Labuan digelar Mutiara Borneo dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan kewangan disegani.
Terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sabah, Labuan diletakkan dalam Wilayah Persekutuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956.
Labuan mempunyai pelbagai daya tarikan istimewa, dengan panorama pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam dan aktiviti rekreasi air, snorkeling dan lawatan ke pulau-pulau.
Kedai Bebas Cukai
Tahu tak Labuan turut menjadi destinasi percutian tumpuan pelancong kerana zon bebas cukainya bebas cukai yang menyediakan pelbagai jenis barangan antaranya coklat, makanan dan tembakau yang dijual murah.
Walaupun coklat banyak dijual di tempat lain, istimewanya produk di kedai bebas cukai itu jarang ditemui di tempat lain. Malah, ada antaranya memang boleh ditemui di situ saja.
(War Cemetery Labuan) Memorial Perang Dunia Kedua
Memorial Perang Dunia Kedua di Labuan ini adalah yang terbesar di Malaysia dan menjadi saksi kepada persemadian 3,908 askar yang terkorban pada Perang Dunia Kedua.
Ads
Ia adalah tempat utama bagi sambutan Hari Peringatan dan upacara tahunan bagi menghormati wira perang, dijalankan dengan penuh tradisi ketenteraan.
Peace Park (Taman Damai)
Merupakan salah satu tempat wajib bagi pengunjung jika datang ke Labuan. Taman Damai yang tenang di Kampung Layang-Layangan ialah simbol keamanan dan harmoni yang diserikan dengan jambatan gaya Jepun, kolam dan landskap menarik. Taman Damai ialah tanda penghormatan bagi mereka yang bertarung nyawa di Borneo ketika Perang Dunia Kedua.
Surrender Point (Tugu Penyerahan Jepun)
Di sebelahnya ialah Tugu Penyerahan Jepun iaitu tempat Angkatan Tentera Jepun ke-37 menyerah kepada Angkatan Tentera Diraja Australia pada 10 September 1945. Penyerahan penuh bersejarah itu menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua di Borneo. Tugu itu dilancarkan semula pada 2011 dan ia didirikan bagi memperingati askar yang berjuang untuk kebebasan Borneo, sekali gus menamatkan perang.
Ads
Muzium Chimney
Ia adalah bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang berusia lebih seabad.
Muzium itu agak unik kerana berdasarkan namanya ramai menganggap ia berfungsi sebagai cerobong asap. Namun, tiada kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam.
Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil & Pulau Kuraman
Pulau Rusukan Besar merupakan salah satu daripada pulau yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Labuan sejak tahun 1994. Terdapat tiga buah pulau yang telah digazetkan oleh kerajaan Labuan iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman. Ketiga-tiga pulau ini terletak berdekatan antara satu sama lain.
Ads
Memandangkan pulau ini dikategorikan sebagai taman laut, segala aktiviti yang mengancam dan mengganggu gugat kesejahteraan hidupan marin seperti memancing, memukat dan menangkap ikan adalah tidak dibenarkan.Persekitaran yang cantik dengan suasana yang menyegarkan serta air laut membiru serta jernih menjadi antara daya penarik kepada orang ramai untuk datang ke pulau-pulau ini.
Pulau Rusukan Besar juga dikenali sebagai lokasi pemuliharaan penyu sejak 2011, manakala pemulihan batu karang di sini pula bermula sejak 2015. Antara aktiviti yang menjadi perhatian pengunjung ialah berenang, snokerling serta menikmati keindahan panorama yang ada.
Jika di Pulau Kuraman Besar pula, pengunjung juga boleh berjalan mengelilingi pulau yang mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Selain daripada pelbagai aktiviti, terdapat juga banyak kemudahan yang disediakan buat pengunjung seperti tandas awam, calet, tapak barbeku dan balai informasi pulau.
