![Untitled design(1)](https://cdn.libur.com.my/2024/05/Untitled-design1-1-696x365.jpg)
Kalau anda rasa nak pergi Penang tetapi nak bajet duit, boleh bawa keluarga ke beberapa tempat ini. Tetap enjoy!
Seperti yang dikongsi oleh Cik Han, ini antara tempat menarik yang anda boleh singgah bila tiba di negeri Pulau Pinang.
Jom Pergi Penang!
Bermula dengan breakfast di Gemas Road sebab senang parking. Wajib cuba kalau anda suka makan menu kari.
Kemudian boleh pergi main basikal dekat Queensbay under Link Bike. RM5 je dah boleh main basikal merata. Tapi kena tengok masa lah nanti panas.
Anda boleh check in di The Lost Paradise kalau suka suasana ala-ala Bali. Di sini ada cafe viral Biru-Biru On The lsland. Macam vibes dekat pulau dan Bali.
Petang pula boleh pergi pantai Batu Feringghi jalan kaki daripada resort untuk tengok sunset. Kalau ikutkan pengalaman Cik Han, malam tak ada buat aktiviti apa-apa sebab memang trip ni nak healing. Esoknya pergi ootd sekitar situ, pun cantik!
Kemudian boleh terus singgah tempat 00TD Tanjong Tokong. Tempat ini dulu ada Secret Avatar Garden tapi dah tak beroperasi. Anda boleh Lunch di The Founders sebelum bergerak ke cross bridge untuk pergi Penaga.
Tempat ini dulu ada Secret Avatar Garden tapi sudah tak beroperasi. Sambung makan tengah hari di The Founders sebelum bergerak ke cross bridge untuk pergi Penaga sebab nak visit Kampung Agong.
Jangan terkejut singgah Kampung Agong, memang cantik sangat kalau anda suka ootd, suasana kampung tetapi memang cun habis.
Hah, nanti kalau ada niat hala ke Utara jangan lupa singgah beberapa tempat ini ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis, Tempat Unik Orang Berniaga
![Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis, Tempat Unik Orang Berniaga](https://cdn.libur.com.my/2023/12/Untitled-design-14.jpg)
Di Perlis dan Kedah, ‘nat’ merujuk kepada pasar sehari dan Nat Pokok Getah ini antara pasar yang kerap dikunjungi khususnya warga tempatan.
Tempat ini agak unik berbanding kebanyakan pasar sehari di Malaysia kerana terletak di ladang getah.
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis
Di pasar yang terletak di Jalan Arau-Pauh ini, pengunjung boleh melihat aktiviti masyarakat di sini dan turut menyertai dalam aktiviti jual beli.
Selain aneka makanan yang dimasak panas, di sini juga terdapat barang basah, sayuran, barangan keperluan harian dan macam-macam lagi.
Turut ada dijual ialah buah-buahan, pokok bunga, haiwan peliharaan, alatan tukang, barangan elektrik malah produk-produk terpakai seperti pakaian dan kasut.
Dalam seminggu hanya 2 hari sahaja Nat Pokok Getah ini dibuka iaitu pada hari Jumaat dan Ahad dari pukul 7 pagi hingga 2 petang sahaja.
Jadi kepada anda yang sudah sampai ke Perlis, cubalah singgah sini. Ambil peluang tengok barang rare dan merasa tempat orang berniaga macam-macam. Baru syok jalan-jalan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422561.jpeg)
Buat masa Turki menjadi destinasi paling popular menjadi pilihan pelancong yang mahu bercuti ke luar negara.
Namun begitu ada beberapa panduan perlu ambil tahu jika anda berhajat untuk bercuti ke sana ketika musim pandemik ini.
Perkongsian Norhayati di Grup Backpacker Buddies Malaysia memberitahu tip atau persediaan sebelum terbang ke negara yang terkenal dengan sejarah tersendiri dan mempunyai pemandangan cukup menarik ini.
