Kebanyakan dari kita sudah merancang untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan pasti ramai yang sudah pun 'melepaskan rindu' untuk pergi bercuti ketika musim pandemik ini. Namun, tidak kurangnya juga bagi mereka yang masih berasa takut dan tidak merancang sekali pun untuk keluar bercuti.
Tidak perlu ragu-ragu untuk melancong dalam negara, pastikan perkara utama yang anda buat sebelum memilih lokasi percutian dengan penilaian lokasi penginapan dan seterusnya menjaga semua SOP yang telah ditetapkan.
Ads
Kalau sebelum ini, pengunjung pastinya mengharapkan bilik hotel atau rumah sewa yang bersih ketika mereka sampai di tempat penginapan mereka dan kemungkinan akan mengeluh jika tidak menepati ‘standard’ mereka. Kini, anda perlu meletakkan harapan atau ‘standard’ lebih tinggi dari sebelumnya. Ketika musim pandemik, semua orang seharusnya lebih obses dengan aspek kebersihan dan keselamatan diri. Pastikan, premis hotel selepas ini anda menginap dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman di setiap check-point seperti di ruang lif, kawasan lobi dan setiap tingkat bangunan hotel.
Di Johor, Sijil Piawaian Keselamatan Pelancongan Johor telah diperkenalkan baru-baru ini adalah antara usaha kerajaan Johor memberi keyakinan kepada pelancong mengenai tahap keselamatan dipraktikkan semua hotel di negeri Johor. Dengan akreditasi berkenaan kebimbangan mengenai tahap keselamatan akan berkurangan kerana pensijilan berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ads
Usaha berkenaan mendapat kerjasama kerajaan negeri yang komited membantu meningkatkan semula ekonomi pelancongan negeri berikutan banyak hotel memaklumkan mengenai tahap keselamatan mereka masih diragui pelancong. Sehingga kini, lebih 70 buah hotel di seluruh Johor telah berdaftar untuk memperoleh pensijilan berkenaan yang dijangka memulakan pengauditan pada akhir September 2020 ini.
Ads
image via google | Sumber: Tourism Malaysia Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pengunjung yang datang ke pantai Amroth di Pembrokeshire, Wales tidak dibenarkan untuk mengutip batu di kawasan berkenaan kerana batu-batuan yang berada di pantai berkenaan adalah benteng yang menjadi pertahanan semulajadi daripada hakisan laut.
Satu papan tanda amaran telah dinaikkan di pantai berkenaan, memberikan amaran bahawa mengalihkan batu-batuan di pantai tersebut adalah satu kesalahan dan sekiranya anda didapati bersalah, anda boleh dikenakan hukuman.
Kesalahan itu termaktub dalam Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan.
Papan tanda tular yang diletakkan oleh individu tidak dikenali di Pantai Amroth, Wales.
Namun, memetik laporan oleh BBC, papan tanda berkenaan sebenarnya diletakkan oleh individu yang tidak dikenali tetapi perkara tersebut telah memberikan kesan positif kerana tiada lagi orang yang mengangkut dan mengalihkan batu-batuan di pantai berkenaan.
Setahun yang lalu, pantai berkenaan berdepan dengan krisis hakisan laut apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang mengangkut dan mengalihkan batu-batuan dalam sekala besar.
Batu-batuan yang terdapat di Pantai Amroth, Wales.
Perkara tersebut tidak dilakukan oleh kanak-kanak yang hanya mengambil sebiji dua batu tetapi dilakukan oleh orang dewasa yang datang menggunakan lori-lori yang besar.
Rasanya Malaysia pun boleh guna pendekatan yang sama dalam hal-hal menjaga persekitaran alam semulajadi macam yang dilakukan oleh orang-orang di luar negara.
Yang pertama, denda yang tinggi dan yang kedua, ada individu yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama membantu mencegah orang-orang lain daripada membuat kerosakan alam.
Pemandangan Pantai Amroth, Wales. Perhatikan batu-batuan yang terdapat di sebelah kiri gambar.
Libur cadangkan, denda yang tinggi untuk tangan-tangan gatal yang buang sampah merata-rata dekat kawasan rekreasi atau pelancongan ni dan yang kedua, rakam video dan saman dikeluarkan pada kenderaan yang diorang naik. Baru la tak boleh lari. Kan? Boleh ke buat macam tu?
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa pasangan yang dilamun cinta atau juga buat pasangan yang telah dijodohkan oleh ahli keluarga mereka untuk hidup semati bersama. Seringkali majlis perkahwinan ‘normal’ akan meraikan pasangan pengantin dengan acara dan majlis yang penuh harmoni dan gembira.
Namun, tidak bagi di sesetengah negara dan kaum kerana terdapat lima adat perkahwinan pelik dikenakan kepada bakal pengantin sebelum pasangan terbabit bergelar suami isteri.
