Sinonom dengan mangga harumanis, Perlis yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia tidak kurang hebatnya. Mempunyai banyak tarikan yang menarik untuk dikunjungi antaranya Padang Besar, Wang Kelian dan banyak lagi.
Korang yang nak mencari homestay dengan suasana yang cukup tenang dan cantik, boleh menginap di Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa yang terletak di Kangar Perlis. Berada di kebun harumanis yang dikelilingi sawah padi, pemandangan kat sini memang tiada tolok bandingnya.
Terdapat 4 buah rumah yang ada di homestay ini dan setiap satunya mempunyai nama-nama yang cukup menarik iaitu Mat Yatim, Che Lian, Saadiah dan juga Wan Pa. Rumah yang ada di sana berkonsepkan tradisional dan juga moden. Paling penting ia kemas, bersih dan selesa.
Ads
Korang yang menginap di sini pasti rasa tenang dengan suasana kampung yang cukup mendamaikan. Waktu malam juga cukup selesa dan sejuk persis bercuti di tanah tinggi. Waktu pagi pun cantik siap ada awan karpet yang cantik. memang best!
Tak bosan bila berada di sini kerana korang juga boleh melakukan banyak aktiviti yang ada disediakan. Lengkap dengan kolam renang, korang juga boleh berkayak di tasik kecil di sana.
Ads
Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan bermula dari RM150 sahaja untuk satu malam. Jadi kalau ke Perlis bolehlah menginap di sini dan rasai sendiri pengalaman bermalam di tengah kebun harumanis yang cukup sinonim dengan negeri Perlis itu.
Ads
Alamat: Kebun Mangga Harumanis Wan Pa, b1, Jalan Wang Ulu, 01000 Kangar, Perlis
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah dan pulau ini sebenarnya memiliki cerita dan warisan sejarahnya yang tersendiri apabila dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul untuk merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam.
Pulau ini dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul bersama Tunku Muhammad Saad Tunku Daud (anak saudara kepada Sultan Kedah Ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II) bagi merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam pada Ogos 1838. Pahlawan nusantara antaranya dari Rembau, Acheh, Pattani dan juga Perak melabuhkan kapal mereka berkumpul beramai-ramai untuk bergerak bersama Tunku Muhammad Saad untuk menyerang Siam. Dalam pertempuran yang diketuai Tunku Muhammad Saad itu, Kedah berjaya merampas Kota Kuala Kedah dan Alor Ganu, daripada Siam dan kemudian meneruskan pelayaran sehingga ke Singgora (Songkla) untuk menghalang kemaraan tentera Siam memasuki negeri ini semula.
Tiada seorang pun penduduk yang mendiami Pulau Songsong dan ia juga tidak mempunyai sebarang resort untuk pelancong bercuti ke sana. Namun, persekitaran pulau ini sangat cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Ini cara jika anda ingin ke Pulau Songsong perkongsian sumber dari Eyna Rosli
Salah satu pulau yang masih cantik, air jernih dan indah di negeri Kedah yang masih ramai tak tahu. Dekat sini tak ada homestay atau chalet. Kalau nak bermalam kena berkhemah sahaja. Nak ke pulau ni tak ada jambatan & feri ya. Kena sewa bot dari Pantak Merdeka atau boleh sewa di jeti kmpung sg Udang yan.
Pulau Songsong, destinasi pelancongan di Daerah Yan yang semakin menarik pengunjung ke sini. Pulau yang berkeluasan 62 ekar dengan ketinggian 118 meter mempunyai pantai berpasir dan air yang jernis. Sebahagian pantainya terdiri dari batu merah (batu lumpur). Perjalanan dengan bot mengambil masa 15 – 20 minit sahaja dari pengkalan Sungai Udang, Yan.
Pulau ini terbentuk oleh batuan Formasi Mahang yang berusia sekitar 450 juta tahun. Ia mempunyai nilai saintifik yang tinggi kerana ia adalah tinggalan proses geologi marin yang berkaitan dengan paras laut Holosen. Mempunyai nilai estitik dan rekreasi yang tinggi oleh keindahan landskap kepulauan dan air yang jernih.Kemudahan disediakan ialah tandas, dewan terbuka, perigi, bilik persalinan, surau dan lampu solar.
