Buat rakyat Malaysia yang akan menunaikan Haji atau Umrah, pastikan anda mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya larangan untuk berswafoto dalam kawasan yang telah dinyatakan.
Arab Saudi melarang pengunjung dari merakam gambar dan video di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.
Keputusan melarang rakaman foto dan video di Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah telah berkuatkuasa sejak tahun 2017 oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi.
Ads
Ads
Larangan ini, berkuat kuasa tanpa mengira objektif, termasuk kepada wakil-wakil media, telah dikenakan bagi melindungi dan memelihara tapak suci, kata kenyataan itu. Larangan itu juga terpakai kepada kawasan sekitar masjid.
Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan memelihara tempat-tempat suci, menghalang gangguan terhadap jemaah lain dan menjamin ketenangan ketika melakukan ibadah.
“Sekiranya berlaku pelanggaran larangan itu, alat yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil,” kata kenyataan itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Satu kawasan sejarah yang sangat luas lengkap dengan penemuan senjata berusia 10,000 tahun ditemui oleh pasukan penyelidik di Pulau Kotelny, Siberia. Kawasan purba ini kemungkinan dahulunya adalah sebuah ‘kilang memproses’ yang digunakan bagi menghasilkan senjata seperti lembing dan pisau daripada gading gajah mamot.
Menurut ahli-ahli paleontologi, kilang purba itu ditemui bersebelahan bangkai seekor mamot dalam keadaan beku di Pulau Kotelny.
Pakar mamot dari Akademi Sains Yakutia yang memeriksa kilang senjata tersebut memberitahu media tempatan terdapat kesan pertukangan pada gading serta tulang rusuk bangkai gajah berkenaan, menandakan ia diburu oleh manusia.
Kesan daripada proses itu, mungkin dilakukan oleh lelaki purba, berdasarkan apa yang ditemui pada cebisan gading gajah yang dijumpai.
Gading yang diukir itu mempunyai bahagian tajam yang sesuai digunakan untuk memotong daging serta dibuat senjata untuk membunuh. Terdapat contoh penggunaan gading yang dijadikan lembing di beberapa lokasi lain di Siberia.
Keadaan gading itu jelas menunjukkan manusia memotongnya dan menjadikan ia sebagai senjata.
Kajian lanjut akan dilakukan untuk mengetahui sama ada haiwan tersebut diburu menggunakan lembing yang dibuat daripada gading haiwan itu sendiri atau gajah lain.
Kumpulan pakar ini akan menentukan usia gading gajah tersebut menggunakan teknik radio karbon tetapi buat masa ini, kita boleh katakan usianya tidak kurang dari 10,000 tahun.
Industri paling tua di Kuala Sepetang, penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar. Proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur atau relau dibahagikan kepada tiga peringkat dan memakan masa kira-kira sebulan. Ianya bukan mudah seperti mengambil ranting kayu dan dibakar sehingga menjadi arang sepertimana kita biasa buat untuk membakar ayam dan sebagainya.
Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-duanya bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan.
Di sepanjang tempoh itu, untuk peringkat ketiga iaitu untuk proses penyejukan merupakan masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu.
Memasak arang bukan suatu kerja yang mudah kerana pembakaran perlu dikawal 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding relau. Jika ada kebocoran yang tidak disedari, kayu yang ada sebanyak 10 tan di dalam relau boleh terbakar sehingga menjadi abu dan boleh mengakibatkan kerugian sehingga lebih RM10,000. Selain pembakaran di relau yang memakan masa yang panjang, kerja-kerja mengangkut kayu bakau merentasi laut dan sungai dari tapak penebangan ke kilang arang juga merupakan antara tugas yang mencabar.
Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia dan mendapat sambutan tinggi di Jepun, Arab dan Korea. Selain menjadi bahan bakar, arang juga digunakan di dalam industri pembuatan barangan kosmetik, bahan pencuci, baja, ubat nyamuk dan batang cerucuk. Permintaan terhadap arang amat tinggi tetapi pengeluaran arang adalah dikawal oleh Jabatan Perhutanan Perak kerana ada had penebangan hutan bakau. Sumber : Orang Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sunway melancarkan applikasi gaya hidup serba lengkap dan baharu iaitu Sunway Super App di edisi kedua Sunway Theme Parks Mega Roadshow dimana ia memaparkan pelbagai promosi dan pakej-pakej menarik dengan kerjasama rakan kongsi Sunway dan jenama tempatan.
Sunway Super App merupakan applikasi yang pertama di Malaysia,ia menawarkan produk dan perkhidmatan penguna dari keseluruhan 13 badan perniagaan Sunway termasuk Sunway Theme Parks, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hotels & Resort dan Sunway Healthcare. Applikasi tersebut juga memberikan akses kepada lebih dari 1,500 rakan niaga Sunway dan peniaga runcit seperti Foodpanda, Grabmaid, The Lorry dan banyak lagi.
Direka khas dengan ciri-ciri tumpuan pengguna yang memberi pengalaman yang lancar disetiap titik sentuhan, applikasi ini juga merupakan dompet digital bagi kemudahan transaksi tanpa tunai dan pembayaran secara pantas untuk tempat letak kereta pintar di seluruh pusat beli-belah dan premis Sunway. Di samping tawaran eksklusif aplikasi serta program menarik dan ganjaran tanpa had, pengguna akan menikmati manfaat program kesetiaan Sunway iaitu Sunway Pals untuk menebus mata ganjaran dalam aplikasi atau dengan peniaga yang mengambil bahagian.
“Sunway Super App ialah Super App gaya hidup pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menghubungkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ekosistem Sunway yang meluas – bahagian perniagaan Sunway kami serta lebih daripada 1,500 peruncit dan rakan kongsi perniagaan kami yang sedia ada.
Ini merupakan peristiwa penting bagi Sunway dalam meneruskan perjalanan transformasi digital kami. Ia sentiasa menjadi salah satu matlamat kami untuk menyediakan platform yang menawarkan pengguna kepada akses mudah dan lancar dengan faedah ekosistem kami yang meluas,” kata Kevin Khoo, Ketua Pegawai Informasi Kumpulan Sunway.
Di Sunway Theme Parks Mega Roadshow, pengguna Sunway Super App dapat mengakses tawaran eksklusif daripada Sunway Theme Parks, Sunway eMall, Sunway Multicare Pharmacy dan banyak lagi yang hanya tersedia pada acara tersebut. Pameran itu akan diadakan di beberapa lokasi pada tarikh berbeza di seluruh Malaysia bermula dari 9 Februari sehingga 5 Mac 2023.
Pakej menarik bagi Night Park juga menanti anda, di mana anda bakal menyaksikan penampilan budaya barat dengan slogan “The Good, The Bad and The Wild”.
“Dengan kerjasama lebih daripada 50 jenama bagi memperkasakan perdagangan sosial melalui Super App milik Malaysia. Taman Tema Sunway sejak beberapa dekad yang lalu telah menawarkan hiburan bertaraf dunia dan menjadi mercu tanda utama untuk destinasi pelancongan di rantau ini.”
“Sunway Theme Parks Mega Roadshow bertujuan untuk melibatkan pasaran pelancongan tempatan bersama-sama dengan rakan kongsi ejen pelancongan kami bagi mencari pasaran pakej percutian yang berpatutan dan destinasi berkualiti tinggi. Taman tema kami akan terus menjadi hab pelancongan di punca tertinggi di dalam bandar bersepadu Sunway.” kata Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway
Tarikh Sunway Theme Parks Mega Roadshow
Sunway Pyramid Mall, Sunway City Kuala Lumpur
● 9 Februari 2023 hingga12 Februari 2023
AEON Mall Tebrau, Tebrau City Johor
● 14 Februari 2023 hingga 19 Februari 2023
Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor
● 23 Februari 2023 hingga 26 Februari 2023
Sunway Carnival Mall, Penang
● 2 Mac 2023 hingga 5 Mac 2023
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...