Pantai Pancur Hitam
Pasti tidak lengkap rasanya jika datang ke Labuan jika tidak menikmati panorama matahari terbenam yang sungguh mempesonakan. Persekitaran Labuan dikelilingi laut menyebabkan kawasan pantai sering menjadi tumpuan pengunjung terutama di hujung minggu untuk menyaksikan fenomena semula jadi itu. Antara pantai terkenal di Labuan ialah Pantai Pancur Hitam.
Pantai Layang-Layang
Pantai Layang-Layangan mempunyai air yang jernih dan pantai yang bersih. Pantai Layang-Layangan turut menjadi tumpuan untuk bergambar kerana di hujung pantai itu terdapat sepohon pokok yang tumbuh di atas batu dan hanya dapat dilihat dengan lebih dekat ketika air surut.
Rakyat Perancis bimbang dengan perancangan kerajaan untuk melonggarkan sekatan pergerakan bermula 11 Mei 2020.
Perancangan itu susulan situasi wabak COVID-19 menunjukkan perkembangan baik selepas lima minggu sekatan pergerakan dilaksanakan. Kerajaan Perancis sedang dalam proses untuk melonggarkan sekatan pergerakan secara beransur-ansur untuk mengembalikan semula rutin kehidupan seperti biasa. Di bawah perancangan kerajaan, kafe, restoran, kedai, pawagam dan teater masih ditutup sementara festival ditunda sehingga pertengahan Julai.
Sementara itu, sekolah akan dibuka semula dalam beberapa fasa dengan jumlah kelas yang jauh lebih kecil. Namun, persoalan mengenai peralatan perlindungan dan protokol kebersihan yang akan dilaksanakan masih tidak terjawab, mencetuskan kebimbangan dan kritikan banyak pihak.
Foto: chinadaily.com.cn
Tinjauan yang dibuat oleh Elabe, mendapati 66 peratus daripada 1,000 responden bimbang dengan hasrat kerajaan itu.
Mengenai rancangan membuka semula sekolah, 63 peratus responden berpendapat kerajaan belum bersiap sedia sepenuhnya dengan langkah-langkah pencegahan.
Dalam satu lagi tinjauan lain oleh Harris Interactive, sejumlah besar responden mahu bekerja dari rumah terus dilaksanakan walaupun selepas sekatan pergerakan berakhir.
Sementara 60 peratus yang disoal selidik mengatakan langkah membuka semula sekolah bukan satu keputusan yang baik.
Buat pertama kalinya sejak pertengahan Mac lalu, pelanggan di Bangkok, Thailand, dibenarkan makan di restoran selain membungkus dan bawa pulang makanan.
Bagaimanapun, pelanggan dan juga pengusaha restoran perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Kerajaan memutuskan semua restoran mesti menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk, dan suhu badan pelanggan mesti dimbil sebelum dibenarkan masuk.
Meja makan pula harus dijarakkan sekurang-kurangnya 1.5 meter dan wajib dibersihkan selepas setiap pelanggan menggunakan meja tersebut.
Bagi kakitangan pula, mereka perlu memastikan ada ruang di antara pengunjung jika terdapat dua pelanggan duduk di meja yang sama.
Thailand mungkin bebas daripada perintah ‘lockdown’ tetapi negara itu masih dalam keadaan berjaga-jaga.
Selain itu, pihak berkuasa juga telah membuka semula taman bandar, termasuk, Lumpini Park, Bangkok. Setiap pengunjung yang masuk ke taman tersebut harus memakai penutup hidung dan mulut selain menjalani pemeriksaan suhu.
Pengunjung juga dilihat memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan taman beriadah di Bangkok. Bagaimanapun, aktiviti beriadah berkumpulan masih dilarang, begitu juga penggunaan peralatan latihan awam. Perhimpunan besar juga masih dilarang.
Sandakan, Sabah terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, gugusan pulau yang tidak tercemar serta hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan yang hanya boleh ditemui di Borneo dan Sumatera.
