Apabila terpandang menu masakan yang pedas di mana-mana restoran atau gerai pastinya ‘kecur air liur’ bagi peminat hidangan ‘bercili’. Bagi kebanyakkan orang asia khususnya di Malaysia, jika tidak dapat menjamah makanan pedas terasa seperti tidak lengkap sajian makanan yang dihidangkan.
Bagaimanapun, setiap restoran mahupun gerai pasti mempunyai rahsia tersendiri untuk menerbitkan rasa berlainan untuk melambangkan identiti masakan pedas mereka. Gadis ini, ada kongsikan lokasi makanan istimewa khas untuk si kaki pedas.
Asalnya jumpa kedai ni dari suggestions dekat twitter from Ashril_92, jadi tadi singgahlah sebab nk lunch tak tahu kat mana nak makan. Sempat scroll twitter balik cari nama kedai ni KOTAK SS15.
Menu – NASI AYAM GEPREK
Harga – RM13.80
Tahap Kepedas – 1 sampai 10
Air – Peach Tea (refillable)
Sup & Kicap manis abc – FREE OF CHARGE
Siapa kat sini yang suka gila makan pedas, pedas macam ayam gepuk tu, korang wajib try sini plak.
Tak perlu beratur panjang,
Tak perlu sedih kalau ayam habis,
Tak perlu berebut meja,
(Maybe kena datang bukan lunch time lah kot)
Tapi serious, yang ini cili dia ada flavour sikit, sbb di tumis mungkin dah masuk bawang garam gula perasa ke en, kalau ayam gepuk dia cili fresh penyet teruss. Sini cili dia ditumis.
Ads
Ayam dia pula dihancurkan ditumbuk dipenyetkan dan digaul bersama cili Ghost Pepper mengikut pada skala kepedasan yang korang pilih, bersama timun, salad and keropok udang.
Masa makan ni pilih level 1 je konon taknak terkejut katanya. Alih-alih tak pedas plak takde feel lah nak makan kan hahahha
So masa mintak extra cili tu (should be kena byr RM3.80) boss dia tanya, “tak pedas ke?”
Ads
Kita pun cakap lah tak pedas, naaa dia bagi level 3 punya cili dalam bekas besar tu. Amek kawww rasa cam kena perli pun ada sbb banyak okay dia bagi extra.
Time tu baru rasa betapa tinggi nya langit dan bumi. PEDASSSSS!!!
Ads
Korang kena cuba atleast sekali, mana mana yg suka wong solo, ayam gepuk tu, haaa nah tambahkan dalam list tempat makan korang and tell me watchu think about it!
Ada banyak lagi pilihan menu menarik di premis makanan berkonsep masakan Indonesia ini antaranya Chessy Ayam Geprek , Ayam Geprek, Nasi Sambal Matah, Nasi Sambal Pedas, Nasi Sambal Hijau Petai, Mi Sedap Sambal Matah, Mi Sedap Sambal Pedas, Ayam Panggang, Nasi Panggang, dan Sate Ayam Kicap.
Lokasi: Kotak Malaysia SS15 | 7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Wajib datang ke Rock Garden Camping Resort yang terletak di Gopeng, Perak sebab tempatnya sangat menarik dan sesuai untuk bawa keluarga tersayang.
Anda boleh buat pilihan nak duduk resort yang disediakan atau mahu berkhemah, malah tapak khemah luas dan besar.
Ini gambaran di dalam resort itu ya. Cantik juga!
Apa yang menarik, di depan khemah ada sungai dan di belakang pula ada kolam renang. Jadi kalau nak bawa budak-budak memang suka lah kat sini.
Aktiviti pula anda boleh join ATV, memancaing, water rafting, water tubing dan waterfall abseiling.
Jemput tengok kawasan sekitarnya. Untuk 1 malam, satu orang RM10, satu tapak RM35. Pilih sahaja yang mana anda selesa. Power plug ada banyak, jangan risau bab ini.
Lokasi:
Rock Garden Camping Resort, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pelancong terutamanya dari Malaysia yang gemar menggunakan teknologi sebagai medium penting dalam percutian mereka sememangnya akan menyukai satu hotel butik terbaharu yang dibuka di ibu negara iaitu hotel CitizenM Kuala Lumpur.
CitizenM Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang adalah hotel butik ‘mewah’ mampu inap yang telah memenangi banyak anugerah berprestij dalam industri perhotelan dan kini membuka cawangan terbaharu mereka di rantau Asia di Kuala Lumpur selepas Taipei dan Shanghai pada 2017 dan 2018.
Hotel yang terletak di tengah-tengah ‘segi tiga emas’ ibu negara dikelilingi oleh pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan tempat-tempat makan menarik yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki. Lokasinya yang strategik di Bukit Bintang membolehkan anda merasai dan mengalami keseronokkan citarasa makanan tempatan, berhibur di tempat-tempat hiburan sekitar KL dan juga melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik tanpa perlu bersusah payah untuk berjalan jauh.
Berkonsepkan hotel butik, CitizenM mendekorasikan ruang dalam hotel mereka dengan perabot, corak dinding dan juga lantai, hiasan dalam yang membuatkan anda berasa seperti di rumah sendiri – berbeza dengan hotel-hotel lain, di CitizenM, mereka cuba untuk memberikan anda rasa nyaman dan selesa selepas mengembara jauh daripada kediaman di tempat asal anda.
