Seni jalanan di lorong-lorong jalan sekitar Kuala Lumpur bagaikan khazanah yang tersembunyi di serata kawasan. Hasil karya kebanyakkan seni dinding di lorong jalanan menggambarkan gaya hidup rakyat Malaysia yang menjadi tradisi hingga kini.
Terbaharu street art di Kwai Chai Hong yang terletak di antara Lorong Panggung dan Jalan Petaling menjadi tarikan terbaru buat anda yang gemar berswafoto atau membidik gambar kenangan untuk dimuatkan dalam sosial media. Landmark untuk mencari lorong ini adalah Kuil Chan See Shu Yuen.
Ads
Mural yang terdapat di lorong Kwai Chai Hong menampilkan warisan budaya masyarakat Malaysia terutama tradisi masyarakat Cina sewaktu era 60-an. Pengunjung ‘berusia’ pasti dapat mengimbau kenangan setelah melihat pelbagai produk dan makanan yang dipromosi disekitar lorong ini. Antaranya kudapan atau jajan ketika zaman 80an hingga 90an, alat permainan dan majalah.
Ads
Lorong Kwai Chai Hong dibuka untuk pengunjung dan pelancong dari 9 pagi hingga 6 petang. Jom la serang port instagrammable terbaru ni!
Kalau dahulu, pusat beli-belah ini dikunjungi apabila ingin membeli barang seperti baju, peralatan rumah atau mungkin mahu menjamu selera saja.
Namun kini, ia sudah menjadi pusat sehenti bagi masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti riadah. Pusat beli-belah juga kini menjadi lokasi alternatif untuk membawa anak bercuti terutama pada musim cuaca tidak menentu ini.
Selain daripada bawa keluarga dan anak-anak korang sambut merdeka di perarakan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Putrajaya tahun ini, di sini ada beberapa cadangan pusat membeli-belah yang menarik untuk membawa si kecil tersayang di sekitar kawasan Lembah Klang.
Skytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.
Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.
The Parenthood terletak di tingkat satu Sunway Pyramid West dan kuha Sunway Putra Mall khusus untuk seisi keluarga, ‘The Parenthood’ Taman Keluarga London Street di Malaysia menyediakan kemudahan, perkhidmatan, produk dan pengalaman keibubapaan masa kini untuk setiap golongan.
Reka bentuk luar biasa dilengkapi ‘Big Ben’ iaitu bas London berwarna merah, bendera Britain, kotak surat merah, deretan kedai menarik di sepanjang jalan bertanda kuning dan berlatarbelakangkan istana Inggeris sememangnya mengimbau kenangan manis kota London yang mengagumkan.
Dengan keadaan cuaca di negara kita yang tidak bersalji, meluncur di gelanggang luncur ais pastinya cukup menyeronokkan. Bersaiz Olimpik, aktiviti riadah yang mengujakan ini pastinya dapat dirasai saat berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya. Terletak di selatan Lembah Klang, IOI City Mall Putrajaya antara pusat beli-belah terbaru yang menyediakan pusat riadah menyeronokkan dan cukup mencabar. Satu lagu lokasi luncur ais yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia adalah di Sunway Pyramid.
Malah aktiviti riadah bersama anak-anak boleh diteruskan dengan pertunjukan air pancuran berirama di pintu masuk utama pusat beli-belah IOI City Malll di The Symphony Walk. Menariknya, di sekitar The Symphony Walk itu, terdapat beberapa tempat khusus untuk pengunjung berehat sambil mendengar alunan muzik mengiringi pancuran air yang cukup mendamaikan.
Selain gelanggang luncur ais, aktiviti riadah yang mencabar kekuatan mental dan fizikal pengunjungnya adalah District 21.Hanya RM75 seorang, anda berpeluang mencabar diri melakukan semua aktiviti yang di situ.
Seumpama berada di sebuah alam lain yang direka khas untuk kanak-kanak! Begitulah yang dirasai tatkala melangkah masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaikan sebuah ‘negara’ yang direka khusus untuk menyuntik keriangan, taman tema tertutup berunsurkan pendidikan itu menawarkan peluang kepada mereka yang berusia seawal tiga tahun sehingga 14 tahun untuk merasai pengalaman melakukan pekerjaan dan aktiviti orang dewasa.
Cosmo World Theme Park adalah terbesar taman tema tertutup di Malaysia yang meliputi kawasan seluas kira-kira 380,000 kaki persegi. Taman tema yang orang dewasa dan kanak-kanak taman tema yang berdiri sendiri dengan berbagai jenis permainan dan hiburan. Empat daripada wahana tunggangan keseronokan yang direka khas untuk Cosmo World Theme Park. Di antara perjalanan, yang paling mendebarkan akan menjadi panjang Supersonic Odyssey roller coaster 800 meter. Terdapat juga 30 meter tinggi Spinning Orbit, DNA Manusia dan Serangan Angkasa yang pasti akan membuat pam adrenalin anda sekurang-kurangnya dua kali lebih cepat. Terdapat juga tunggangan kurang mendebarkan yang lebih sesuai untuk anak-anak dan keluarga.
