Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman yang indah permai dan cantik menawan diangkat menjadi kawasan yang paling gembira di Malaysia. Wah, betul tak sangka.
Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling menyeronokkan untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau warga asing. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.
Berdasarkan Laporan Kebahagian Dunia 2019 (WHR2019) yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, beberapa faktor penting telah menjadi pemangkin kepada Kuala Terengganu untuk diangkat sedemikian.
Ads
Faktor-faktor tersebut adalah persekitaran yang bersih, komunikasi berkesan untuk menyelesaikan isu keselamatan dan gangguan, kerjasama erat antara jiran, masyarakat dan pengurusan sampah serta sisa pepejal yang cekap melonjakkan nama Kuala Terengganu menjadi kawasan paling gembira di Malaysia.
Antara kawasan lain yang turut tersenarai bersama-sama Kuala Terengganu sebagai kawasan paling gembira di Malaysia adalah Petaling Jaya, Manjung, Batu Gajah, Bentong, Jasin, Jeli, Segamat, Padang Terap dan Bandar Baharu.
Ads
Dalam pada itu, laporan WHR2019 menunjukkan penurunan Malaysia sebagai negara paling gembira di dunia daripada tempat ke-35 sebelum ini kepada tempat ke-80. Penurunan ini juga membolehkan Thailand dan Filipina mengatasi Malaysia di tempat ke-52 dan tempat ke-69.
Apa-apa pun, tahniah Kuala Terengganu kerana menjadi lokasi paling gembira di Malaysia! Wuhoo!
Bandaraya Ipoh antara tumpuan pelancong bila tibanya hujung minggu. hanya dua jam memandu dari Kuala Lumpur atau menaiki ETS terus ke Stesen Keretapi Ipoh, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bila datang ke sini.
Antara tempat menarik yang sering menjadi pilihan pengunjung ke Ipoh adalah Concubine Lane dan kawasan sekitarnya.
Ada port untuk bergambar, port untuk lepak makan dan minum dan juga port untuk anda shopping cenderahati.
Selain itu, makanan yang ada di Ipoh juga tak kurang hebatnya. Nak tahu kat mana port menarik yang anda perlu singgah bila ke Ipoh? Ini senarainya!
PORT OOTD dekat Concubine lane
Ramai yang tak tahu kewujudan tempat ni. Ini antara tarikan di negeri Perak! Vibes seperti di Taiwan, padahal dekat Ipoh je guys.
Serius lawa,Dan ada macam macam jenis makaan yang sedap sedap Dan port untuk bergambar yang MENARIK.
Ada kedai yang bertemakan harry Potter ok.
Tempat menarik yang FREE korang boleh pergi
TT5 Tanjung Tualang Tin Dredge, Batu Gajah
Disney Avenue, Kampar
Book Xcess Ipoh
Kinta Riverfront, Ipoh
Kellie’s Castle, Batu Gajah
Gua Tempurung, Gopeng
Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
Art of Old Town
,Ada jugak tempat berbayar macam lost world of tambun, upside down, Dan time tunnel
Tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia. Begitulah juga dengan mengembara atau travelling. Setiap perkara yang dijadikan mesti ada kebaikan dan entri ini akan menceritakan apa kebaikan yang akan kita perolehi dengan travel;
1. Meningkatkan Keyakinan Diri
Sama ada kita seorang yang pemalu atau gugup apabila berada di dalam perhatian umum, dengan mengembara dapat membantu untuk membina keyakinan diri yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita akan selalu berjumpa dengan kawan-kawan baru setiap hari, sesat di lorong-lorong kotaraya, keliru dengan laluan keretapi, makan makanan yang bukan ruji harian kita dan bersukaria di tempat yang asing bagi diri kita. Mengembaralah, sama ada di kawasan konflik atau di celah-celah istana di Eropah, ia akan membina keyakinan diri yang lebih tinggi kepada diri kita sendiri.
2. Bertemu Kawan Baru
Ramai orang yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti travel risau mereka akan keseorangan apabila bercuti nanti. Jangan risau! Ada ramai lagi travellers di luar sana dan ada pelbagai cara untuk kita bertemu dengan kawan-kawan baru setiap hari. Sama ada kawan baru kita itu adalah geng traveller seperti kita atau orang-orang tempatan di kawasan destinasi percutian kita. Sekiranya kita berjumpa kawan baru yang sama destinasi dengan kita, ikut beliau sekali kemana-mana. Percayalah, ia mesti menyeronokkan!
3. Buat Kita Jatuh Hati
Cinta akan sentiasa hadir apabila kita membuka hati kita untuk dicintai. Hubungan diantara manusia seringkali lebih mendalam sewaktu keluar travel bersama-sama. Tidak ada yang lebih indah selain daripada berjalan di tepi pantai sambil berpimpinan tangan bersama dan melihat matahari terbenam di ufuk barat. Ramai juga yang terjumpa jodoh sewaktu keluar travel. Cubalah, mana tahu anda akan terjumpa jodoh anda ketika bercuti, manalah tahu?!
4. Menambah Sikap Sukarela
Jika anda seseorang yang suka mengembara dan memberi, ada banyak NGO yang boleh anda sertai di luar sana. Sukarelawan memberikan anda banyak faedah bukan sahaja dari segi jasmani malah rohani. Di samping melihat tempat orang, anda juga dapat membantu insan lain yang tidak berkemampuan daripada kita. Program sukarelawan juga dapat menjadi turning point untuk kita menjadi seorang insan yang lebih baik di masa akan datang.
5. Tambah Skil Baharu
Mengembara juga dapat membantu kita untuk menambah skil yang baharu. Sama ada kita menunggang motorsikal, belajar bercakap bahasa ketiga, atau mencuba aktiviti-aktiviti lasak, sedikit sebanyak mengembara dapat mendedahkan kita tentang pengetahuan yang jarang kita dapat sekiranya duduk terperap di rumah.
6. Lebih Menghargai Perkara-Perkara Kecil
Sama ada anda terselamat daripada terjatuh dari rekahan di gunung Everest, atau terselamat daripada kemalangan jalanraya di India, ia akan membuatkan anda lebih menghargai kehidupan anda yang selama ini selamat daripada segala ancaman bahaya. Keadaan sekarang jika anda lihat, akan menjadi satu masalah dunia apabila smartphone kita kehabisan bateri tetapi dengan mengembara, ia akan mengajar anda bahawa itu adalah perkara biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan.
7. Menjadi Lebih Peka
Tidak kira bagaimana anda travel, anda pasti akan menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan sekeliling. Anda akan lebih arif tentang bagaimana keadaan dunia ini berfungsi. Anda juga akan dapat menambah sedikit pengetahuan berkenaan politik dan sejarah di satu-satu kawasan yang dilawati dan berpeluang berjumpa dengan warga tempatan sendiri bagi mendapatkan kisah sebenar di situ.
8. Meningkatkan Keupayaan Diri
Mengembara menjadikan anda seorang manusia. Ya, ia akan menjadikan anda seorang manusia yang lebih baik berbanding hari semalam. Daripada segi siasah dan sahsiah diri. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar bab ini. Sekiranya anda ingin tahu bagaimana rasanya, keluarlah mengembara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Apabila bercadang untuk bercuti ke negara orang, kita pasti impikan destinasi dan lokasi yang dikunjungi itu mempunyai tarikan tersendiri. Lagi seronok jika hari kejadian ketika kita melancong, jatuh pada hari perayaan atau sambutan tertentu negara tersebut.
Jika bercadang ke negara jiran seperti Brunei, ini ada empat masa yang terbaik untuk anda melancong ke Brunei Darussalam, iaitu:
15 Julai Hari Keputeraan Sultan Brunei
Pada hari keputeraan Sultan Brunei, anda berpeluang untuk masuk ke dalam istana Sultan dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda mencipta momen dan kenangan dalam masa cuti anda. Tapi pastikan anda berpakaian menutup aurat tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan (perempuan wajib bertudung). Jika tidak, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana. Menurut rakyat tempatan Brunei, anda berpeluang untuk melihat koleksi kereta Sultan Brunai yang ada di dalam istana tersebut.
Hari Raya Aidiladha
Bagi yang tidak menyambut perayaan aidiladha, anda boleh melancong ke Brunei pada masa ini. Ada banyak sambutan yang boleh dilakukan di sana malah anda berpeluang untuk bertemu dengan Sultan dan Permaisuri.
Sambutan Hari Kebangsaan
Sekiranya anda seseorang yang sukakan bunga api, bercuti ke Brunei pada masa sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang sesuai. Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam diadakan setiap 23 Februari.
Pesta Menuai
Setiap 1 Jun, Brunei akan menyambut pesta menuai dan waktu ini akan mengejutkan anda bahawa sebenarnya ramai non-muslim yang tinggal di Brunei. Satu daripada kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Brunei adalah Iban. Etnik Iban mempunyai budaya dan perkampungannya yang tersendiri di daerah Temburong. Jadi rangka lawatan anda untuk merasai pesta menuai ke kawasan Bangar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...