Dikenali sebagai ‘Little Hong Kong Malaysia’ Sandakan, bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi terkenal dengan keramahan penduduknya serta kesan sejarahnya. Ini 11 lokasi mesti pergi jika anda mengunjungi Sandakan:
Tidak lengkap rasanya jika ke Sandakan tanpa menjengah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Lokasinya seluas 4300 hektar mempunyai kira-kira 300 ekor orang utan dan 92 hidupan mamalia lain. Waktu kunjungan paling sesuai untuk melihat habitat ini ialah ketika tiba masa orang utan diberi makan.
Foto: Amazing Borneo Tours
Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo bersebelahan pusat pemulihan orang utan menerima pengunjung setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 3.30 petang. Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo menjalankan aktiviti konservasi beruang madu atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus melalui penjagaan kebajikan haiwan, pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan. Pengunjung berpeluang melihat sebahagian daripada 40 ekor beruang madu di pusat itu menerusi pelantar yang disediakan, namun tidak semua haiwan itu akan keluar kerana radius kawasan hutan itu luas.
Nama lain bagi monyet ini adalah Monyet Belanda iaitu spesies monyet yang berhidung besar dan panjang. Untuk melihat keletah monyet unik yang hanya wujud di sekitar Borneo ini, anda boleh pergi ke Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary. Santuari ini terletak tidak jauh dari Kampung Semawang, di tengah-tengah kawasan hutan bakau di Labuk Bay, Sandakan. Sampai sahaja ke sini, anda perlu menaiki platform pemerhatian yang disediakan untuk mendekati haiwan eksotik ini, jangan risau, monyet ini bukanlah daripada spesies yang agresif. Jangan lupa untuk bawa kamera.
Foto: sabahtourism.com
Tambah menarik, jika berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan dari Jeti Kampung Bilit. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi di kawasan seluas 26,000 hektar boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi.
Sandakan Central Market merupakan tamu atau pasar yang terkenal di tengah bandar Sandakan. Pelbagai barangan harian, sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering, lauk-pauk, pakaian dan cenderamata boleh didapati di sini. Jangan lupa untuk membawa pulang mutiara berupa hiasan tangan, rantai atau kerongsang yang boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah.
Teruskan jalan-jalan anda di sekitar ini dengan berkunjung ke Sandakan Crocodile Farm terletak sekitar satu setengah jam dari bandar Sandakan. Taman buaya ini merupakan yang terbesar di Sabah. Selain buaya, di sini juga terdapat sebuah zoo mini yang menempatkan ikan Amazon bersaiz besar.
Antara destinasi yang harus menjadi persinggahan ialah Perkampungan Air Sim Sim iaitu perkampungan yang paling lama wujud di Sandakan. Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Sumber lautan seperti mutiara ternak mudah didapati dengan harga yang murah di perkampungan yang menghadap Laut Sulu ini.
Pulau Berhala terletak berhadapn dengan perkampungan Sim-Sim. Pulau ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan satu sama lain pada ketinggian 600 kaki dari aras laut. Anda boleh mengambil pakej ke sini menggunakan khidmat pemandu pelancong yang berdaftar.
Tokong Buddha Puu Jih Shih yang merupakan tempat suci masyarakat Buddha yang terbesar di Sandakan. Terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi panorama yang indah, membuatkan kedudukan tokong ini kelihatan sangat strategik.
Muzium Agnes Keith iaitu rumah asal seorang rakyat Amerika yang begitu giat untuk memperkenalkan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu di peringkat antarabangsa turut menjadi tempat untuk dilawati. Rumah ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibina semula mengikut reka bentuk asal. Agnes Keith mempopularkan Sabah dengan menulis tiga buah buku berjudul Land Below The Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.
English Tea House & Restaurant merupakan lokasi untuk menjamu selera yang cukup terkenal di Sandakan. Terletak beberapa meter dari muzium Agnes Keith, restoran ini menawarkan menu santapan berkonsep Inggeris, sesuai dengan persekitarannya. Terletak di atas bukit, pengunjung dapat saksikan panorama indah lautan terbentak luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...