Selain daripada sesuai untuk anda yang datang untuk melancong, CitizenM Kuala Lumpur juga merupakan salah satu hotel yang sangat bersesuaian untuk anda yang ingin melakukan urusan perniagaan menghasilkan keuntungan di ‘segi tiga emas’ itu. Selain dekorasinya yang akan membuatkan anda berasa selesa seperti di rumah, CitizenM juga menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan untuk anda dan kumpulan anda melakukan pelbagai jenis urusan sama ada mesyuarat, perbincangan dan urusan kerja yang lain.
Di CitizenM, ada disediakan tiga bilik mesyuarat yang lengkap dengan segala peratalan yang anda perlukan dan satu bilik teater yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin melakukan perbentangan kertas kerja kepada sesiapa yang anda mahukan.
210 buah bilik hotel dengan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan katil bersaiz XL adalah salah satu keistimewaan yang terdapat di hotel ini. Tidak seperti hotel-hotel yang lain di mana mereka mengklasifikasikan beberapa buah bilik dan katil mengikut kategori, CitizenM berasakan bahawa semua tetamu mereka adalah sama rata dan perlu dilayani dengan adil dan saksama.
Oleh demikian, tidak ada kategori bilik berasingan di CitizenM. Selain daripada itu, sesuai dengan apa yang saya katakan di atas, hotel ini akan menjadi kegemaran kepada anda yang ‘tech-savvy’ kerana selain daripada dekorasi ruang dalamnya yang moden dan meriah, segala kelengkapan yang berada di situ adalah dikawal dengan satu alat kawalan sahaja. Ini bermakna, bermula daripada televisyen hingga ke lampu tandas anda adalah dikawal dengan menggunakan iPad yang disediakan di setiap bilik.
Salah satu perkara yang paling saya gemari adalah sambungan Wi-Fi yang paling pantas di hotel pernah saya gunakan tanpa limit untuk sesiapa sahaja yang singgah di hotel berkenaan.
Kepada anda yang ingin bermalam di Kuala Lumpur, cubalah CitizenM di Bukit Bintang untuk rasai sendiri pengalaman menarik bermalam di Bukit Bintang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti pasti ramai yang akan ke ibu kota untuk meraikannya sambil berlibur. Tambah pula ia berlangsung ketika cuti penggal kedua persekolahan, sesuai sangat untuk bawa keluarga bersama.
Menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan yang ke-66 sudah tentu jadi agenda utama. Bagi meneruskan semangat patriotik, sesuai sangat jika anda sekeluarga langsung ke lokasi-lokasi seperti Tugu Negara, Bangunan Sultan Abu Samad, Menara Berkembar KLCC atau bangunan ikonik Merdeka 118 bagi menambahkan rasa cinta dan bangga pada negara Malaysia tercinta.
Melengkapkan liburan semangat merdeka di Kuala Lumpur, apa kata singgah juga di Lot 10 Bukit Bintang untuk turut sama merai Perajurit Dapur bersempena dengan kempen SAJI Terima Kasih Malaysia.
Berlangsung selama enam hari dari 26-31 Ogos 2023 bersempena bulan kemerdekaan ini, kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur ini diadakan bagi menghargai para Perajurit Dapur yang yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah demi memenuhi selera rakyat Malaysia.
SAJI raikan Perajurit Dapur
Sama ada di dapur rumah, hotel, restoren mahupun gerai kecil sebagai, perajurit dapur ini kental mempertaruhkan masa, kudrat dan kepakaran yang mereka ada demi menghidangkan air tangan terbaik yang digaul sebati dari hati.
Walaupun pengorbanan mereka mungkin tidak begitu terasa namun, mereka inilah sebenarnya sanggup bergelut menahan bahang membara tanpa putus asa.
Perjuangan mereka ini telah menginspirasikan SAJI untuk memberi penghargaan istimewa sambil meraikan hero-hero masakan kita melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia bertemakan perajurit dapur.
Temui selebriti sempena kempen SAJI Terima Kasih Malaysia
Sepanjang enam hari kempen ini berlangsung di Lot 10 Bukit Bintang pelbagai aktiviti menarik telah diatur untuk pengunjung yang berada di ibu kota antaranya pemberian sampel produk SAJI secara percuma dan jualan pek produk dengan harga promosi.
Kemuncak acara adalah pertandingan teh tarik, tebar roti canai dan juga sembang santai yang melibatkan selebriti popular seperti Nabila Huda, Sean Lee, Izzue Islam, Artu dan beberapa pempengaruh media sosial yang lain.
Di samping itu, selama kempen berlangsung, aktiviti menarik di media sosial turut diadakan. Ia berupa permainan puzzle yang menawarkan hadiah tambah nilai Touch n Go bernilai RM18. Hanya layari media sosial SAJI untuk menyertaikan permainan ini.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur layari https://sajiterimakasihmalaysia.com/perajuritdapur/ untuk menyertai permainan ini. Nantikan juga Viral Video SAJI yang akan dilancarkan di Buletin Utama pada 25 Ogos 2023 dengan bertemakan Perajurit Dapur.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...