Kes Koronavirus: Masjid Putra Ditutup Kepada Pelawat. Hanya Untuk Solat Sahaja

Share

Masjid Putra berkubah merah jambu yang boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa merupakan destinasi wajib untuk pelancong kunjungi jika berada di Putrajaya. Seni binanya yang indah merupakan tarikan utama yang istimewa.


Namun pada pukul 2 petang (26 Januari 2020), masjid ini telah mengeluarkan notis ditutup untuk lawatan bagi pengunjung bukan beragama Islam ekoran susulan kebimbangan terhadap wabak 2019 Novel Coronavirus.




  • Penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak dan buat masa ini Masjid Putra hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.
  • Pelawat atau pelancong bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja (sebelum pos kawalan masjid).
IKLAN