Bila terpaksa melakukan penerbangan jarak jauh, pastinya tempoh penerbangan juga agak lama. Nak tak nak perlu berada lama dalam kapal terbang. Keadaan ini adakalanya buat kita tak selesa kerana tempoh yang terlalu lama dan hanya mempunyai ruang serta pergerakan yang agak terhad.
Nak tahu apa anda boleh buat jika membuat penerbangan jarak jauh dan lama, lelaki yang dikenali Tag Jones berkongsi di akaun Twitternya tentang hacks untuk long haul flight berdasarkan pengalamannya travel sebelum ini.
Untuk korang yang akan travel nanti, bolehlah jadikan rujukan dan panduan!
Rupanya ramai yang masih tak tahu travel long haul flight punya hacks. Benda remeh yg sangat membantu jadikan perjalanan berbelas jam jadi selesa. Kalau ada yang nak tahu saya boleh buat thread.
Disclaimer: semua hacks ni based on my experience. Kalau ada nak tambah, dialu-alukan. Terima kasih sebab share & minat nak baca perkongsian saya
Ads
Noise cancelling headphones. Bukan sekadar headphone tapi yang ada fungsi noise cancelling. Why? Flight sy balik dari Amsterdam hari tu dua org ni decide waktu terbaik untuk buat perbincangan di waktu org sekeliling nak rest, itu antara contohnya.
Loose, beltless & super comfy trousers. Loose tu untuk keselesaan. Beltless tu membantu sgt sbb lps in-flight meal xyah risau nk unloose belt Plus, lalu custom xyah b
Foldable slippers. Yg ni jgn bwk yg tebal² siap bulu² pelepah burung Kasawari plak. Naik long haul flight mmg kena bukak kasut kalau nak selesa. So slippers mcm ni highly recommended.
Dah bukak kasut tu jangan pulak sampai memengsankan org sekeliling. Bawak extra socks. Sy sbg tour leader, mmg bwk 5-6 pasang sbb hari² berjalan. Setiap hari pakai yg baru. Dlm flight, pakai yg mcm ni sbb temperature dlm flight lain mcm sejuk dia.
Ladies, pakai baju yg xde any crystal, Swarovski, manik or diamond Bukan hny berkenaan comfortability tp ini antara yg jd punca kena tarik ke tepi masa pemeriksaan kastam. Mesin pengimbas berbunyi. Accessories pun jgn too much mcm Phoebe Buffay
Long haul flight selalunya bnyk sesi mkn. 2-3 kali. Make sure bwk berus gigi & toothpaste saiz travel. Bnyk jual kit yg cantik giler. Kat Korea, dorg bwk with them anytime tau. Kat cafe² ianya common dorg berus gigi kat toilet. Dlm flight korg akan selesa lps berus gigi.
Facial mask. Higher humidity dlm cabin akan buatkan kulit jd dry. Ni antara hack yg sy sy appreciate. Selain therapeutic, kulit korg x la affected sgt upon arrival nnt. Pakai yg peel off (puc 1) bukan yg kena wash out (puc 2). Kalau Korean punya, lps cabut, xyah cuci.
Make everything as comfortable as possible. Pilih jaket/hoody/cardigan yg loose, long sleeve & the ones yg make you feel like snuggling in bed.
Ramai org bila travel mesti ada neck pillow bergayut kat beg My own experience mmg x prefer lgsung sbnrnya neck pillow ni sbb x membantu sgt pun. Kalau nk bwk jugak bwk yg inflatable so x la sarat sgt beg. Tp sy prefer muffler. Lg selesa.
Always choose isle seat Row tgh. Why? Xde kena kacau kalau org sblh nk ke tandas. Cuma selalu kena langgar dgn cabin crew je la kalau terkeluar sikit.
Sebelum fly & waktu dlm flight, JANGAN MAKAN TOO MUCH. Oh the feeling bila kekenyangan dlm flight SANGAT TAK SELESA.
On the other hand, kena hydrate yourself. Kena pergi lavatory bnyk kali pun xpe sbb kalau x, nnt smp destinasi kulit korg akan buat hal. And you don’t want your ootd photos look bad kan
Get ready dgn sleep cycle korg bila ke negara yg time zone dia jauh berbeza dgn Sabak Bernam or Banting Selangor This way, nnt x terkesan sgt dgn jet lag tu. Blh sightseeing terus.
Tak blh tidur waktu flight? Tak tahu nak buat apa? Ini yg sy selalu buat :
– delete segala screenshot dlm phone
– edit video untuk simpanan reels
– buat kerja (laptop) tp ni sy je la kot#l
Ads
– write down a journal psl travel (writing it later gives different feeling)
Make everything as organised as possible. Segala cable tok nenek letak dlm pouch, travel doc (passport, boarding pass etc) letak dlm cross body bag/handbag supaya easy to reach. Bwk empty water bottle dan pen
Oh saya perlu add pasal had limit liquid yg dibenarkan dlm cabin (toiletries etc). Mmg 100ml per item. Korg jgn plak bwk brg yg tertera kat label 200ml tp dlm tu dh tggl sikit dgn alasan dh kurg la than 100 ml. Sbnrnya dorg tgk apa yg tertera kat label. X kisah la dh tggl half pun.