PERINGATAN kepada pengunjung, jaga kebersihan pulau kita tolonglah, JANGAN MEMBUANG SAMPAH di Pulau ini. Terima kasih.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kampung Baru terletak di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu yang unik kerana ia satu-satunya perkampungan Melayu yang wujud selepas pembangunan.
Berikutan pembangunan pesat, Kampung Baru dihimpit bangunan moden dan pencakar langit. Namun ada beberapa buah rumah di Kampung Baru yang masih mengekalkan keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu menjadi identiti asal. Antaranya sebuah rumah yang dipanggil ‘Rumah Biru’ dalam kalangan penduduk tempatan.
Rumah biru ini juga seringkali dipilih sebagai lokasi penggambaran untuk beberapa buah filem dan rancangan televisyen.
Siapa tahu rumah ni. Ni la rumah Mama Long yang Filem Adnan Sempit dan Rempit berlakon. Rumah berusia lebih 80 tahun. Dulunya agak tinggi sekarang dah direndahkan sebab dulu-dulu selalu banjir. Nota untuk semua ya.
Sebab tadi Mama Long cerita,
Allahu..Nak tumpang toilet memang dia tak kan bagi sebab dia tak tau siapa yang datang tu, baik atau tidak. Dia juga perlu berhati-hati walaupun dalam rumah dia tu ramai.
Lepas ni kita datang rumah orang biarlah beradab. Jaga tatasusila, common sense la . Apa-apa pun, nice view.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pasar terapung sangat sinonim dengan negara Thailand, tidak lengkap ke negara jiran tersebut kalau tidak singgah di pasar terapung. Namun ketika wabak pandemik ini, pintu sempadan masih ditutup dan mungkin ramai yang rindu akan pasar terapung tersebut.
Jika anda merindui suasana pasar terapung, sila la berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Di Malaysia pun ada tau! Jangan lepaskan peluang ke pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat. Untuk ke Pulau Suri pengunjung perlu menaiki sampan atau bot yang disediakan pengusaha tempatan. Jika dari Jeti Kuala Besar, perjalanan menaiki bot atau sampan berenjin hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja manakala jika dari jeti Kok Majid, ia mengambil masa hampir 40 minit.
Baca perkongsian Mdm Surya yang berkesempatan ke pasar ini bersama keluarganya.
Bagi mereka yang pernah ke pasar terapung di Hatyai, jika anda rindukan suasana seperti itu, anda boleh ke Kelantan. Terdapat beberapa pasar terapung di negeri Kelantan dan salah satunya adalah Pantai Suri Floating Market yang terletak di Tumpat.
Pasar terapung ini mula dibuka pada tahun 2016. Tiada jalan darat untuk ke sana ye. Jalan utama hanyalah melalui jalan air. Jadi, kita perlu menaiki bot untuk ke sana, berbeza dengan pasar terapung di Hatyai yang mana kita boleh menaiki kenderaan atau berjalan kaki sahaja.
Waktu operasi:
Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang.
Hari: Sabtu sahaja.
Terdapat 2 jeti utama untuk ke Pantai Suri:
1.Jeti Kuala Besar (RM2 seorang) mengambil masa sekitar 15 minit.
2.Jeti Kok Majid (RM5 seorang) mengambil masa hamper 40 minit.
Ini adalah tambang untuk sehala ye. Dalam perjalanan kami ke Pantai Suri, kami dapat melihat satu lagi pasar terapung yang baru dibuka, berdekatan dengan Pantai Suri tetapi kami tidak pula singgah ke sana. Jadi, kami tidak dapat pastikan nama pasar tersebut.