Persediaan Perlu Buat Sebelum Masuk Turki
Trip yang tak di rancang!! Turkey oh Turkey, mai lagi rupanya.
Sebenarnya kemasukan aku ke Turki kali ini bukan satu perancangan rapi pun. Sembang tak sampai 5 minit, terus beli tiket on the spot. Hantu apa yang merasuk pun tak tau lah…
Aku pun sebenarnya dalam dilema nak teruskan trip ini atau tangguh kan dulu. Alhamdulillah, semua dipermudahkan dan di doakan terus dipermudahkan hingga akhir. Ameen…
Sedikit persiapan aku sebelum memasuki negara Turki.
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422564.jpeg)
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422567.jpeg)
Bagi individu yang ingin travel ke Turki dalam tempoh Pandemik, beberapa bersiapan perlu dibuat agar kemasukan berjalan baik antaranya:
1. HES CODE -HES code sebagai pengenalan diri dan declaration kesihatan di Turkey, macam Mysejahteralah.
QR HES code diperlukan untuk kebanyakan situasi dan tujuan.
HES perlu di register seawal 72jam sebelum berlepas. So, boleh register di link berikut: https://register.health.gov.tr/
2. Vaccination Cert.
3. PCR test result (bergantung pada airline- Emirates dan Turkish Airline tidak perlu, yang lain aku tak pasti sebab aku tak guna airline lain kecuali dua ni je). Dekat kaunter KLIA or mana-mana kaunter Airport, diorang akan tanya PCR result, aku jawab aku dah completed vaksin so, PCR test result tak perlu, sebab Turki pun tidak Memerlukan PCR test ni.
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422559.jpeg)
4. Insurans – Emirates dah cover insurans termasuk kes covid. Tapi, aku ambil etiqa sebagai tambahan (sebenarnya tak perlu pun insurans tambahan)
Hari pelepasan, di kaunter, petugas akan minta tunjukan perkara 1- 4.
Untuk PCR test tu, aku cakap tak ada sebab Emirates dan Turkey tidak mewajibkan kalau korang dah completed 2 dose vaksin. Selesai urusan di kaunter, dapat la boarding pass.
Tujuan check in, korang datang la awal sebab semakan di kaunter memang detail.
Seperti mana biasa, guna Emirates maka bersedia untuk transit di Dubai Airport.
Airport memang super besar dan cantik serta canggih, friendly tourist dengan WiFi percuma tanpa had, just register je di link diberikan. Cuma WiFi terhad tidak boleh what’sApp or video call.
Di Dubai tidak perlu apa² dokumen sebab aku just transit. Korang kalau transit lama-lama, boleh je merayap keluar.
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422558.jpeg)
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422562.jpeg)
Aku?? memang tak keluar airport sebab sampai dah malam dan flight pagi (bunyinya macam sopan je kan). Sebelum covid, pantang ada flight transit, memang tak pernah lepas peluang.
Okay, tiba di Airport Istanbul, Pergerakan traveller seperti biasa, cop passport dan lepas kaunter imigresen ada satu kaunter semakan PCR test result (gayanya macam random je), so… Kat sini Just tunjuk Vaccination Certificate. So, korang akan dilepaskan. Yang tak vaksin, kuarantin 14 hari. Nampak tu, keuntungan orang vaksin.
Saranan aku, cetak semua dokumen untuk memudahkan segala urusan. Tapi yang style paperless tu, ikut lah keselesaan korang. Aku ni jenis traditional sikit lah. Jadi, dua-dua aku buat. mudah dan tenang pada jiwa aku.
Okay, bila dah sampai Airport, macam biasa aku akan cari transport paling murah dan mudah.
Istanbul kini ada tiga Airport,
1. Istanbul Airport (New)
2. Atarturk Airport (tiada penerbangan lepas airport baru beroperasi kecuali kargo)
3. Airport Sabiha Gockchen.
So, dari Istanbul Airport, aku ambil Havaist Bus ke Aksaray Station dengan bayaran 35TL.