Above all, don’t worry too much. Enjoy the journey & experience Antara semua yg di atas, make sure passport dan boarding pass sentiasa ada. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kalau ada nak tambah, dipersilakan utk manfaat manusia travel sejagat
Pusat janakuasa solar terbaru di Datong, China, memutuskan untuk menjadi kreatif dengan rekaan baru mereka. China Merchants New Energy Group salah satu operator tenaga bersih terbesar di China, membina 248 ekar ladang solar dalam bentuk Panda.
248 ekar ladang solar dalam bentuk Panda
Fasa pertama, meliputi satu 50 megawatt janakuasa, telah siap pada 30 Jun lepas, menurut majalah PV. Projek ini telah menjana kuasa pada grid di utara China dan Panda kedua dirancang pada akhir tahun ini.
Digelar Janakuasa Panda, ia mampu menjana 3.2 billion kilowatt perjam tenaga solar selama 25 tahun, menurut syarikat itu. Ini dijangka mengurangkan penggunaan arang yang selama ini digunakan untuk penghasilan elektrik, dan menurunkan penghasilan karbon sebanyak 2.74 juta tan.
China Merchants New Energy Group bersama United Nations Development Program (UNDP) menghasilkan projek Janakuasa Panda. Projek ini adalah usaha besar memberi kesedaran kepada orang mudah di China tentang tenaga bersih. Grup ini berharap membina lebih banyak bentuk Panda pada solar sistem mereka dalam masa 5 tahun akan datang.
Sweden negara kelima terbesar yang ada di Eropah. Meskipun negaranya besar, namun Sweden mempunyai penduduk yang tidak ramai. Ia cukup terkenal dengan bentuk muka bumi yang kaya dengan hutan dan bergunung-ganang yang masih terpelihara.
Dapat bercuti ke sini dan saksikan sendiri keindahan yang ada di negara Sweden pastinya antara wishlist setiap traveler. Tapi sebelum korang ke sini, Detektif Kembara senaraikan supaya korang lebih bersedia sebelum menjejakkan kaki ke Sweden!
Tips travel DIY Sweden
Nak mengembara di Sweden perlukan masa yang agak lama. Sekurang-kurangnya 8-10 malam. Sweden merupakan negara ke-5 terbesar di Eropah. Lebih besar daripada Norway dan Jerman.
Sweden lebih daripada sekadar Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Lebih 15% daripada negara Sweden terletak di atas lingkungan artik circle. Maknanya peluang untuk merasai Aurora sangat tinggi.
Matawang Sweden adalah Swedish Krona. Tak perlu bawa cash bila travel di sini. Hampir semuanya cashless.
Jangan lupa ke Tasik Vattern, tasik ke-3 terbesar di Eropah. Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini.
Pengangkutan awam amat mudah kalau ke bandar-bandar besar seperti Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Gunakan pas harian berbanding tiket sehala. Kalau bercadang nak mengembara ke kawasan lain lebih praktikal sewa kereta.
Kos barang di sini amat mahal seperti negara lain di Scandinavia. Lebih baik bawa makanan daripada Malaysia. Kalau nak beli barang keperluan boleh ke Willy’s, ICA and Lidl. Selalunya Willy’s yang paling murah.
Orang Sweden bersantai minum kopi atau teh dinamakan “fika”. Ianya sama seperti budaya “teatime” di England. Makanan kegemaran adalah pastri cinnamon.
Cuba ke kawasan Lapland dan duduk di Icehotel. Pengalaman sekali seumur hidup. Waktu paling sesuai bulan Disember-Mac.
Sweden ada lebih daripada 20 ribu Archipelago. Cuba ambil 1 tour ke salah satu archipelago yang ada seperti Stockholm Archipelago.
Peminat aktiviti musim sejuk seperti ski boleh ke Åre, Sälen, Vemdalen, atau Branäs.
Stesen keretapi di bandar Stockholm amat meriah dihiasi dengan pelbagai warna dan tema. Jangan lupa berswafoto di sini.
Peminat istana boleh ke Drottningholm Palace yang merupakan kediaman rasmi raja dan hanya dibuka semasa hujung minggu atau upacara keraian.
Kebanyakan taman negara di Sweden adalah percuma. Antara yang terkenal adalah Abisko, Tyresta dan Sarek.
Kebanyakan rakyat Sweden boleh berbahasa Inggeris dan sekiranya bertanya mereka mesra pelanggan.
Aktiviti wild camping dibenarkan di Sweden. Cuma hormatilah tanah persendirian dan buang sampah hanya ditempat yang dibenarkan.
Tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan mula dijual pada 10 April 2019 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurut Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang mahu menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 8.30 pagi rabu depan.
Difahamkan, tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity dijual bagi perjalanan antara tarikh 1 Mei sehingga 16 Jun tahun ini berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.
Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu. Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, Portal KTMB atau menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket serta di kaunter-kaunter tiket KTMB
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my, laman sosial KTM Berhad di Facebook (KTM Berhad), Instagram (@ktmbofficial) dan Twitter (@ktm_berhad) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad 24 jam setiap hari di talian 0322671200.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...