
Ketika ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar membeli-belah sebagai persiapan menyambut hari raya walaupun secara berserdahana. Baju raya, kasut raya dan kuih raya disediakan sebagai tanda kita merayakan hari yang mulia setelah sebulan berpuasa.
Namun, yang menyedihkan ketika wabak COVID-19 sedang melanda, masih ramai yang berada di luar dan tempat sesak dengan membawa golongan yang berisiko tinggi dijangkiti pandemik ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyokong usaha pasar raya tertentu yang meletakkan syarat had umur untuk memasuki premis mereka dalam usaha mencegah golongan berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, golongan berisiko tinggi adalah warga emas dan kanak-kanak. Definisi warga emas adalah golongan yang berusia 60 tahun ke atas dan sekiranya mempunyai sakit kronik lebih tinggi risiko untuk maut jika dijangkiti virus pandemik itu.
"Penyakit kronik contohnya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung, risiko lebih tinggi. Untuk golongan kanak-kanak pula adalah yang berusia di bawah 12 tahun. Jika kita lihat di hospital pun pelawat berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan. Ini kerana kita bimbang ada jangkitan kuman di klinik atau hospital. Kalau boleh jangan bawa kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun terutamanya berpenyakit kronik ke atas datang di tempat awam contohnya di hospital atau pasar raya," katanya.
Sumber: Bernama
Popular Lepas Filem 3 Idiots, Tapi Kini Longgokan Sampah Cemarkan Keindahan Tasik Pangong, Ladakh

Sekitar tahun 2009, filem 3 Idiots lakonan Aamir Khan dan Kareena Kapoor mencatat sejarah apabila memegang rekod filem Bollywood dengan kutipan terbanyak dalam sejarah.
Dan salah satu lokasi yang dilakonkan dalam filem berkenaan adalah Tasik Pangong, Ladakh. Tasik ini menjadi titik pertemuan empat sahabat, Rancho, Raju, Pia dan Farhan yang terpisah lama sebelum itu.

Artikel Berkaitan:Naik ‘Belon Udara Panas’ Tarikan Terbaru Di Cameron Highlands. Boleh Tengok View Ladang Teh!
Dalam babak akhir menyaksikan meraka bertemu di sebuah Tasik yang sangat indah pemandangannya, iaitu Tasik Pangong, Ladakh.

Disebabkan itu jugalah keindahan tasik ini menggamit ramai menjadikan ia destinasi cukup popular dan menjadi tumpuan pengunjung selepas kegemilangan filem berkenaan.

Menurut rekod, seramai 400,000 pelancong India yang melawati Ladakh pada tahun 2008 dan bilangan cukup besar untuk kawasan yang hanya boleh menempatkan 200,000 orang penduduk.
Malah dikatakan juga kebanyakan kafe serta gerai di situ turut menggunakan nama karakter dalam filem 3 Idiots bagi menarik minat pelancong untuk datang ke sini.

Namun begitu, bermula pada 2009 disebabkan pertambahan pelancongan yang saban tahun meningkat menyebabkan telah berlakukan pencemaran di Tasik Pangong, Ladakh berkenaan.

Walaupun ekonomi di kawasa ini semakin meningkat disebabkan banyak perniagaan dibangunkan di situ, namun ia. menjadikan Ladakh semakin kotor selepas sampah sarap yang terbiar tidak diuruskan dengan baik.
Bukan itu itu, bilangan hotel dan gerai dibina sekitar Tasik Pangong juga dikatakan banyak untuk memenuhi keperluan pengunjung.

Sebelum filem ini ditayangkan, Ladakh hanya perlu 8 lori sampah untuk membuang semua sisa dan sampáh dibuang.
Tetapi kini dikatakan sekurang-kurangnya 20 lori diperlukan dan ada kalanya bilangan lebih daripada itu.

Dikatakan juga pembangunan hotel dan kedatangan pelancong menjadi sumber utama kepada jumlah peningkatan sampah sarap ini.
Melihat situasi ini jika berterusan, pada masa akan datang pihak berkuasa di Ladakh terpaksa mengetatkak undang-undang demi mengurangkan pencemaran.
Dalam hal ini, kita lihat betapa keindahan sesuatu tempat itu boleh musnah disebabkan angkara manusia.
Jadi jika sayang keindahan semula jadi ini, perbaiki sikap kita dan jadilah insan yang lebih bertanggungjawab.

Begitulah juga sikap sentiasa menjaga kebersihan dan tidak buang sampah merata boleh diamalkan, jika tidak mahu kawasan pantai peranginan negara turut dicemari kerana ia adalah aset utama dalam menjana ekonomi negara.
Artikel Berkaitan: Tasik Pangong Lake, India! Lokasi Pelancongan Popular Dunia Selepas Filem 3 Idots Meletup
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mahu Dunia Isytihar Perang Ke Atas COVID-19

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu dunia mengisytiharkan perang ke atas virus Covid-19, hanya dua hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak itu sebagai pandemik.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan langkah pencegahan dengan melaksanakan strategi berkesan, mengaktifkan segala sistem tindak balas kecemasan, termasuk keupayaan sistem mengesan dan penjagaan pesakit.
“Kita mesti mengisytiharkan perang terhadap virus ini. “Ini adalah masa untuk bertindak dengan lebih bijak dan cermat, bukannya panik. Walaupun situasi itu diklasifikasikan sebagai pandemik, ia adalah satu keadaan yang dapat kita kawal. Kita boleh melambatkan penularan, mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa, tetapi ia memerlukan tindakan bersepadu semua pihak di seluruh dunia,” katanya.
Selain menjadi krisis kesihatan awam, virus itu turut menjejaskan ekonomi dunia PBB turut memberi amaran, dunia bakal menyaksikan pasaran kewangan terjejas teruk akibat ketidakpastian, rantaian bekalan global terganggu, pelaburan dan permintaan pengguna merosot dan risiko meningkatnya kemelesetan ekonomi.
Ahli ekonomi PBB menganggarkan krisis Covid-19 boleh mengakibatkan ekonomi dunia tahun ini kerugian sekurang-kurangnya AS$1 trilion atau mungkin lebih.
Sumber: Bernama
“Kalau Ada Saman, Kena Setel Di Airport Sebelum Balik” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sewa Kereta Di Tanah Arab!