So, dari Aksaray korang boleh ambil bus, tramvay or Metro ke Mana² destinasi seterusnya. Havaist Bus ni, akan berhenti Betul-betul di hadapan Grand Havan Hotel.
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422565.jpeg)
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422560.jpeg)
Kalau tak nak stop di Aksaray, boleh je ke Taksim, Emanonu dan lain-lain.
Aku memang asalnya aku nak turun ke Beyazit Square tapi kebetulan Havaist bus tak ke Beyazit.
Untuk ke Beyazid/Aksaray ambil je bus no 12. di aras dua nanti keluar dari arrival hall, ada tanda arah… Follow je.
Tiket, boleh beli di kiosk. Boleh guna cash atau kredit kad.
Untuk bus ke/dari airport korang tak boleh Istanbulkart. So, ready cash or kredit Kad je.
Okay, dah alang-alang aku sebut pasal Istanbulkat, Istanbulkart sebelum Pandemik, 1 kad boleh share 3 orang tapi tidak lagi sekarang kerana setiap Istanbulkart perlu dilinkkan dengan HES code dan bagi yang dah ada Istanbulkat sebelum ni, korang link kan je ke link berikut (good luck)- hanya boleh buat di Turki je tau: https://kisisellestirme.istanbulkart.istanbul/
Kalau korang yang tiada, boleh beli di mesin Istanbulkart, TL17. so, nanti korang aktif kan dengan HES Code tu.
Ada juga kedai-kedai yang jual Istanbulkart tapi korang sediakan TL25-40 (korang bargain lah). Beli kat kedai, diorang akan tolong aktif kan guna HES Code. Istanbulkart ni apa pula? Kalau kat Malaysia, Macam touch n go la… berbentuk nyawa bagi traveller yang menggunakan pengangkutan awam.
![Ini 4 Persiapan Perlu Buat Sebelum Fly Ke Turki, Musim Pandemik. Jadikan Percutian Lebih Lancar!](https://cdn.libur.com.my/2021/12/422566.jpeg)
Bagi yang berhasrat nak tinggalkan bagasi ye la mana tau korang terpaksa transit sebelum ke Mana² negeri di Turki, di Istanbul Airport ada 2 tempat, 1 di Gate 8 (International Arrival) dan Gate 1 (Domestic Arrival). satu beg di charge TL40 untuk tempoh 48jam.
Oh ya! bab yang paling best untuk aku kongsi kan ialah bab tukar duit, aku Cadangan kan, kalau nak tukar kat Malaysia, tukar sikit je nanti sampai Airport or Turki korang withdraw la banyak mana yang korang nak melalui Bank Ziraat Bankasi, HSBC, Halkbank dan kuvetturk. Currency aku tukar hari ni, TL1 = RM0.29 berbanding tukar di KL TL1 = RM0. 48. So, pilih la yang berbaloi.
Itu je la perkongsian aku tentang step perjalanan aku dari Malaysia ke Istanbul.
Harap membantu bagi yang merancang ke Turki dalam masa terdekat ni.
Apapun, jaga SOP.
Next….
#travelismylife
#meripyaariyaadien
#meriterikahani
#tripke-4Turki.
Artikel Berkaitan:
Bila Makan Angin & Travel Jauh Dengan Kereta, Sila Bawa 10 Item Kecemasan Ini
Ini 8 Muzium Boleh Dilawati. Selain Kumpul Fakta Menarik, Berbaloi Insta-Worthy Untuk Kaki OOTD!
