Kuala Terengganu Tempah Nama Sebagai Kawasan Paling Gembira Di Malaysia!

Share

Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman yang indah permai dan cantik menawan diangkat menjadi kawasan yang paling gembira di Malaysia. Wah, betul tak sangka.

Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling menyeronokkan untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau warga asing. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.

Berdasarkan Laporan Kebahagian Dunia 2019 (WHR2019) yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, beberapa faktor penting telah menjadi pemangkin kepada Kuala Terengganu untuk diangkat sedemikian.

Faktor-faktor tersebut adalah persekitaran yang bersih, komunikasi berkesan untuk menyelesaikan isu keselamatan dan gangguan, kerjasama erat antara jiran, masyarakat dan pengurusan sampah serta sisa pepejal yang cekap melonjakkan nama Kuala Terengganu menjadi kawasan paling gembira di Malaysia.

Antara kawasan lain yang turut tersenarai bersama-sama Kuala Terengganu sebagai kawasan paling gembira di Malaysia adalah Petaling Jaya, Manjung, Batu Gajah, Bentong, Jasin, Jeli, Segamat, Padang Terap dan Bandar Baharu.

Dalam pada itu, laporan WHR2019 menunjukkan penurunan Malaysia sebagai negara paling gembira di dunia daripada tempat ke-35 sebelum ini kepada tempat ke-80. Penurunan ini juga membolehkan Thailand dan Filipina mengatasi Malaysia di tempat ke-52 dan tempat ke-69.

Apa-apa pun, tahniah Kuala Terengganu kerana menjadi lokasi paling gembira di Malaysia! Wuhoo!

Dapatkan laporan WHR2019 di sini

Sumber: teganukita.net

IKLAN