Memandangkan Aidilfitri akan disambut umat Islam pada 24 Mei ini dalam suasana normal baharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mahu perayaan itu disambut berlandaskan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa berhari raya termasuk mengehadkan jumlah pelawat pada satu-satu masa.

Masyarakat perlu mematuhi saranan  bukan sahaja mematuhi jarak sosial tetapi juga tidak ada amalan ‘peluk cium’, bersalaman seperti amalan yang selalu ketika menyambut Aidilfitri. Jika anda tidak dapat amalkan jarak sosial tersebut lebih baik kita kurangkan melawat atau menziarahi.

Kerajaan juga memberi peringatan agar ibu bapa atau penjaga tidak digalakkan membawa kanak-kanak ke tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah untuk membuat persiapan raya atau membeli barang keperluan.

IKLAN
Larangan Bawa Kanak-Kanak Ke Pusat Membeli-Belah ‘Mungkin’ Dimasukkan Dalam Akta 342
Foto: perak today
Larangan Bawa Kanak-Kanak Ke Pusat Membeli-Belah ‘Mungkin’ Dimasukkan Dalam Akta 342
Foto: Sinar Harian
Larangan Bawa Kanak-Kanak Ke Pusat Membeli-Belah ‘Mungkin’ Dimasukkan Dalam Akta 342
Foto: Sinar Harian

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan mempertimbang untuk memasukkan tindakan membawa kanak-kanak ke premis berkenaan ke dalam Akta 342 sebagai perkara yang dilarang jika masih ramai ibu bapa berbuat demikian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

IKLAN

Setakat ini, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), masih tiada sebarang sekatan untuk membawa anak kecil ke premis tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah. PKPB dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

IKLAN

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI