menjelang musim Haji tahun ini.
Sementara itu menurut ciapan dalam Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu, diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
Artikel Berkaitan:
Akhirnya Penerima Vaksin Sinovac Diterima Masuk Arab Saudi. Syaratnya Kena Ambil Dos Tambahan!
Ibadah Haji Tahun Ini Hanya Untuk Jemaah Pelbagai Negara Yang Menetap Di Arab Saudi Sahaja
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keenakan Kopi Nespresso Edisi Terhad

Kombinasi kopi dan susu berkualiti menyempurnakan rasa kopi sebenar , itulah yang sering disediakan oleh barista profesional. Kini Nespresso memperkenalkan tiga pilihan sensasi kopi edisi terhad yang khas disediakan dengan susu.
Diinspirasikan dari rasa kompleks kopi dan kepakaran menyediakan susu dari barista. Nepresso perkenal tiga pilihan kopi iaitu BARISTA Chiaro untuk Cappucino, BARISTA Scuro untuk Espresso Machiato dan BARISTA Corto seperti black Ristretto.
Hasil daripada keseimbangan yang sempurna ciptaan ini membawakan ciri-ciri yang luar biasa. Bagi memperkenalkan koleksi BARISTA edisi terhad ini, Nepresso telah bekerjasama dengan Barista Terbaik Malaysia, Jason Loo, Juara Kejohanan Barista Malaysia. Jason mengolah resipi menggunakan kopi Nespresso mengikut cita rasa tempatan.
Kopi BARISTA Chiaro, Scuro dan Corto berada secara terhad di www.nespresso.com bermula 4 September 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi BARISTA, boleh hubungi Nespresso Malaysia di talian 1800 80 701.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari 11 Hari Trip ‘Laki Bini’ Ke Dua Buah Negara (Hat Yai-Hua Hin-Bangkok-Siem Reap)

Bukan susah dan tidak juga mudah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Sememangnya ia memerlukan persefahaman daripada kedua-dua belah pihak sebelum kebahagiaan itu dapat dilihat dengan jelas. Antara cara ‘biasa’ untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara pasangan suami isteri tidak kira yang sudah lama berumahtangga atau masih dalam mood berbulan madu adalah keluar melancong bersama.
Melancong bersama tidak semestinya perlu mengeluarkan bajet yang besar. Cukup sekadar anda mempunyai ilmu dan pengetahuan yang diperlukan samada memilih untuk ‘travel’ di dalam negara atau luar negara sekalipun.
Nah! Ini ada perkongsian travel menarik daripada pasangan suami isteri ini yang berpeluang melancong bersama ke dua buah negara jiran terdekat kita sekaligus. Paling menarik, pasangan ini memilih untuk bercuti ala ‘backpack’ dan berpeluang menggunakan pelbagai jenis pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, kapal terbang, dan motorsikal.
FULL ITINERARY TRIP BACKPACKERS COUPLE THAILAND & CAMBODIA (11 Days)
HAT YAI – HUA HIN – BANGKOK – SIEM REAP
DAY 1 {12/6/19; Wed}
• Naik bas dari paka ke TBS (11 pagi); sampai dalam pukul 4 petang
• Pergi Midvalley Mall by KTM – untuk tukar currency BAHT & USD(disarankan tukar di MY MONEY MASTER)
• Pergi ke KLIA2 by KLIA Transit – transit ke Putrajaya Sentral dulu utk murah drpd direct ke KLIA2
DAY 2 {13/6/19; Thu}
• Check in flight KUL-HDY pd 10.50am (MYR 242/2 org)
• Beli simkad di airport (THB 299/RM 40, unlimited data)
• Ambil bas airport untuk ke Hatyai Central (THB 60/RM 8)
• Check in di LaemThong Hotel (walk in; THB 1,240/RM 167 – 2 nights)
• Lunch di Kai Tod Decha Halal Restaurant (walking distance 550m)
• Pergi ke Hatyai Railway Station untuk beli tiket ke Hua Hin (THB 612/RM 82 – utk 2org – 3rd class seat; walking distance)
• Pergi jalan2 ke Lee Garden Plaza (walking distance)
• Jalan2 masuk 7 Eleven area situ
*untuk tiket train : better pilih 2nd class seat or above sbb 3rd class seat mmg murah dan jimat tapi sangat tak selesa ( sbb perjalanan dari Hatyai ke Hua Hin adalah selama 14jam)
DAY 3 {14/6/19; Fri}
• Breakfast kat Dimsum Chabura (naik grabCar THB 20/RM 3 – pakai promocode, jimat sgt)
• Ambik grabCar ke Hat Yai Central Mosque (THB 50/RM 7 – solat jumaat situ)
• Pergi jalan2 ke Kim Yong Market by grabCar (THB 45/RM 6)
• Pergi ke Khlong Hae Floating Market by grabCar (THB 220/RM 30)
*sebaiknya pergi ke Khlong Hae floating market pukul 5 ke atas sebab semua gerai dah buka
DAY 4 {15/6/19; Sat}
• Breakfast kat restoran halal berdekatan hotel (not recommended since makanan taksedap dan mahal)
• Pergi ke Hatyai Municipal Park by grabCar (THB 190/RM 26)
• Check out hotel
• Bergerak ke Hatyai Railway station untuk tunggu train pukul 6 petang
DAY 5 {16/6/19; Sun}
• Sampai Hua Hin station dalam pukul 8 pagi
• Check in di Hua Hin Euro City Hotel (walk in; THB 1,200/RM 162 -2 nights; walking distance from station)
• Beli breakfast kat gerai halal berdekatan station
• Sewa motor di seaside restaurant belakang hotel hilton Hua Hin. (THB 200/RM 27 – 1 day) ; pergi semua tempat di Hua Hin dengan motor
• Jalan2 sekejap tengok view di Hua Hin Beach
• Makan petang di Mooz Halal Restaurant (mahal sikit harga makanan kat sini tapi worth it)
• Pergi ke Cicada Market (makan pakai coupon tapi mostly xhalal n skdr utk jalan2 n beli kraftangan oklah)
• Pergi station untuk beli tiket train ke Bangkok (THB 234/RM 32 ; 2 org – 3rd class seat)
*tiket train better beli awal2 sebab cepat habis; perjalanan dari Hua Hin ke Bangkok ialah 5jam
DAY 6 {17/6/19; Mon}
• Pergi ke Santorini Park Cha-Am (fee entrance utk seorang THB 150/RM 20 ; 33km dari Bandar hua hin )
• Lunch di Kedai Makan A Bang Mana (bersebelahan dengan Swiss Sheap Farm)
• Pergi ke Swiss Sheap Farm (fee entrance utk seorang THB 150/RM 20 ; 2.8km dari Bandar hua hin )
• Pergi ke Plearnwan Vintage Village (masuk free; )
• Makan petang di Halal Muslim Food Restaurant (dekat area station)
• Hantar balik motor sewa
• Berjalan jalan di Hua Hin Night Market (walking distance)
DAY 7 {18/6/19; Tue}
• Check out hotel pada 5 pagi
• Tunggu kat station untuk train pukul 6 tapi delayed satu jam
• Bergambar di Hua Hin Railway Station (tempat tourist attraction – station Hua Hin adalah station tertua dan tercantik di Thailand)
• Sampai di Bangkok station pd awal petang
• Check in di Station Hotel (THB 480/RM 65 – 1 night; walking distance from station)
• lunch di kedai makan halal berdekatan hotel
• Waktu malam jalan2 di MBK Center utk shopping sikit by bus (THB 30/RM 4 ; souvenirs kat sini murah)
DAY 8 {19/6/19; Wed}
• Check out hotel pada awal pagi (beli makanan kat 7E utk bwk bekal ke Cambodia)
• Ambil grabTaxi ke Don Mueang Airport (THB 361/RM 49)
• Check in flight DMK-REP pd 10:10am (THB 2,330/RM 314 – 2 org ; tiket beli awal2 kt Malaysia)
• Sampai di Siem Reap pd pukul 12tghri (tempah tuk tuk selama 3hari setengah USD 45/RM 187 dr Malaysia dgn local siem reap Haty Ly – semua tempat pergi dengan tuk tuk)
(recommended dan kalau bpuas hati dgn servis dia pandai2lh bagi tips ye ?)
• Terus lunch di restoran halal Siem Reap Backpackers Restaurant
• Check in hotel (USD 50/RM 208 – 3 nights)
• Pergi ke Cambodian Cultural Village (fee entrance utk seorang USD 13/RM 54)
• Pergi ke Artisan Angkor Workshop (free entrance)
DAY 9 {20/6/19; Thu}
• Pergi ke Angkor Wat (fee entrance utk seorang USD 37/RM 154) (menikmati pmandangan matahari terbit)
• lunch di restoran halal lain yg berdekatan area hotel
• pergi ke Lotus Farm pd petangnya (fee entrance utk seorang USD 0.5/RM 2)
• pergi ke Tasik Tonle Sap (fee entrance utk seorang USD 15/RM 62 – kena tipu perlu bayar USD 20 pula utk pusing2 area floating village, so overall kt sini habis dlm USD 50/RM 208)(dpt juga menikmati pmandangan matahari terbenam ?)