Tak Perlu Pergi Jauh, Staycation Je Di Ibu Kota. Ini 10 Hotel Butik Gaya Glamour & Mewah Sekitar KL!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 10 Hotel & Resort Tepi Pantai Paling Best, Kalau Layan Staycation Di Penang
![Ini 10 Hotel & Resort Tepi Pantai Paling Best, Kalau Layan Staycation Di Penang](https://cdn.libur.com.my/2021/10/410593.jpeg)
Selain Langkawi yang jadi pilihan pengunjung untuk bercuti, Pulau Pinang juga antara destinasi pilihan.
Pulau Mutiara ini bukan saja terkenal dengan lokasi bersejarah kawasan pantai menarik tetapi juga menjadi port syurga makanan paling awesome.
Jadi bagi mereka yang merancang untuk bercuti di sini bersama keluarga, bolehlah memilih beberapa resort dan hotel di tepi pantai sambil melayan deruan ombak.
Antara beerapa hotel di tepi pantai paling populat adalah sekitar Tanjung Bunga, Georgetown, Teluk Kumbar dan juga Batu Feringgi.
1. Flamingo Hotel
Bagi yang mahu menginap di tepi pantai dengan harca sederhana. Biliknya juga bersaiz besar dan mempunyai pesisir pantai yang cantik. Bagi yang minat aktiviti pantai, bolehlah melayan menaiki jet ski.
2. Mercure Penang Beach
Terletak di kawasan patati Tanjung Bungah. Hotel Mercure ada kawasan pantai yang landai dan lebih terjaga. Jika mahu menempah cari yang menghadap laut menyaksikan pemandangan indah.
3. Lost Paradise Resort
Jika berangan mahu berada seperti di Bali, boleh datang ke Lost Paradise. Pemandangan dari resort kecil di tepi pantai Memang besi dan mempunyai bilik luas. Lagi satu dekorasi menarik sesuai untuk mereka yang instagramble. Walau bagaimanapun Said pantainya Cecil dan hanya sesuai untuk berjalan santai saja.
4. Hotel Sentral Seaview
Hotel bajet pesisir pantai bawah RM100. Pantainya kecil dan airnya kurang sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Tetapi bagi yang ada anaj kecil, disediakan kolam kecil untuk mereka mandi.
5. Hotel Rainbow Paradise
Paling best kebanyakan bilik di sini mempunyai balkoni. Jadi anda boleh melaryn sunset dari bilik saja. Hotel ini sebenarnya sudah lama dan facility kebanyakan sudah berusia. Untuk ke pantai, ada di tepi saja. Kecil dan serhad pasir putihnya.
6. Lexis Suite
Mempunyai private pool sendiri dalam bilik dan boleh mandia bila-bila masa sahaja. Terletak di pesisir Teluk Kumbar dan paling seronok dapat saksikan pemandangan senja cukup indah. Berdekatan dengan air port tetapi lautnya juga tidak sesuai untuk acara mandi manda.
7. Lone Pine Resort
Terletak di tepi pantai Batu Feringgi. Hotel butik ini tak besar tetapi oantainya ada di tepi. Turut disediakan bilik yang ada tub mandi menghadap laut tetapi ada provasi kerana diabasi poco rho di tepi laut.
8. Hard Rock Hotel
Antara hotel mewah dn classy untuk yang mahu tinggal di tepi pantai. JIka mahu mandi bersama keluarga, pool di sini antara terbaik dalam Seluruh Pulau ini. Untuk mandi laut, cuma beberapa tapak jalan kaki dari pool saja.
9. Shangri-La Golen Sands
Hotel di tepi pantai paling best untuk kanak-kanak. JIka tidak bokeh mandi laut yang terletak di belakang hotel. Kawasan resort hijau dan lapang serta mempunyai taman tema indoor menarik.
10. Shangri-La Rasa Sayang
Untuk yang nak berehat di tepi pantai, ini adalah hotel pilihan terbaik. Kewasan pesisir hotel yang luas dan dibuat untuk anda melayan bayu laut dan pemandangan pantai Batu Feringgi.
Sumber: Jomjalan.com.my
Artikel Berkaitan:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI