Kincir Angin Pulau Perhentian Kawasan Larangan?

Share

Sesiapa yang pernah ke Pulau Perhantian mesti tahu kewujudan dua kincir angin yang ada di sana kan? Pemandangan menarik yang boleh dinikmati di atas puncak bukit itu menjadikan kawasan tersebut sebagai tarikan pelancong untuk menikmati panorama Pulau Perhentian dan mengambil gambar.

Untuk pengetahuan anda, kewujudan kincir angin yang terletak di puncak bukit yang bertujuan untuk memberikan bekalan tenaga elektrik kepada penduduk setempat itu tidak dibenarkan masuk dan ianya digazetkan sebagai kawasan larangan kepada pelancong.

Memetik laporan daripada Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata bahawa kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan kepada pelancong yang mengunjungi kawasan berkenaan.

Sekalipun ada tangga disediakan untuk ke puncak bukit berkenaan, Atiffin menjelaskan bahawa tangga tersebut sebenarnya dibina untuk kemudahan staf Tenaga Nasional Berhad melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap kincir angin tersebut.

Difahamkan juga papan tanda larangan dan pagar sudah dipasang bagi menghalang pelancong daripada memasuki kawasan berkenaan tetapi telah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kerajaan negeri juga sudah memaklumkan kepada semua pengusaha bot yang membawa pelancong di Pulau Perhentian untuk menasihatkan mereka agar tidak pergi ke tempat tersebut.

Tahun lepas, pernah viral gambar yang menunjukkan keadaan sebenar tangga-tangga yang menuju ke kawasan kincir angin itu rosak teruk. Jadi kepada anda yang masih ingin ke sana, tanggung sendiri risiko ya. Tapi sebaiknya, jangan la pergi, bahaya.

Ah kalau macam ni, tak naik pun tak apa lah. Sumber MALAYSIA MOST VIRALL
Mak aih bahaya gila nak naik atas tu. Sumber MALAYSIA MOST VIRALL
IKLAN