30 Hari Sebelum Berkahwin Pengantin Perempuan Wajib Menangis Sejam Sehari
Di wilayah Sichuan, China pengantin perempuan disuruh menangis setiap hari selama satu jam sepanjang 30 hari sebelum hari perkahwinan. 10 hari kemudian, si ibu pula turut menangis dan selang tujuh hari, si nenek pula menangis. Masyarakat di sana percaya ritual menangis sebagai cara menunjukkan rasa kasih dan sayang yang mendalam.
Pengantin Perlu Minum Sup Sampah
Ritual La Soupe yang diamalkan rakyat Perancis ini boleh dianggap tidak masuk akal dan jijik. Ahli keluarga atau tetamu akan ditugaskan untuk mengumpul sisa makanan dan minuman untuk dijadikan sup. Setelah sup sampah terhasil, kedua-dua pengantin terbabit dipaksa meminum sup berkenaan yang dihidangkan dalam pot kencing yang digunakan masyarakat lampau sebelum ini. Namun, ritual itu sudah tidak diamalkan oleh sesetengah keluarga. Biasanya ia digantikan dengan cecair coklat sahaja.
Tetamu & Pengantin Dilarang Senyum
Jika ke majlis perkahwinan, gelak ketawa dan senyum meleret para tetamu, sanak saudara dan pengantin akan terserlah menandakan hari bahagia sedang diaraikan. Namun tidak bagi kaum di Congo. Tetamu, keluarga termasuk pengantin dilarang sama sekali untuk senyum. Masyarakat di sana percaya perkahwinan ialah perkara yang serius. Justeru, pengantin tidak dibenarkan tersenyum walaupun ketika gambar mereka diambil.
Disuruh Bersihkan Sisa Pinggan Porselin Yang Dipecahkan Setiap Tetamu
Di Jerman, dalam majlis perkhawinan tetamu akan memecahkan pinggan porselin atau seramik dalam ritual dikenali sebagai polterabend. Tetapi, tetamu dilarang memecahkan gelas kaca kerana kaca adalah tanda kebahagian. Jika pecah, ia bermaksud ada perkara buruk akan berlaku. Selepas ritual Polterabend selesai, pasangan pengantin diminta membersihkan sisa pinggan yang pecah, bertujuan mengajar mereka kehidupan berumah tangga bukanlah mudah.
Ludah Pengantin Perempuan
Suku Maasai di Kenya mengamalkan ritual perkahwinan pelik iaitu bapa kepada pengantin perempuan akan meludah kepala anaknya. Masyarakat di sana percaya dengan meludah, pengantin terbabit akan dijauhkan daripada musibah.
Hitamkan Pengantin Dengan Bancuhan Tar
Menghitamkan pengantin ialah tradisi yang sudah lama diamalkan di Scotland. Sebelum perkahwinan berlangsung, pengantin akan dihitamkan segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar. Ia kononnya bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin. Namun kini dikatakan kerap dilakukan sekadar suka-suka untuk memenuhi adat lama.
Panah Bakal Pengantin Perempuan
Bagi masyarakat minoriti Yugur di China, pengantin lelaki diberikan sebuah busur dan tiga anak panah. Dengan peralatan yang diberi, dia perlu memanah bakal isterinya sendiri sebanyak 3 kali. Namun anak panah yang digunakan tidak mempunyai mata yang tajam. Pengantin lelaki kemudian akan mematahkan anak panah dan busurnya supaya pasangan itu akan hidup bahagia selamanya.
Rebut Kasut Pengantin
Di sesetengah kawasan di India, pengantin lelaki harus membuka kasutnya sebelum naik ke atas pelamin dan seterusnya akan menimbulkan kekecohan. Pihak keluarga pengantin wanita akan berusaha mencuri kasut itu manakala keluarga lelaki pula akan berusaha untuk melindunginya. Jika kasut berjaya dicuri, pihak pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang tebusan.
Bersedia ke yang masih bujang dan solo tu nak jadi calon pengantin lelaki atau pengantin perempuan dari negara-negara tersebut? Kalau di Malaysia paling berpeluh ketiak pun ada adat ‘tol’ iaitu ‘permintaan’ bayaran tertentu oleh kaum keluarga wanita kepada pihak lelaki sebelum pengantin lelaki diberi kebenaran untuk bertemu pengantin perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pandemik COVID-19 telah merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes positif melepasi angka empat juta dengan angka korban melebihi 285,000 orang.
COVID-19 tak kenal mangsa! Dalam kalangan itu juga tidak terkecuali mereka yang dikenali ramai, termasuk pegawai tertinggi kerajaan, personaliti sukan, dan juga selebriti. Antaranya ialah pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri, pelakon dan penyanyi Rita Wilson, pelakon Britain Idris Elba, pewaris diraja Britain Putera Charles, penyanyi Pink, dan penyanyi opera Placido Domingo.
Individu ternama lain yang dijangkiti COVID-19 sehingga April 2020:
Pemimpin & Pasangan
Putera Charles: Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 pada 25 Mac di Scotland. Susulan itu, The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.
