Memandangkan Aidilfitri akan disambut umat Islam pada 24 Mei ini dalam suasana normal baharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mahu perayaan itu disambut berlandaskan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa berhari raya termasuk mengehadkan jumlah pelawat pada satu-satu masa.
Masyarakat perlu mematuhi saranan bukan sahaja mematuhi jarak sosial tetapi juga tidak ada amalan ‘peluk cium’, bersalaman seperti amalan yang selalu ketika menyambut Aidilfitri. Jika anda tidak dapat amalkan jarak sosial tersebut lebih baik kita kurangkan melawat atau menziarahi.
Kerajaan juga memberi peringatan agar ibu bapa atau penjaga tidak digalakkan membawa kanak-kanak ke tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah untuk membuat persiapan raya atau membeli barang keperluan.
Ads
Foto: perak todayFoto: Sinar HarianFoto: Sinar Harian
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan mempertimbang untuk memasukkan tindakan membawa kanak-kanak ke premis berkenaan ke dalam Akta 342 sebagai perkara yang dilarang jika masih ramai ibu bapa berbuat demikian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Ads
Setakat ini, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), masih tiada sebarang sekatan untuk membawa anak kecil ke premis tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah. PKPB dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Isnin meminta orang awam untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar berikutan ramalan jerebu akan melanda bandar raya Miri akibat kebakaran ladang serta tanah gambut seluas 70 hektar di Kuala Baram.
Proses pemadaman api akan dijalankan hari ini menggunakan helikopter bomba menerusi kaedah pengeboman air untuk mengawal serta memadamkan kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, lokasi kebakaran ialah sebuah ladang kelapa sawit namun tugas untuk memadamkan kebakaran mengalami kesukaran kerana tiada sumber air dan tiada laluan untuk memadamkan api.
Setakat ini punca kebakaran di lokasi tersebut dipercayai kerana pembakaran terbuka. Orang awam dinasihatkan kurangkan aktiviti luar, banyak minum air, sentiasa berada di dalam rumah dan jika keluar rumah diminta memakai topeng muka.
Bahagian tengah dan pinggir Miri mengalami kabut asap akibat kebakaran hutan di kawasan pinggir bandar itu. Jarak penglihatan dikurangkan kepada hanya 100 meter di beberapa kawasan perumahan dan komersial, terutama di Pujut hingga ke Lutong.
Udara dipenuhi dengan bau asap yang kuat, menyebabkan ribuan penduduk di bandar itu dengan populasi 350,000 orang mengalami kesukaran bernafas.
Sarawak menghadapi masalah kebakaran hutan di beberapa daerah pusat dan utara. Di bahagian utara, terdapat kebakaran di daerah Miri, Limbang, Marudi dan Bekenu serta di Taman Negara Similajau. Bagi kawasan kebakaran di bahagian pula di Mukah dan Kapit. Kebakaran hutan di Sarawak bermula sejak awal Mac.
India hari ini memulakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) iaitu pembaharuan cukai terbesarnya dalam tempoh 70 tahun yang disasarkan kerajaan dapat mentransformasi ekonomi bernilai US$2 trilion (US$1 = RM4.29) dalam tahun-tahun akan datang.
Ia melibatkan empat jenis cukai dengan kadar terendah bagi barangan perlu ditetapkan pada 5.0 peratus manakala produk dan perkhidmatan mewah pengguna sebanyak 28 peratus.
Kalangan pemimpin kerajaan serta perniagaannya menghadiri majlis pelancaran cukai berkenaan di Dewan Utama Parlimen India, tengah malam tadi.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Manmohan Singh yang juga antara arkitek utama usaha pembaharuan ekonomi India pada awal 1990-an, memilih untuk menjauhkan diri manakala Parti Kongres yang juga pembangkang utama dan sekutunya pula bertindak memboikot acara yang mereka labelkan sebagai satu gimik.
Namun, Perdana Menteri Narendra Modi menegaskan bahawa langkah itu lebih daripada sekadar pembaharuan cukai kerana dapat memacu perkembangan ekonomi serta sosial negara itu.
“GST ini akan mengubah setiap negeri India sebagai satu pasaran yang seragam. Ada kira-kira 500 jenis cukai dengan matlamat tertentu (sebelum ini). Namun kita menamatkannya hari ini. Dari Ganganagar sehingga ke Itanagar serta Leh ke Lakshadweep, inilah satu cukai seragam untuk satu negara,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden Pranab Mukherjee pula menyifatkan sistem cukai baharu itu sebagai perubahan penting dan yakin sebarang masalah awal pelaksanaannya akan dapat diatasi.
“Ia menyamai langkah pelaksanaan cukai yang ada nilai tambah yang pastinya akan berdepan bantahan awal. Malah, apabila perubahan sebesar ini dilaksanakan, walau positif mana pun ia, pasti akan ada masalah dan kesukaran di peringkat awal,” katanya pada majlis pelancaran berkenaan.
Menteri Kewangan, Santosh Gangwar pula menganggap pelaksanaan GST itu sebagai satu detik bersejarah.
“Kalangan pengguna akan mendapat manfaat menerusi GST ini. Kita akan meneliti semula cukai itu jika ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.
Usaha pelaksanaan rejim cukai baharu itu di semua 29 negeri India dan tujuh Wilayah Persekutuannya, dijangka berdepan cabaran kerana kebanyakan perniagaan kecil negara itu mengalami kekurangan sumber serta aspek digital bagi mematuhi keperluan GST berkenaan. – Bernama
Sejak travel bubble di Langkawi berjaya, sudah tentu ramai yang mahu bercuti di sini tetapi punya bajet biasa-biasa.
Usah risau denga bajet kerana anda masih boleh menikmati percutian setanding duduk di hotel mewah.
Apa yang penting momen dapat bersama keluarga setelah lama tidak keluar lakukan aktviti bersama keluarga.
Jadi jika anda berhajat untuk ke Langkawi, ini antara 10 hotel murah dan best di Pekan Kuah boleh menginap.
Hotel Goldsands Kuah ini antara hotel di Kuah ini yang sesuai bukan saja kalau anda datang berdua, tapi juga untuk yang datang dengan famili.
Bilik di sini luas dan ia pun ada kolam renang. Bezanya dekat sini kolam renang Infiniti dengan pemandangan laut. Dari segi fasilitinya, memang ini antara hotel paling berbaloi untuk anda inapi.
Dan disebabkan lokasinya, nak shopping dan makan mudah, walaupun masih perlukan anda berkereta.
Hotel yang dibuat macam istana Disneyland ini dekat dengan Taman Tema Splash Out Langkawi — sesuai kalau anda datang dengan anak-anak yang memang nak masuk ke taman tema ini.
Kalau tak nak masuk taman tema tak apa. Sebab hotel ini ada swimming pool sendiri. Dan sesetengah bilik ada pemandangan laut, walaupun anda tak boleh mandi di dalamnya.
Kalau anda tak suka berkereta dan nak hotel yang dekat dengan mall, book hotel Langkasuka sebab ia cuma kat sebelah Langkawi Parade. Senang nak beli coklat, makan roti pagi-pagi atau beli Tealive hari-hari.
Ia pun ada swimming pool walaupun saiznya kecil saja. Bilikmemang agak berusia, tapi saiznya selesa untuk keluarga.
Hotel murah di Kuah yang satu ini ada bilik yang luas untuk harganya. Dan kalau nasib anda baik anda akan dapat pemandangan laut. Hotel ni pun ada swimming pool walaupun kecil.
Cuma kalau nak makan, wajib memandu keluar sebab tak ada tempat makan berhampiran dalam jarak jalan kaki. Dari segi harga, ia hotel murah di Kuah yang ada swimming pool paling murah harga biliknya.
5. Hotel Ayda
Hotel Adya ini ialah hotel mesra muslim kat Kuah, Langkawi. Jadi tak perlu risau status halal lauk sarapan di hotel nanti. Dan kalau hotel lain ada swimming pool untuk semua, hotel Adya ini pula ada swimming pool khas untuk wanita.
Bilik kat sini besar, dan kalau nak cari makan dan shopping dekat saja, walaupun masih kena berkereta. Contohnya kalau nak shopping coklat last minute sebelum balik, Langkawi Parade ada, cuma 2 minit berkereta.
6. Chil Suites Langkawi
Untuk anda yang mahukan bilik moden dan luas kat Pekan Kuah anda boleh tempah Chill Suites Langkawi.
Harga bilik budget ini murah untuk saiznya. Ia juga datang dengan toiletries, peti keselamatan dan juga mini fridge untuk anda letakkan coklat yang anda beri waktu shopping nanti.
Kalau mahu shopping ke kat IG cuma 10 minit memandu. Taman Tema Splash Out pun tak jauh mana.
7. Hotel De Bleu
Hotel bajet dengan bangunan biru laut ini dibina pada 2018, dan ia ada bilik-bilik yang ringkas tapi bersih.
Kalau anda malas memandu, nak shopping di Pekan Kuah tambang Grab pun lazimnya bawah RM 7.
Kalau nak makan, ada kedai nyonya kat tepinya. Dan kalau nak kedai Siam, kedai Wan Thai yang famous ada dalam kawasan yang sama.
Hotel bajet kecil ini dibuat di atas rumah kedai yang baru dibuka pada 2019. Jadi bilik anda memang baru dan selesa. Dari segi lokasi yang memang bagus sebab kedai makan dekat. Begitu juga bank dan dobi.
Cuma parking tidak best sebab anda perlu parking kereta kat tepi jalan. Jadi anda kena siapkan kupon parking majlis bandaran.
Ini penginapan budget di Kuah untuk orang yang tak kisah kan fasiliti dan lokasi. Yang penting harga bilik murah dan dan biliknya besar.
Kalau ada datang berkumpulan atau dengan keluarga, saiz biliknya memang selesa. Suasana kelilingnya kampung, dan sesuai untuk anda yang tak suka sibuk pekan Kuah dengan kereta sini sana.
Diingatkan jika anda cuma datang solo, lebih baik cari penginapan lain dekat dengan jalan utama.
10. HIG Hotel
Hotel HIG kat Kuah ini sesuai untuk anda yang mahukan hotel selesa untuk shopping masa cuti kat Langkawi. Sebab shopping mall Haji Ismail Group dekat tepi hotel anda saja.
Bolehlah anda jadi orang yang pertama dan terakhir masuk dan keluar dari mall ini tiap-tiap hari.
Bilik kat sini luas. Ia pun dekat dengan jalan utama. Sesuai sangatlah untuk anda yang datang cuti kat sini, semuanya wanita. Dan hati pun tenang saja sebab ayat Quran dibuka di luar bilik senantiasa.
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...