Sebaik sahaja tamat perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 antara Qatar dan Ecuador yang berlangsung dua hari yang lalu, penyokong dari Jepun mencuri perhatian peminat bola sepak antarabangsa apabila memperlihatkan mentaliti kelas pertama dengan membantu membersihkan stadium yang digunakan untuk perlawanan tersebut.
Walaupun perlawanan tersebut tidak membabitkan pasukan negara mereka, penyokong Jepun dilihat menunggu sehingga tamat perlawanan untuk mengutip sampah-sarap yang ditinggalkan penyokong di kawasan tempat duduk seperti botol minuman, kotak makanan dan lain-lain.
Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang lelaki yang memakai jubah dan serban kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh penyokong Jepun dan berharap budaya ini dapat diteladi oleh penyokong lain.
“Seseorang meyakinkan saya bahawa ini adalah perkara biasa. Penyokong Jepun memutuskan untuk membersihkan Stadium. Ia bukan perlawanan mereka.
“Apabila saya bertanya kepada mereka, ‘mengapa anda membersihkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan anda?’. Jawapannya ialah, ‘Orang Jepun tidak pernah meninggalkan sampah di belakang. Kami menghormati tempat itu,” katanya.
Ads
Situasi terbabit bukanlah pelik atau baharu terjadi kerana pada perlawanan Piala Dunia 2018, mereka turut mendapat perhatian apabila membersihkan kawasan tempat duduk di stadium selepas menyaksikan perlawanan bola sepak membabitkan pasukan negara mereka.
Aksi Piala Dunia 2018 antara Senegal dan Jepun mencuri tumpuan kerana kedua-dua penyokong negara itu berganding bahu membersihkan stadium selepas tamat perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Yekaterinburg.
Ads
Mereka membawa beg sampah sendiri dan kemudiannya mengutip semula sampah dibuang ketika menyaksikan perlawanan.
Japanese fans at the opening World Cup match cleaned up the stands after Qatar-Ecuador. 🇯🇵
LIBUR: Kalau anda ke Jepun memang susah nak jumpa tong sampah walaupun di dalam tandas dan juga tempat awam. Pendek kata kalau ada sampah memang bawa balik dan buang di rumah lah jawabnya. Sikap sebegini yang perlu diteladi oleh semua!
CONTEST!!CONTEST!!CONTEST
Dah habis tengok video ni, LIBUR nak bagi korang feel sendiri ke KL Museum of Illusions ni.
Syarat mudah nak menang tiket Museum of Illusions
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Tag 2 orang kawan &…
Jawab 2 soalan mudah ni di ruangan komen
1. Berikan nama 3 bilik ilusi yang ada di Museum of Illusions KL?
2. Bilakah waktu operasi Museum of Illusions KL?
HADIAH HADIAH HADIAH!!!
12 Pemenang dengan jawapan paling tepat dan pantas akan memenangi:
*** 4 Tiket Museum Of Illussions KL Setiap Seorang
Tarikh tutup: 30 NOVEMBER 2022
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berbaki dua bulan lagi untuk menghabiskan tahun 2020 yang begitu menguji seluruh penduduk dunia. Banyak yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda sejak dikesan penghujung tahun 2019 di Wuhan, China. Antaranya kehilangan pekerjaan dan sumber pendapat bulanan.
Industri paling terkesan semestinya penerbangan dan pelancongan. Susulan daripada itu, hampir semua syarikat penerbangan di seluruh dunia mengurangkan pekerja akibat pandemik Covid-19. Di Malaysia, Malindo Airways Sdn Bhd juga tidak terkecuali dalam mengambil langkah itu.
Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya. Syarikat penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR. Proses pemberhentian kerja kakitangan yang terbabit dijangka selesai pada 30 November 2020 depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai.
Pada 9 Oktober 2020 lalu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis Covid-19. Langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.
Bukan itu sahaja, malah Malaysia Airlines menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Kapten Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan Oktober 2020 ini.