(Photo by Ben Birchall / POOL / AFP) (Photo by BEN BIRCHALL/POOL/AFP via Getty Images)
Boris Johnson: Perdana Menteri United Kingdom yang berusia 55 tahun didapati positif COVID-19 pada 27 Mac 2020 selepas mengalami simptom selama beberapa hari.
Sophie Gregoire Trudeau: Isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie Gregoire Trudeau diuji positif COVID-19 pada 12 Mac. Bagaimanapun, gejala yang dialaminya dikategorikan sebagai gejala ringan dan dikenakan tempoh pengasingan diri sehingga disahkan pulih pada 29 Mac.
Olga Lyubimova: Menteri Kebudayaan Rusia didapati positif virus pada 6 Mei. Lyubimova mempunyai gejala ringan namun masih meneruskan tugas dengan bekerja dari rumah, melakukan perbincangan di atas talian, kata setiausaha akhbarnya Anna Usacheva.
Franck Riester: Awal minggu ini, Menteri Kebudayaan Perancis memberitahu bahawa dia hanya kekal berada di rumahnya di Paris setelah disahkan positif COVID-19. Untuk itu, Perancis melakukan penutupan sebahagian kawasan bagi memeriksa penyebaran COVID-19.
Golongan Selebriti
Tom Hanks and Rita Wilson: Bintang ternama Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson disahkan positif jangkitan COVID-19. Kedua-dua pelakon itu dijangkiti virus pembunuh berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock ‘n roll, Elvis Presley di Australia.
Olga Kurylenko: Pelakon Perancis yang membintangi filem James Bond “Quantum of Solace” mengumumkan dirinya positif COVID-19 pada 15 Mac selepas menjalani ujian saringan.
Idris Elba: Pelakon terkemuka Hollywood Idris Elba mengesahkan beliau positif jangkitan COVID-19. Dalam satu muat naik di laman Twitter, bintang dari United Kingdom itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom.
Daniel Dae Kim: Aktor yang popular menerusi drama bersiri penyiasatan Hawaii Five-O, Daniel Dae Kim disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Kim menerusi akaun Instagramnya pada 19 Mac.
Pink: Pada 3 April, penyanyi popular Hollywood, Pink mendedahkan dia dan anak lelakinya, Jameson telah disahkan positif COVID-19. Namun selepas membuat ujian kali kedua, dia dan Jameson telah mendapat keputusan negatif dan sembuh dari jangkitan virus tersebut.
(Photo by Tolga AKMEN / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE NO POSTERS NO MERCHANDISE NO USE IN PUBLICATIONS DEVOTED TO ARTISTS (Photo credit should read TOLGA AKMEN/AFP/Getty Images)
Atlet & Jurulatih Pasukan
Kenny Dalglish: Legenda Liverpool Kenny Dalglish didapati positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit berkenaan, kata keluarganya.
Mikel Arteta: Pada 12 Mac, pengurus kelab Arsenal, Mikel Arteta menjadi yang pertama dalam Liga Perdana Inggeris diuji positif COVID-19.
Paulo Dybala: Penyerang bola sepak Juventus dan Argentina telah diuji positif COVID-19 meskipun tidak mempunyai sebarang gejala.
Blaise Matuidi: Pemain tengah Juventus dan Perancis disahkan positif, lapor kelab Serie A yang berpangkalan di Turin dalam satu kenyataan pada 17 Mac.
Jason Collins: Pada 24 Mac, Collins, yang bermain 13 musim Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dari tahun 2001 hingga 2014 dan telah menghabiskan tujuh tahun lebih bersama Brooklyn Nets.
Dalam ratusan ribu angka yang terkorban akibat pandemik itu, ada juga insan dari industri seni, dunia bola sepak dan pemimpin yang meninggal akibat COVID-19. Personaliti/ individu terkenal yang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19:
Alan Merrill: Penulis bersama dan penyanyi asal lagu “I Love Rock ‘N’ Roll”, Alan Merrill meninggal dunia pada 69 tahun akibat jangkitan COVID-19 pada 29 Mac.
Dolors Sala Carrio: Ibu kepada jurulatih kelab bola speak Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas dijangkiti COVID-19.
Antonio Vieira Monteiro: Pengerusi unit Portugis Santander, bank terbesar di Sepanyol, menjadi mangsa korban kedua COVID-19 di Portugal selepas meninggal dunia akibat COVID-19 pada 18 Mac.
Ken Shimura: Pelawak terkenal Jepun, Ken Shimura dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Tokyo akibat COVID-19 pada petang 30 Mac. Ken meninggal dunia pada usia 70 tahun, lapor stesen berita NHK.
Pape Diouf: Bekas presiden kelab bola sepak Perancis Olympique de Marseille di antara tahun 2005 hingga 2009 meninggal dunia kerana COVID-19 pada 31 Mac di Senegal, di mana dia memegang dua kerakyatan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...