
Hujan lebat lebih dua jam petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Ini kejadian kedua berlaku dalam tempoh dua bulan. Pada bulan September lalu limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
Semalam (17 November 2020) walaupun tidak seteruk banjir kilat pada September, namun turut mengakibatkan beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang.
Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan situasi lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut. Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul halim, Jalan Maharajalela dan Jalan Parlimen. Di Lebuhraya DUKE, seorang pengguna media sosial memuat naik video yang menunjukkan lebuh raya tersebut dinaiki air.
Berikutan keadaan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika musim tengkujuh ini.
image via FB Warga Wilayah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gambar Viral Mowgli Malaysia Terpilih Pamer Di Itali. Hebat Hasil Karya Anak Tempatan!

Satu Malaysia kagum melihat gambar ‘Mowgli Malaysia’, iaitu gambar seorang kanak-kanak lelaki bersama kerbau peliharaannya yang berjaya dibidik seorang jurufoto, Mohd Nazri Sulaiman tahun lalu.
Aksi kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mohd Syukor Khamis berinteraksi dengan kerbau tanpa rasa kekok dan takut menjadi bualan ramai. Selepas kemunculan gambar viral tersebut, media berpusu-pusu menerjahnya untuk mendapatkan sumber berita yang digemari ramai masyarakat untuk melihat dan membaca kisahnya. Syukor pernah muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
Difahamkan foto Mohd Nazri sebelum ini pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.
Gambar unik ini sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsi jurugambar ini menerusi Facebook miliknya.
“Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah. Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah,” katanya.
Menerusi posting itu Nazri turut memuat naik kenyataan pihak perganjur serta hasil gambar memaparkan adik Syukor.
Alhamdulillah… Gambar saya terpilih untuk di pamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Europe….
Posted by Nazri Sulaiman on Friday, August 16, 2019
Tahniah Libur ucapkan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MAS Tawar Diskaun 20 Peratus Bagi Tiket Penerbangan Domestik Khas Untuk Pelajar, Guru & Pensyarah

Kenaikan harga tiket penerbangan membebankan orang ramai sejak kebenaran merentas negeri di benarkan untuk memulakan pergerakan ke destinasi jauh. Ada syarikat penerbangan mengenakan harga melebihi 300 peratus sangat meresahkan ramai rakyat Malaysia.
Kenaikan harga tiket penerbangan bukan sahaja membebankan guru dari semenanjung untuk kembali bertugas di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, ibu bapa yang mempunyai anak ditawarkan melanjutkan pengajian di pusat pengajian di Sabah dan Sarawak turut terbeban dengan kenaikan itu.
Kerajaan terpaksa menegur syarikat penerbangan dan ada yang memberi reaksi positif. Antaranya Malaysia Airlines Berhad bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar. Hasil perbincangan antara Kerajaan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAB:
- Tarikh penempahan bermula dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai sehingga 30 November 2020.
- Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines. Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer.
Diharap syarikat-syarikat penerbangan lain akan turut serta dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan. Bolehlah rakyat kita cuti-cuti dalam negara dengan senang hati tanpa terbeban dengan caj tambang pengangkutan udara yang terlalu tinggi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Berbadan Besar Diusung Bomba, Kumpulan Rekreasi Selar Tindakan Wargamaya Menghina Wanita Berkenaan

Minggu ni, keluar berita pasal seorang wanita diusung keluar oleh 16 anggota bomba selepas beliau menghadapi masalah kesihatan ketika menjalankan aktiviti mendaki di Hutan Simpan Kota Damansara, Petaling Jaya.
Punca utama yang menyebabkan beliau menghadapi masalah kesihatan itu adalah disebabkan oleh kekejangan otot di kedua belah kaki dan memaksa beliau mendapatkan pertolongan. Tapi, dek sebabkan beliau berbadan besar, maka ramai wargamaya berbondong-bondong memenuhi ruang komen memberikan semangat untuk beliau mengamalkan gaya hidup sihat, tak kurang juga yang memberikan kritikan dan sindiran kepada beliau.
Hasil kritikan dan sindiran wargamaya – yang ada diantaranya bersifat keterlaluan itu membuatkan satu kumpulan rekreasi memberikan respon mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menghina dan menyindar wanita berkenaan.

Kumpulan rekreasi yang dikenali sebagai Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M) melalui seorang pengguna Facebook bernama Zairi Zainal memuatnaik satu hantaran yang menjelaskan H.A.R.A.M mengutuk perbuatan yang menghina oleh wargamaya.
Jom kita baca apa kenyataan yang dibuat oleh H.A.R.A.M itu,
Assalamualaikum.
Saya mewakili barisan admin H.A.R.A.M mengutuk sekeras-kerasnya spesis penghina fizikal orang ini. Untuk pengetahuan semua, meh saya bagi point.
1) semasa kejadian tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh penyakit asma. Boleh rujuk gambar di bawah, beliau DAH SAMPAI pun puncak denai 3 puteri tu. So maknanya beliau ada tenaga utk berjalan. Beliau kekejangan kedua belah kaki dan mmg tak mampu nak bangun ketika nak turun.
2) Untuk pengetahuan semua, denai tiga puteri adalah antara bukit paling landai untuk didaki di kawasan selangor/KL. Bukan jenis naik mencanak terus.
3) Anggota bomba mmg kerja diorang menyelamat sebab tu nama diorang JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Tapi anggota bomba ni terlatih kot. Diorang bukan takde basic bab medic ni. Anggota bomba akan check dulu mangsa sebelum buat apa2 tindakan. So kalau rasa akak tu menipu, takde maknanya anggota bomba nak angkat. Korang fikir anggota bomba ni bodoh ke apa? Anggota bomba pun tak bising dan mengeluh kena angkat atau selamatkan nyawa orang, korang pula nk bising.. Apahal?
4) pernah dengar ayat
“Allah takkan membebani (uji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala KEBAJIKAN yang diusahakannya DAN ia juga menanggung DOSA kejahatan yang dilakukannya”
Al-Baqarah ayat : 286
So nampak tak related ayat tu dgn Bomba, mangsa dan kaki hina fizikal orang ni? Ke pura-pura tak nampak?
5) Bab kecemasan ni tak kiralah anda gemok, kurus, tinggi, pendek, melintang patah membujur lalu sekali pun, kalau benda tu nak jadi tetap jadi. Kun Fa Ya Kun.. Lagipun korang rasa akak tu tau teknik nak KREM kan kaki sendiri semata-mata nak suruh bomba angkat? Pehh..
6) Komen “Dah tau badan camtu kenapa hiking”? Kamon bro. Tak pakai akal ke waktu menaip tu. Tak selidik dulu ke. Akak tu bukan first time hiking. Dan bukit tu antara terlandai. Lagipun hiking ni antara best therapy kot. Hirup udara segar dalam hutan. Korang tanya laa mana-mana pendaki, jarang sangat la diorang try hiking satu bukit terus stop. Kebanyakkan akan ckp “Rindu bau hutan” walaupun dia pernah ckp “ni last gunung aku naik”.
7) Komen “Menyusahkan orang”.. Jgn main2 dgn komen mcmni. Sometimes orang yang korang kutuk, maki atau hina ni la satu hari nanti Allah nak tunjuk, diorang tolong kau balik tanpa sengaja.
8.) kenapa saya agak emosi dalam hal ini? Satu sebab akak ni pendaki dan cuba tenung wajah akak yang berumur hampir separuh abad ni. Atleast kalau taknak hormat, ada la sikit rasa simpati abang dan akak oi. Kalau sesama manusia pun tak boleh hormat, elok kaki kecam + hina fizikal orang ni beli satu kotak besar pastu masuk ramai2 dan hanyutkan diri kat laut. Kalau boleh jauh-jauh sikit. ??
9) Saya takkan tutup nama-nama kaki komen ni. Saya tau akak tu mesti akan down kalau baca. But kami admin H.A.R.A.M terpanggil utk berdiri di depan akak ni untuk isu ini. Kami tak la besar dan kuat mana. Tapi jangan main-main kalau turn kami pulak start kecam orang. Normally kaki kecam ni hati tisu, kalau terkena kat diri sendiri mau meroyan setiap hari.
10) Kalau ada nama kawan-kawan anda kat screenshot komen tu, jemputlah mereka bertandang kt sini. Kami mengalu-alukan komen mereka. Mungkin akak tu tak melawan sebab malu dan mungkin dia tgh tak sihat tapi kami sedia melayan anda dgn baik DAN baik-baik.. ?
11) Saya doakan kaki kecam + Hina fizikal orang ni, Allah beri hidayah pada mereka untuk berubah. Insyaallah. Kita jgn tiru perangai diorang ni dok hina orang.. Komen baik2 je okay geng. Tunjukkan kita berbeza dari diorang.
12) Respect each other! Simple.
*Sila baca komen penghina tu satu persatu dan anda akan tau kenapa saya emosi bab ni. Tq
“Dari pendaki kepada kaki hina pendaki”
Antara komen wargamaya yang dikatakan menghina:
Ya, betul apa yang sampaikan oleh HARAM ini. Siapa kita nak mengutuk dan mengeji kejadian orang lain? Adakah kita cukup sifat? Cukup Sempurna? Tidakkan? Salah ke kalau wanita berbadan besar tu cuba untuk menjalani kehidupan yang sifat dan menikmati alam ciptaan Tuhan ini? Siapa kita?
Kepada akak yang cedera di Hutan Simpan Kota Damansara tu, jangan risau kak, Libur sentiasa sokong apa jua aktiviti yang hendak akak lakukan. Kekal sihat dan Libur doakan akak dapat apa yang akak inginkan – kehidupan yang sihat.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI