Kluang Rail Coffee ini satu kedai kopi yang akan membawa anda balik ke masa lampau. Kalau sudah sampai kawasan sini, wajiblah singgah!
Cukup dikenali di Johor, apa yang istimewa tentang kedai kopi ini bukan sahaja kopi lama authentic, malah kedainya juga sangat nostalgik.
Ads
Kedai original Kluang Rail Coffee ini terletak di sebelah Station Keretapi Kluang. Duduk di kedai yang betul-betul sebelah dengan trek keretapi, anda akan dengar bunyi keretapi lalu, memang macam masa lampau.
Ads
Dengan hidangan kopitiam original seperti nasi lemak, roti bakar dan telur separuh masak, digandingkan dengan kopi panas, layan sungguh.
Ads
Terdapat beberapa cawangan yang sudah dibuka di Kluang. Tapi yang original tetap tiada tandingan.
Alamat: KTM, Jalan Station, 86000 Kluang, Johor Waktu Operasi : 7pagi – 10malam
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum ini, jejaka Lombok ditakuti kerana gemar melarikan gadis dan wanita Malaysia yang tidak dikenali untuk dijadikan pasangan hidup.
Lombok
Lupakan kes menakutkan pasal Lombok ini seketika sebaliknya mari ketahui keindahan dan kehebatan Lombok yang hampir sama besarnya dengan Bali ini!
Hakikatnya, Lombok merupakan pulau yang kaya dengan keindahan. Lombok terletak di bahagian timur Bali termasuk di dalam gugusan Nusa Tenggara Barat (Lombok dan Sumbawa). Lombok yang majoriti didiami penduduk yang beragama Islam seramai 85% ini baru saja membuka lapangan terbang bertaraf antarabangsa di daerah Praya setahun lebih yang lalu. Sebelum ini, lapangan terbangnya terletak di Selaparang, bahagian timur Lombok.
Apabila anda tiba di Lombok, Pulau Gili Trawangan antara lokasi pilihan pelancong kerana keindahan pantai dan kemudahan yang disediakan. Pulau Gili Trawangan berkeluasan 35km persegi, mempunyai 30 penginapan berkonsep vila dan resort. Terdapat dua pulau berdekatan iaitu Gili Meno dan Gili Air. Kebanyakan pulau ini menjadi lokasi untuk aktiviti menyelam serta aktiviti santai sepanjang pantai.
Di pulau ini, ternyata terumbu karang di sekitar pulau masih belum tercemar dan hidupan akuatiknya turut banyak. Oh ya, kenderaan dan motosikal tidak dibenarkan masuk maka kereta kuda dan basikal menjadi pengangkutan utama.
Apabila anda berhenti di Malimbu, anda boleh melihat panorama indah menghadap laut dari bukit. Anda boleh melihat gunung berapi Agong di bahagian timur Bali yang terletak bersebelahan barat Lombok.
Setibanya anda di Senggigi, terdapat banyak hotel, resort dan vila bertaraf lima bintang. Namun, kawasan ini lebih ‘havoc’ pada waktu malam kerana adanya pusat hiburan untuk para pelancong.
Meskipun Lombok pernah dijajah oleh kerajaan hindu Majapahit, anda pasti akan melihat banyak masjid. Jadi, ia mudah buat anda mencari makanan yang halal. Antara hidangan yang mesti cuba adalah Ayam Taliwang. Bagi anda yang berniat untuk membeli-belah, lupakan saja kerana Lombok lebih sesuai untuk menjadi destinasi bulan madu atau destinasi merehatkan minda dan mencari ketenangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya pada kadar tiga kelipan sesaat. Dalam ribuan kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip jantan dikatakan mengeluarkan cahaya yang lebih terang untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Jangka hayat seekor kelip-kelip pula sekitar ialah 2 hingga 3 bulan sahaja.
Di negara kita terdapat banyak lokasi untuk melihat serangga ini dengan lebih dekat iaitu disekitar kawasan yang mempunyai pokok bakau seperti pokok berembang. Untuk hidup, kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap, persekitaran berpaya serta sumber makanan daripada pokok bakau. Pengunjung terutamanya pelancong ‘mat salleh’ kalau dapat peluang melawat port kelip-kelip ini memang mereka sangat teruja. Antara lokasi tumpuan ramai untuk melihat kelip-kelip adalah di:
Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang seharusnya diterokai oleh pencinta alam. Lokasi ini juga sangat dekat jika anda dari Port Dickson.
Untuk melihat kelip-kelip dengan jarak yang dekat pengunjung boleh menyusuri sepanjang sungai Timun sejauh tiga hingga lima kilometer dengan menyewa bot nelayan, di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun. Apa yang menarik, kelip-kelip kawasan itu seperti sudah biasa dengan bunyi deruman enjin bot. Ia membuatkan serangga itu tidak lari walaupun dengan kehadiran bot yang membawa pengunjung. Namun, kelip-kelip ini kurang ketika bulan terang atau hujan.
Habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping Perak telah dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan unggul. Pengunjung yang datang dapat menikmati cahaya kelip-kelip di pokok berembang sepanjang 12 kilometer yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip.
Kelip-kelip Sungai Cherating memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Pengembaraaan kawasan kelip-kelip di Kg Kuantan bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Kelip-Kelip Sungai Nanamun yang terletak di Kota Belud, Sabah menjadi lokasi ramai tumpuan pengunjung untuk melihat serangga itu dari jarak dekat. Kewujudan lokasi itu menyebabkan lebih ramai pelancong tempatan dan luar berkunjung dan menetap lebih lama di Kota Belud. Pengunjung disarankan untuk datang ke sini pada waktu senja untuk menikmati pemandangan indah sambil ditemani cahaya kelip-kelip.
Sumber Foto: Google image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...