Lapangan terbang baru Istanbul yang dijangka menjadi lapangan paling sibuk dunia dijangka beroperasi sepenuhnya pada 7 April ini.
Lapangan terbang bernilai AS $12 bilion (RM48.8 bilion) itu sudah dibuka pada Oktober lalu seperti diumumkan Presiden Tayyip Erdogan namun hanya membabitkan beberapa penerbangan saja. Pemindahan ke lapangan terbang baru dari Lapangan Terbang Ataturk akan bermula pada 5 April, jam 3 pagi dan berlanjutan hingga 45 jam.
Ads
Syarikat yang membina dan mengendalikan lapangan terbang itu, IGA berkata, sebarang pengumuman terbaru akan dimuat naik di laman sesawang. Lapangan terbang baru itu berupaya menampung kehadiran 90 juta penumpang setahun dan boleh diperluaskan untuk menampung sehingga 200 juta orang.
Jepun sememangnya sebuah negara yang mempunyai tarikan pelancongan. Memiliki empat buah pulau utama, jutaan pelancong melawat negara itu saban tahun bagi mencuba menikmati budayanya, pemandangan indah, berbelanja dan lain-lain tarikan. Ramai menyukai melancong ke negara ini kerana keunikan negaranya malah ia menjadi pilihan ramai ekspatriat.
Berkongsi kisah menarik pulau Okinoshima ditulis oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit ini.
Okinoshima adalah pulau yang dianggap suci oleh penganut Shinto. Terletak di wilayah Fukuoka, pulau ni sangat “rahsia” sebab bukan sembarangan orang boleh jejakkan kaki kat dalam pulau ni.
Okinoshima hanya didiami oleh lebih kurang 2 dozen sami Shinto dan setiap tahun hanya lebih kurang 200 orang lelaki saja dibenarkan masuk ke dalam pulau ini dengan syarat – tanpa pakaian .
Mereka perlu “sucikan” diri dulu dekat kawasan laut berhampiran sebelum masuk Okinoshima manakala wanita pula diharamkan terus dari jejakkan kaki ke pulau ni kerana dipercayai wanita tidak suci sebab mempunyai kitaran menstruasi.
Mereka yang dah masuk pulau ni pun, diharamkan bercakap pasal pulau ni dekat orang lain apatah lagi bawa keluar apa-apa benda dari pulau ni walaupun sehelai daun. Nelayan sekitar pun tak berani nak datang dekat dengan pulau ni. Sebab macam-macam cerita lagenda yang tak berapa best berlaku kalau seseorang tu yang langgar “pantang” ni.
Sebabkan status misteri pulau ni, ia dipercayai menyimpan lebih kurang 80,000 artifak yang kini jadi warisan negara Jepun. Walaupun pulau ni adalah tapak warisan UNESCO sejak tahun 2017, tapi ia tetap tak dibuka kepada umum walaupun ramai gesa. Bak kata ketua sami di Munakata Grand Shrine,
“Kami takkan buka Okinoshima pada umum walaupun ia adalah tapak warisan UNESCO. Orang awam tak patut datang hanya sebab sifat ingin tahu (apa yang ada dalam pulau ni)”
Biasa macam tulahkan, benda yang orang tak bagi itu lahhhh yang dia nak sangat. Rasa Tokyo Organic kena buat macam tu juga lah, kita jual dekat orang yang tak nak beli je.
Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.
Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara. Dalam kenyataan rasmi kemarin, MasterCard dan CrescentRating berkata, Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.
Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).
Pada 2018, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah. Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.
Indeks itu selari dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik iaitu akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang berada dalam kelasnya tersendiri menampilkan konsep moden yang menepati citarasa golongan muda masa kini. Baru sahaja memulakan operasinya pada Jun 2019 yang lalu. CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang merupakan hotel dari jenama Belanda yang pertama dibuka di Asia Tenggara dan ke 16 keseluruhannya di peringkat antarabangsa.
CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang menawarkan 210 bilik penginapan lari dari konsep biasa hotel dengan mengetengahkan innovative front-desk dan in-room technology serta smart rooms yang lengkap dengan kemudahan teknologi pada harga yang berpatutan. Di CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang mempunyai hanya satu pilihan jenis kamar iaitu jenis katil bersaiz XL dan berkonsep MoodPad.
Tetamu boleh menetapkan sendiri jenis pencahayaan yang diiginkan samada ingin lampu pelbagai warna, suhu bilik, bukaan tirai dan pilihan program televisyen hanya dihujung jari. Ada beberapa pilihan mood lain turut disediakan untuk tetamu sepanjang menginap di sini samada mood untuk berparti, berehat, romantik atau menonton filem.
Setiap bilik dilengkapi dengan alat berteknologi bunyi atau muzik baru iaitu Brainwaves. Telah diuji saintifik, hasilnya kesan teknologi muzik genius ini membantu menangani masalah tidur dan kegelisahan. Ia juga terbukti berkesan untuk menenangkan seseorang individu dengan menstabilkan degupan jantung, badan terasa ringan dan lebih fokus.
Ia sememangnya sesuatu yang diperlukan oleh pelancong, ahli perniagaan atau individu yang memerlukan waktu rehat terbaik. Tambahan pula, di CitizenM turut dilengkapi kemudahan wifi berkelajuan tinggi yang memberikan nilai tambah untuk penginapan yang lebih selesa dan menarik.
Teruja bukan? Anda boleh cuba rasai sendiri pengalaman ini dengan menginap di CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari citizenm.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...