Bagi pengembara pengalaman travel secara memandu di negara luar sangat berbeza dan memberi pengalaman tersendiri.
Namun keseronokannya dapat merasai pengalaman yang lain daripada lain, apatah lagi pemeriksaan di sana lebih ketat.
Seperti pengalaman Marzuki Mustaffa yang memandu dari Madinah ke AIUla. Menurutnya agak sukar untuk menyewa kereta di sana jika tidak mempunyai ID pekerja Arab Saudi.
Namun mereka berjaya lepasi halangan ini dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di sana.
Lebih mencabar kerana pemanduan adalah di sebelah kiri berbeza dengan tempat kita yang memandu dari sebelah kanan.
Perjalanan mengikut arah google map dan agak bosan sedikit kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu.
Malah jika disaman, kadarnya lebih tinggi berbanding di Malaysia dan harus membayar di lapangan terbang sebelum dibenarkan menaiki penerbangan ke Malaysia.
1 Feb 2020. Perjalanan dari Madinah ke AlUla. Lebih kurang 400km ke utara Madinah. Sempena EcoTrail AlUla semasa Winter at Tantora Festival.
Kami sewa kereta pandu sendiri untuk perjalanan ni. Sepatutnya kami sewa kereta di Airport Madinah tetapi di sana kereta semua dah habis.

Masalah timbul apabila hendak sewa kereta luar daripada airport. Mereka tidak terima orang luar tak ada ID pekerja Arab Saudi. Masalah selesai dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di Saudi.
Kami sewa kereta di Alwefaq Rent A Car. Antara syarikat sewa kereta yang besar di Arab Saudi. Keperluan kami adalah kereta yang besar atau 4×4 tapi tak ada.
Kami hanya mampu sewa kereta sedan yang sederhana besar. Kereta Chang’An model Aslvin 1.5L buatan China. Untuk pengetahuan, Chang’An Automobile (Group) Co., Ltd. merupa antara syarikat kereta terbesar di China. Ia ditubuhkan pada 1862, maknanya 159 tahun dahulu.
Harga sewa kereta ni 130SR sehari untuk maksima 300km sehari. Dengan deposit 2000SR. Kami sewa 10 hari bermakna kami dapat 3000km perjalanan. Untuk sewa kereta di Saudi, pemandu perlu ada International Driving Permit.
Dengan pemanduan sebelah kiri, mulanya terasa jangal semasa hendak tukar gear dengan tangan kanan. Kalau di bulatan atau simpang tiga, saya hanya mengikut kereta di hadapan untuk menyesuaikan diri dengan jalanraya. Berhati-hati memandu di Arab Saudi.
Banyak kamera had laju serta kamera di simpang lampu isyarat. Saman kerana memandu melebihi had laju antara 1000-2000 SR.
Manakala saman kerana melanggar lampu isyarat pula lebih tinggi lagi. Kalau kena saman, masalah timbul bila kita nak balik ke Malaysia. Semuanya harus dibayar di lapangan terbang.
Perjalanan ke AlUla, kami guna google map serta papan tanda. Entah betul atau tidak jalanraya yang kami guna tu kurang kenderaan, tetapi mengikut google, ianya menuju ke AlUla.
Perjalanan amat baik, kiri kanan adalah padang pasir. Jalanraya pun bagus cuma terasa bosan kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu. Sempat singgah di kedai makan tepi jalan untuk sarapan. Kami pilih menu roti dengan kari ayam.
Sambung perjalanan, kali ni pemandangan cantik sikit tapi jalanraya bertambah kecil. Unta, unta. Nampak di hadapan unta melintas jalan. Maklum le di Malaysia hanya nampak lembu melintas jalan.
Di sini unta yang melintas. Teruja rasa dan kami terus berhenti untuk merakam memori. Sambil menikmati pemandangan padang pasir dan bukit berbatu yang tak sama di Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 5 jam termasuk berhenti rehat untuk makan. Apabila sampai di Sahary Resort Al Ula, cantiknya lebih lagi. Penginapan yang di bina antara bukit berbatu. Kiri kanan hanya nampak bukit.
Kami sampai waktu tengahari, tapi suhu di sana amat nyaman. Tidak panas walaupun ada matahari. Suhu dalam 20°c. Waktu pagi dalam 10°c. Waktu malam lagi sejuk. Bahagian Al Ula akan dicerita dalam bab lain.
#madinah #AlUla #winterattantora #ecotrail #ecotrailAlUla
Artikel Berkaitan:
Wanita Ini Kongsi Itinerari 7 Hari Perjalanan Penuh Mencabar, Demi Melihat Keindahan Kashmir, India
‘Camping Ala Hispter’, Tarikan Terbaru Di Perlis Cetus Kelainan. Lepas PKP Korang Patut Cuba!