Oleh kerana saya dan suami telah merancang untuk ke Pulau Suri, kami memaklumkan pada keluarga di sana lebih awal. Adik saya menyewa satu bot untuk kami 3 keluarga ke sana. Jadi, saya tidak tahu berapa bayaran sewa yang adik saya bayar kepada kawannya. Minyak bot pun adik saya yang beli sendiri. Tuan punya bot hanya memandu bot untuk bawa kami ke destinasi yang kami mahu pergi. Sementelah adik saya juga agak mahir mengendalikan bot, jadi kami ke pasar terapung tanpa perlu beratur panjang untuk menunggu giliran menaiki bot.
Kami menaiki bot dari Jeti Kampong Laut yang mana jaraknya lebih jauh untuk ke Pantai Suri. Ketika kami melepasi jeti Kok Majid dan jeti Kuala Besar, kami dapat lihat ramai yang sedang menunggu di jeti. Yelah, minggu cuti sekolah kan.
Seronok melihat bot – bot pergi dan balik mengangkut penumpang untuk ke Pantai Suri dan juga pasar terapung yang baru di situ. Apa yang menakutkan kami sepanjang berada di dalam bot adalah kerana kami tiada jaket keselamatan. Paling kami takut ketika bot berselisih dengan bot lain kerana akan menghasilkan gelombang besar. Nasib baik pemandu bot kami hanya bawa perlahan sahaja jadi efek melabung tu tidak dirasai sangat. Tetapi jika anda menaiki bot di di kedua – dua jeti yang saya telah nyatakan di atas, jangan risau kerana setiap bot dilengkapi dengan jaket keselamatan.
Setibanya di Pantai Suri, adik saya juga yang bayarkan tiket masuk. Hanya RM1 untuk dewasa. Kanak – kanak free sahaja. Walaupun ramai peniaga yang meniaga di dalam bot mahupun di gerai – gerai, lebih ramai lagi pengunjung yang beratur untuk membeli makanan. Tak sanggup saya nak beratur panjang. Kami nak cari tempat untuk duduk pun agak lama dengan pengunjung yang agak ‘crowded’.
Kerusi dan meja ada disediakan tetapi hanya ada beberapa sahaja. Kami bawa ‘banner’ dari rumah untuk dijadikan alas tempat duduk, ala – ala berkelah. Jadi tak perlu menunggu giliran untuk duduk cuma untuk bergambar di ‘signboard’ Pantai Suri, perlu beratur. Punyalah ramai pengunjung pada hari itu. Jadi, kami tidak dapat menikmati semua makanan yang dijual di di sana. Apapun, makanan yang di jual sangat menyelerakan dan menepati citarasa kami.
Kerana terlalu ramai pengunjung dan kami malas nak beratur lagi untuk mencuba banyak lagi makanan, kami terus ke bot dan adik saya meminta kawannya untuk membawa kami pusing – pusing ke pulau – pulau yang berada di dalam perjalanan pulang dan antara yang menarik adalah Pulau Sri Tanjung. Terdapat chalet juga di situ ya. Kami singgah pula di Kampung Kok Majid kerana ada pasar pagi di sana. Badan sudah terasa sangat letih, kami bergerak pulang.
Apa yang menariknya, oleh kerana kami sewa sendiri bot, jadi kami dapat bersiar – siar melihat kehidupan penduduk yang menetap di beberapa pulau kecil di sana. Seronok dapat melihat kehijauan di sepanjang sungai Kelantan. Ada juga kami berselisih dengan remaja dan kanak – kanak yang mengendalikan sendiri bot.
Mungkin itu adalah pengangkutan utama mereka. Mungkin selepas ini, adik – adik saya boleh beli 1 bot, buat ‘part time’ jd tour guide di sana. Hihi. Lagipun, tidak lama lagi, persisir sungai di Kampung Laut akan menjadi tempat tarikan pelancong kerana Masjid Kampung Laut (yang kini terletak di Nilam Puri) akan ditempatkan semula di tempat asalnya. Perjalanaan kami ke Kelantan menaiki kereta api, bas ekspres dan bot sangat mengujakan terutama anak – anak kami yang memang gemar menaiki pengangkutan awam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...