Image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur berhasrat meluaskan usaha mempromosi pelancongan Terengganu melalui pengiktirafan pengusaha-pengusaha beca di sekitar Kuala Terengganu sebagai duta kecil dalam usaha membantu industri tersebut.
Kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan semula beca elektrik dalam masa terdekat sebagai antara inisiatif menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi pengayuh beca di negeri ini terutama di sekitar Pasar Payang.
Beca elektrik menggunakan sistem automasi atau Human Power Booster (HPB) membekalkan kuasa sokongan kepada pengayuh beca. Ketika ini terdapat 10 beca elektrik di Jabatan Pelancongan Negeri yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisi beca Terengganu dan sesuai untuk pengayuh beca generasi baharu.
Ada beberapa inisiatif lain yang akan diperhalusi untuk menarik minat golongan muda menjadi pengayuh beca. Dengan mengambil kira faktor kemasukan pelancong yang ramai ke Terengganu, mengayuh beca sebenarnya boleh menjadi satu sumber pendapatan baharu kepada anak muda.
Meskipun terdapat 48 pengayuh beca yang berdaftar namun hanya kira-kira 20 orang sahaja yang masih aktif berikutan mengalami masalah kesihatan dan faktor umur. Kerajaan negeri turut bercadang untuk menempatkan beberapa pengayuh beca di sekitar kawasan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Losong sebagai tarikan pelancongan. Pengayuh beca dari TTI akan datang boleh membawa penumpang berjalan-jalan sekitar Muzium Negeri dan Kampung Budaya Terengganu.
Jom jadi ‘duta kecil’ sebahagian daripada barisan hadapan industri pelancongan di Malaysia!
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hebatnya, bukan calang-calng orang diberi kesempatan untuk sampai ke jauh dalam lautan Jurang Mariana.
Bekas angkasawan dan ahli geologi NASA, Kathy Sullivan menjadi wanita pertama menyelam ke titik paling dalam di dasar laut, dikenali sebagai Challenger Deep, yang terletak dalam Jurang Mariana di Lautan Pasifik.
Walaupun sudah berusia 68 tahun, Kathy Sullivan sangat bertuah berjaya menghabiskan ekspedisi berkenaan dengan menggunakan kenderaan submersible DSV Limiting Factor (LF). Misi berkenaan memerlukan Sullivan menyelam sehingga 35,000 kaki di bawah permukaan laut.
Kenderaan yang dibina oleh syarikat Triton Submarines yang berpangkalan di Florida, adalah kenderaan pertama dalam sejarah yang berulang kali berjaya sampai ke titik terdalam di lautan itu. Selalunya pada kedalaman itu, penyelam perlu berhadapan dengan tekanan yang sangat besar, kegelapan yang melampau dan tahap suhu yang hampir mencapai beku, dan hanya hidupan mikroorganisma tertentu yang boleh hidup.
Misi terbabit mencipta sejarah tersendiri pada 7 Jun 2020 dan Kathy Sullivan dan pasukanny kembali ke pelabuhan di Pulau Guam pada 15 Jun 2020.
“Sebagai ahli oseanografi dan angkasawan, ini adalah hari yang luar biasa, sekali seumur hidup, dapat melihat keadaan di Challenger Deep dan kemudian membandingkannya dengan nota dengan rakan-rakan di ISS mengenai kapal angkasa lepas yang boleh digunakan semula,” kata Kathy Sullivan yang menghabiskan masa lebih sejam di situ.
Pada 1984, Sullivan menjadi wanita pertama dari Amerika Syarikat yang berjalan di ruang angkasa lepas. Dia kini menjadi individu kelapan yang berjaya sampai ke Challenger Deep, mengikuti jejak beberapa tokoh terkenal lain, antaranya Don Walsh dan Jacques Picard pada tahun 1960, dan juga pengarah filem Titanic, James Cameron pada tahun 2012.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...