Selesai beriadah, jamu selera di beberapa restoran yang menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk anda. Suria KLCC juga antara pusat beli-belah yang pastinya memberikan keseronokan beriadah. Terletak di Menara Berkembar Petronas dengan rekaan unik Suria KLCC menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang cukup menarik. Ingin meneroka sains dan pelbagai aktiviti berkaitan sains, Petrosains, The Discovery Centre nyata membuatkan anak-anak teruja.
Disenaraikan akuarium keempat terbaik di Asia, Aquaria KLCC pula menanti anak anda dengan pelbagai aktiviti hebat. Terokai perairan tropika eksotik dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter. Menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dalam dan luar negara, anda bukan saja berpeluang melihat hidupan laut ini bebas berenang malah maklumat lengkap berkenaan setiap pameran turut disediakan. Keunikan susun atur kolam, penerangan yang jelas bagi setiap spesies dan terowong besar memberi peluang pengunjung melihat pelbagai jenis ikan termasuk jerung hidup bebas berenang mengelilingi mereka bagaikan di laut dalam.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jepun sememangnya sebuah negara yang terkenal pelancongan. Antaranya ialah Gunung Fuji yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun dan menjadi daya tarikan orang luar untuk melawat negara ini. Bukan saja Gunung Fuji tetapi juga terkenal dengan bunga Sakura yang cantik memukau.
Dari perkongsian Zunita Ramli yang tinggal di Jepun, ada lokasi menarik di Jepun yang mana seolah kita berada di lautan biru kalau naik ke atas bukit yang dipenuhi bunga nemofila sebanyak 4.5 juta.
Sedikit trivia mengenai Hitachi Seaside Park:-
Hitachi Seaside Park ni dulu sebenarnya merupakan lapangan terbang ketenteraan Amerika Syarikat, iaitu Lapangan Terbang Higashi-Mito. Kemudian lepas perang Dunia Kedua tamat, ia dijadikan kawasan latihan tembakan dan bom oleh tentera Amerika Syarikat.
Tapi pada tahun 1973, ianya dijadikan taman sebagai simbol keamanan dan dinamakan “Hitachi Seaside Park”. Pada musim bunga, puncak tertinggi taman ini iaitu Bukit Miharasi dengan ketinggian 58 meter dari paras laut bertukar biru dengan lebih 4.5 juta bunga nemofila di tanam di bukit ini, tak ubah seperti “lautan biru”. Jadi kalau ke Jepun, jangan lupa singgah di sini ya. . Kredit : #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak dinafikan, ramai kini yang gemar memilih percutian camping bersama keluarga.
Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi, dapat juga menambah kemesraan dengan anggota keluarga yang turut serta berkumpul sambil melakukan pelbagai aktiviti disukai.
Jika di Malaysia, Kita akan memilih camping di tempat yang ada air terjun, sungai atau kawasan pantai.
Tetapi lain pula ceritanya dengan wanita ini di Australia yang menghabiskan masa bersama keluarga bercamping di Caravan Park yang menyediakan pelbagai kemudahan lengkap untuk pengunjung.
Mai la nak kongsi cerita sikit tempat camping kat Aussie sikit. Kali ni kami cuba di Caravan Park. Caravan Park yang kami pergi ini ada macam-macam jenis tempat untuk bermalam seperti chalet, caravan dan motorhome site, campervan, powered tent site dan unpowered site. Kiraan semalam dikira ikut satu kepala dan ada ikut per sekeluarga.
Macam kami ambik powered tent site yang family untuk 2 dewasa dan 4 anak. Harga aud58 semalam (jangan convert na… Ni kira macam rm58 la gitu). Then mereka akan tanya keluasan tent. Kami ambil size 5 x 3 meter.
Memang ngam-ngam size untuk tent 10 p northstar dark room kami. Boleh pilih size mana yang kita nak ikut size tent tanpa caj lain. Aud58 ni kira mahal lah untuk powered tent site. Tetapi sebab ini adalah di Caravan Park jadi tak adalah ralat sangat sebab banyak kemudahan yang ada.
Kemudahan yg ada seperti swimming pool, playground, tempat BBQ elektrik, tandas 6 +6,bilik mandi 4+4, laundry beserta mesin basuh dan dryer , kitchen beserta peti ais, microwave, dapur gas serta peralatan memasak, kawasan makan yang besar beserta TV, convenience store, tempat sidai baju dan semua kemudahan sesuai untuk golongan kurang upaya.
Kiranya harga ini sangatla berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Check in dari 12 tengah hari dan check out jam 10 pagi. Walaupun banyak kemudahan tapi masih di dalam kawasan hutan.
Semua kawasan disitu dibersihkan setiap pagi oleh pekerja disitu.. Setakat yang saya nampak ada la dalam 10 orang. Swimming pool setiap jam staff akan çek kadar kebersihan air dan kutip daun yang masuk dalam pool.
Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada individu yang ada atau ingin membuka camp site di malaysia. Benda yang baik kita kongsi bersama2 tak mau kecam2 na.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...