Istimewa buat pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Johor, kini anda boleh menikmati kemudahan parkir secara percuma mulai 12 tengah hari hingga 2 petang dan dari 6 petang hingga 8 malam sepanjang minggu, sehingga 31 Julai, 2020.
Menurut pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), tawaran tersebut adalah sebahagian usaha untuk menarik pengunjung tempatan serta membantu perniagaan peruncit dan pengendali makanan dan minuman yang menghadapi tempoh kelembapan sejak beberapa bulan lepas. Menerusi usaha itu, pihaknya berharap dapat menggalakkan lebih banyak permintaan terhadap perniagaan runcit serta makanan dan minuman di LTAS sementara jumlah penumpang mulai meningkat.
Ads
Ads
Pengunjung layak mendapatkan kemudahan parkir secara percuma itu menerusi sebarang pembelian tanpa nilai minimum dari mana-mana peruncit atau kedai makanan dan minuman di LTAS. Pengunjung boleh mengesahkan tiket parkir dengan mengemukakan resit sebagai bukti pembelian di Kaunter Informasi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai .
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kini menempatkan 24 jenama runcit serta 16 kedai makanan dan minuman citarasa tempatan dan antarabangsa sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah, makan dan minum yang selesa untuk para penumpang dan masyarakat setempat.
Ads
Setiap pengunjung yang datang ke sini wajib mendaftar bagi tujuan penjejakan kontak melalui imbasan kod QR, memakai penutup hidung dan mulut serta pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki lapangan terbang.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perubahan operasi melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas disebabkan keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan pantai timur.
Penumpang dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren dari Stesen Tanah Merah dan digesa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesen itu.
Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang semalam, sebaliknya bermula dari Stesen Tanah Merah pada 7.49 petang. Perubahan berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.
Penumpang boleh membuat pertukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan itu dan pemulangan harga tiket penuh akan diberikan bagi sebarang pembatalan.
KTMB berharap penumpang terus mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi tren-tren di Wilayah Timur dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam dengan menelefon 03-22671200. Maklumat juga boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Larangan penyediaan ‘straw’ plastik minuman kepada pelanggan sudah diwarwarkan sejak tahun lepas. Malah telah banyak premis makanan dan minuman yang tidak lagi menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan.
Kalau anda kaki travel tegar, pasti perkara ini bukan sesuatu yang asing. Banyak negara maju lain yang telah pun mulakan kempen tanpa ‘penyedut minuman plastik’. Mereka menggunakan penyedut minuman yang mesra alam dan boleh digunapakai beberapa kali penggunaan. Kos yang ditawarkan untuk setiap penyedut minuman ini juga di bawah harga mampu milik dan sangat rendah.
Di negara kita, bermula 1 Julai ini, negeri Selangor telah menguatkuasa sepenuhnya semua premis makanan di Selangor dilarang menyediakan straw plastik kepada pelanggan. Premis jualan juga turut dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan. Negeri lain yang telah pun mulakan larangan penggunaan straw plastik seperti di Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor Hee Loy Sian berkata, keputusan itu sebulat suara dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan meletakkan syarat ini dalam Syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha mengemukakan permohonan baru atau membaharui lesen perniagaan masing-masing.
Sebab Utama Larangan ‘Straw’ Plastik
Dasar itu juga selaras dengan Kempen Bebas Plastik yang sedang dijalankan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polistirena, penutup/pelapis makanan plastik dan bahan plastik pakai-buang.
Objektif utama dasar ini untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk berhubung kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya straw plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.
Di samping itu, pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha kitar semula.
PBT akan memantau pelaksanaannya dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan penguat kuasaan berkenaan. Pengusaha premis makanan dan minuman atau restoran digesa memberikan kerjasama serta bantuan supaya objektif pengurangan penggunaan plastik tercapai.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pelancong yang ingin bercuti ke Thailand tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi sebelum dibenarkan masuk ke negera tersebut. Prasyarat COVID-19 yang mewajibkan pelancong asing mempamerkan bukti vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu dan berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata pelancong yang tidak menerima vaksinasi dan tidak lengkap dua dos vaksin juga akan dibenarkan masuk ke negara itu.
Gambar: BERNAMA
“Pengembara antarabangsa yang tiba di Thailand tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi.
“Memandangkan ramai pelancong telah menerima vaksin, keperluan untuk mempamerkan bukti vaksinasi akan menyusahkan. Oleh itu, panel kesihatan bersetuju bahawa bukti vaksinasi tidak lagi perlu,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Beliau berkata bahawa pelancong antarabangsa tidak perlu menjalani ujian pra-berlepas COVID-19.
Pada Sabtu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan mulai Isnin, semua pengembara antarabangsa perlu membuktikan bahawa mereka telah lengkap divaksinasi atau mengemukakan surat yang mengesahkan mereka telah pulih daripada COVID dalam tempoh enam bulan manakala pengembara yang tidak divaksin mesti mengemukakan sijil perubatan.
Anutin menghadiri majlis mengalu-alukan penerbangan pertama pelancong China sejak wabak COVID-19 melanda di lapangan terbang Suvarnabhumi semalam.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob dan Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn.
Thailand dijangka mengalu-alukan 3,465 penumpang China yang tiba dari China dan Hong Kong, kumpulan pertama pelancong China sejak wabak itu melanda dunia.
Mulai Ahad, China melonggarkan pelbagai sekatan COVID yang ketat termasuk langkah kuarantin.
Sementara itu, Anutin berkata Thailand menyemak semula unjuran ketibaan pelancong 2023.
“Thailand menjangkakan tujuh hingga 10 juta pengunjung China ke negara itu tahun ini berbanding lima juta sebelum ini.
“Ini adalah petanda baik untuk sektor pelancongan Thailand. Ia akan membantu ke arah usaha pemulihan ekonomi Thailand,” katanya.
Thailand mengunjurkan ketibaan sekurang-kurangnya 25 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak 2.38 trilion baht (RM$284 bilion) tahun ini – termasuk lima juta pelancong China – pasaran pelancongan keluar terbesar dunia pada 2019.
Bagi 2022, Thailand mengalu-alukan lebih 11.5 juta pelancong.
Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan negara itu menawarkan tempoh penginapan yang lebih lama untuk pelancong.
Gambar: canva.com
Dalam satu kenyataan, pihaknya memaklumkan tempoh penginapan dilanjutkan kepada 45 hari (dari 30 hari) bagi pelancong dari negara atau wilayah yang layak mendapat pengecualian visa, dan kepada 30 hari (dari 15 hari) bagi mereka yang mendapat Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) berkuat kuasa sehingga 31 Mac tahun ini.
“Thailand menyasarkan untuk mematuhi peraturan dari negara-negara ini dan memerlukan insurans COVID-19 untuk pelawat dari negara-negara tertentu, sekiranya mereka disahkan positif semasa berada di Thailand. Antara negara terbabit ialah China dan India,” katanya.
Pada masa ini, beliau berkata terdapat 15 penerbangan seminggu dari China berbanding 400 penerbangan sebelum wabak melanda.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand berkata 338 penerbangan dari China dijangka mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi, termasuk 98 pada Januari, 144 pada Februari dan 96 pada Mac.
Selain itu, kekerapan penerbangan di wilayah lain termasuk Phuket dan Chiang Mai akan meningkat secara beransur-ansur dari Januari hingga Mac tahun ini.
Kredit: BERNAMA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...