• Makan malam di Muslim Famliy Kitchen
DAY 10 {21/6/19; Fri}
• Pergi ke Angkor Silk Farm (free entrance)
• Pergi ke Mini Killing Field Siem Reap (free entrance)
• Santai2 rehat di kolam hotel
• Makan malam di Siem Reap Backpackers Restaurant
DAY 11 {22/6/19; Sat}
• Check out hotel jam 6 setengah pagi
• Check in flight REP-KUL pd 8.35am (USD 126/RM 523 – 2 org)
• Sampai KLIA2 pd pukul 12 tghri
JUMLAH KOS TERLIBAT (TAK TERMASUK MAKAN & SOUVENIRS & MEDICINE)
KOS UTK 2 ORG
1. HATYAI
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 529
2. HUA HIN
JUMLAH KOS KASAR = TIKET TRAIN + FEE ENTRANCE + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 351
3. BANGKOK (TRANSIT)
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TIKET TRAIN + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 464
4. SIEM REAP (CAMBODIA)
JUMLAH KOS KASAR =TIKET FLIGHT+FEE ENTRANCE+TRANSPORTATION+ACCOMMODATION
= RM 1,546
JUMLAH KOS KESELURUHAN = HATYAI + HUA HIN + BANGKOK + SIEM REAP
= RM 2,890
Pesanan ikhlas:
- Tipulah kalau xde mslh time travel. So juz pesan awal2 time travel pastikan duit di simpan elok2 kemas Sntiasa dgn kita dan letak kn duit emergency di mana2 sbb ada byk kes pnyeluk saku di mana2 tapi alhamdulillah kat kami xde mslh ini.sekadar mngingati.
- Sewa motor di hua hin Sgt mjimatkan kos kami.. Sewa utk shari baru 200 baht(Rm27)dan isi minyak dlm 80 baht (Rm11)
- Kos kami spatutnya boleh murah lagi kalau beli tiket awal means beli tiket awal 2 atau 3 bulan atau time promosi.. Tapi projek kami ni beli tiket on the spot minggu tu jugak lepas raya. Mahal sikitlh.
- Kalau di Cambodia, smua bayar pakai usd.. Elakkan mbeli di kedai runcit biasa sbb nnti dia akan ketuk skit bila costumer itu pelancong.. Dh terkena ?. Better beli di kedai Mart(mcm ala2 seven eleven gtu.
- Kalau di tasik tonle sap, siem reap(Cambodia) better minta pmandu tuk tuk atau org local belikan tiket sbb dpt harga murah atau spatutnya dlm 15 dollar usd seorang. Kalau pergi sndri kena ketuk around 25 ke 30 dollar usd srg.Pastikan masuk dlm group yg besar masa nk bjalan coz kami dh terkena smpai di sana.. Kena bayar 40 dollar(20 usd seorang) lagi utk pusing2 kampung atas air… Spatutnya xperlu bayar dh.. Tapi sbb kami berdua so sy bkeras minta kurang smpai 20 dollar utk 2 org n lastly baru diorng accept(even kte dh tahu diorng nk tipu kita (pelancong) tapi kte kena layan kn coz kte kat tgh2 tasik time tu).Byk lagi trick diorng di sana suruh buat charity utk anak2 Yatim belikan beras utk anak2 Yatim apa smua tapi sbenrnya itu cara diorng perah pelancong.. So berhati2 OK.. Mujur org local driver tuk tuk n adiknya byk mbantu dan mberi nasihat.
Kos Makan Di Thailand
Bergantung pada selera dan modal Masing2, biasanya sy dgn wife mkn sedap2 pun paling mahal 600 bath(rm80).
Kos Makan Di Cambodia
Average harga smua dlm usd tapi paling murah kami mkan berdua dlm 6 dollar (rm25) lebih dan paling mahal pun dlm 12 dollar(rm50) utk 2 org.
LIST OF TOURIST ATTRACTION
Since dalam itinerary tu tak banyak tempat menarik pergi (kekangan waktu dan duit), saya senaraikan tempat2 yang tak rugi kalau nak pergi sana.
1. Hatyai
• Lee Garden Plaza
• Kim Yong Market
• Dimsum Chabura
• Samila Beach
• Masjid Taj Mahal
• Champ Puak Camp
• Khlong Hae Floating Market
• Asean Night Bazaar
2. Hua Hin
• Hin Lek Fai View Point (FREE)
• Santorini Park (150 baht)
• Swiss Sheep Farm (150 baht)
• Camel Republic (150 baht)
• 1000 Sook & Food Farm (50 baht)
• The Venezia (300 baht)
• Plearnwan Vintage Village (FREE)
• Hua Hin Railway Station
• Hua Hin Beach
• Cicada Night Market
• Chatsila Market
• Mrigadayavan Palace (30 baht)
• Oasis x Seenspace
• Rajabhakti Park (FREE)
3. Siem Reap
• War Museum (5 usd – RM 20)
• Cambodian Cultural Village (13 usd – RM52)
• Angkor Artisan Workshop (FREE)
• Silk Farm (FREE)
• Mini Killing Field (FREE)
• Royal Residence (FREE)
• Lotus Farm (0.5 usd – RM2)
• Tonle Sap Lake (15 usd – RM60)
• Angkor Wat (37 usd – RM100++)
Boleh share ye untuk rujukan bagi sesiapa yang ingin pergi.
Sumber:FB Saifuddin Abdullah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Bercuti Ke Langkawi Naik ETS, Bajet RM130 Sahaja

Isi Kandungan
ToggleIni cara bercuti ke Langkawi naik ETS kalau anda tak nak penat memandu. Tahu-tahu dah sampai dan boleh menikmati tempat orang, barulah betul-betul healing!
Biasanya ramai yang berjalan ke Langkawi pergi dengan menaiki kapal terbang, bas atau memandu kenderaan sendiri.
Bercuti Ke Langkawi Naik ETS
Haaa.. kali ini ada tip mudah untuk anda yang menaiki pengangkutan awam, sesuai kalau mahu berehat sepanjang perjalanan memandangkan memerlukan lebih daripada empat jam untuk pergi ke Langkawi (anggaran kasar jika dari Lembah Klang).
Terdapat sesetengah orang awam juga suka untuk memandu sendiri kerana mempunyai lebih masa untuk menerokai kawasan kepualuan itu.
Namun ini bergantung dengan pilihan sendiri kerana masing-masing mempunyai jadual perjalanan sendiri.
Tetapi bagi mereka yang ingin cuba kelainan dengan menaiki kereta api namun tidak tahu caranya, boleh ikut tip yang dikongsi oleh CEO Travel di Facebook.
Beli Tiket Dulu
Bagi yang tidak mengetahui, kita juga boleh pergi ke Langkawi dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau lebih dikenali dengan Electric Train Service (ETS).
Menurut lelaki tersebut, dia memulakan perjalanannya dari stesen ETS di Kuala Lumpur Sentral susulan ia dekat dengan rumahnya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat pembelian tiket dan disarankan untuk membelinya beberapa hari lebih awal supaya perjalanan lebih teratur.
Kemudian, daftar masuk di ruangan menunggu dan cari petugas yang jaga di kawasan ETS.
Petugas tersebut akan menunjukkan jalan kepada pengembara supaya tidak sesat sampai ke platform yang sepatutnya.
“Trip kali ini akan bermula dari KL Sentral, daftar masuk di ruang menunggu dan kalau nampak salah seorang petugas di situ, ikut sahaja kerana dia akan bawa ke platform destinasi yang ingin dituju.
“Harga tiket untuk pergi ke Langkawi dengan menaiki KTM hanya RM98.50 dan akan diturunkan di Arau,” katanya.
Ada Cafe Dalam Tren
Menurutnya, perjalanan mengambil masa lima jam tetapi kalau rasa lapar dan dahaga tidak perlu risau kerana dalam ETS itu juga ada kafe yang menyediakan makanan dan minuman.
ETS menyediakan tempat duduk yang selesa buat penumpang selain beberapa keperluan yang boleh digunakan sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih dari tiga jam.
“Selepas sampai di Arau, naik van putih untuk pergi ke Terminal Feri Kuala Perlis dan seterusnya naik feri. Perlu bayar RM21 ke Langkawi.
“Feri ke Langkawi ambil masa lebih kurang dalam satu jam,” jelasnya.
Jumlah yang dikeluarkan untuk perjalanan pergi adalah tidak kurang daripada RM130.
Jadi ini pilihan untuk anda sama ada nak naik ETS atau tidak untuk per gi bercuti ke Langkawi, ikut tebal nipis poket dan keselesaan masing-masing.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI