Lokasinya yang tidak popular seperti tapak perkhemahan yang lain mungkin membuatkan ia tidak begitu dikenali ramai, tapi panorama yang ada di Campsite Santuari Ikan Air Tawar, Perlis ini memang cukup mengujakan.
Berada di kawasan Tasik Tasoh yang cukup dikenali ramai di Negeri Indera Kayangan itu, Farid Kamarudin yang berkesempatan camping di situ berkongsi pengalaman dan gambar sepanjang perkhemahan dia dan keluarganya.
Cukup tenang dan indah pemandangan yang dapat disaksikan tatkala sang suria menyinari bumi. Tasik buatan yang dijadikan empangan terbentang luas dihadapan tapak khemah, memang cukup membuatkan hati berasa tenang dan damai.
Tiada bayaran tapak dikenakan, namun ada beberapa kemudahan yang disediakan buat camper dan pengunjung yang datang ke sini.
Aktiviti yang ada kat sini juga memang sesuai untuk seisi keluarga, sambil-sambil camping boleh juga buat aktiviti bersama keluarga atau teman-teman. Memang best!
Ads
Camping Di Timah Tasoh, Bangun Pagi Layan View Cantik!
Hari ini saya nak berkongsi sebuah campsite yang mungkin ramai tak tahu, terletak disebuah negeri kecil di utara tanah air iaitu diperlis.. negeri yang penuh dengan kehijauan dan deruan air dari batu kapur.
Campsite ini antara campsite yang menawarkan panorama tasik ciptaan yang dijadikan empangan untuk menampung bekalan air kepada perlis…
Ads
Campsite santuari ikan air tawar perlis yang terletak ditasoh lake/atau tasik tasoh ..
Plug point : 6 ptg-7 pg
Toilet : 3 + bersih
Parking : parking dekat khemah RM10, luar Campsite percuma
Bayaran Tapak :
Bayaran/kepala : Dewasa Rm5, Kanak2 Rm3
CamperVan/Car/Rtt :
Tempahan : Walkin Online
Aktiviti : Berkayak Bot ronda Bagi Makan ikan Bermain dengan haiwan peliharaan Santai
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap negeri di Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan yang pastinya setiap percutian tak sah kalau tak explore tempat-tempat makan sedap dan juga tempat menarik untuk dilawati.
Enam hari mengembara ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang, Terengganu dan juga Kelantan memberikan peluang buat Akmar Kamal dan pasangannya untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang signature setiap negeri yang dilawati.
Selain itu, pasangan ini juga turut mengambil peluang meneroka keindahan negeri Terengganu dengan melawat beberapa tempat menarik yang ada.
Pelbagai pengalaman menarik yang dikongsikan sepanjang trip enam hari itu. Terpaksa tidur di dalam khemah kerana ketiadaan bilik hotel, daytrip ke Pulau Kapas dan mendaki Bukit Singa dan banyak lagi tempat menarik yang dilawati sepanjang percutian mereka berdua itu.
PAHANG + TERENGGANU + KELANTAN, MALAYSIA
PAHANG
-Ayam Bakar + Air Asam
-Rendang Daging
-Rendang Ayam
-Lemang
* Ayam bakar cicah air asam, rendang daging sedap!!
Mango Cheesecake
* kalau pergi weekend beratur panjang ye…aku pergi hari Khamis, beratur sikit jer…
Kuah dia sedap!!
Peminat tart dan cake boleh try pergi sini…ada pelbagai jenis tart..tart die memang sedap…
Ni pergi random jer sebab lapar
TERENGGANU
Tomyam Seafood
Daging Harimau Menangis
* Tomyam yang viral sangat dekat Ipoh tu…sampai beratur…sini relax tak payah beratur…sedap!!
KELANTAN
* Kononnya nak pergi Nasi Ulam Cikgu, tapi tutup pulak…
Sedap wehhh….
Nasi Kerabu Daging Bakar
Nasi Tumpang
* Selain nasi kerabu dan nasi tumpang ada pelbagai lagi makanan Kelantan yang lain…
Macam- macam makanan ada…wajib pergi…best!!
* Kena naik bot di Jeti Kuala Besar…bayaran RM3 sehala untuk seorang…
Buka setiap Jumaat dan Sabtu…
Jumaat : 3 – 5 petang
Sabtu : 8 pagi – 5 petang
Ada lagi satu floating market..Floating Market Pulau Suri…yang tu buka hari Sabtu sahaja…
Miang Pla
Pad Thai Celup
Roti Sangkaya
* Asalnya nak pergi Suwarin Jinda, tapi beratur bukan main ramai…sampai keluar kedai…memang idak la nak beratur…so pergi sini…sedap!! paling best miang pla tu…
TERENGGANU
Bukit Keluang ni lagi dekat dengan Kota Bharu berbanding Kuala Terengganu…sebab tu aku naik ke Kelantan dulu, lepastu baru turun ke Terengganu…makan best-best dulu lepas tu baru berpenat-penat pulak…
Nak hiking Bukit Keluang ni ada 2 point…satu melalui Pantai Bukit Keluang, satu lagi melalui Bukit Keluang…
Nak naik ikot mana-mana pun boleh…naik ikut point lain, turun ikot point lain…maksudnya kalau misal kata parking kereta dan hiking ikot point bukit Keluang, lepas tu turun dekat point pantai, kena jalan kaki dalam 500m camtu untuk ambil kereta semula…kalau malas nak jalan kaki, naik turun jer la ikut tempat yang sama…macam aku, naik ikut bukit, turun ikut pantai…yang tangga tinggi tu ikut pantai…so kiranya aku turun tangga, bukan naik tangga…
Masa kami pergi ada karnival apebenda ntah…so, banyak la makan-makan…
Cerita dia aku punya trip memang aci redah…hotel memang tak booking sesiap… sekali…hotel-hotel murah semua penuh, hotel Oyo dari bawah RM100 tetibe eh kau naik mendadak sampai RM200++ …apalagi, pacak khemah la…nasib baik la ada kosong lagi tapak dan owner sanggup melayan kami yang sampai pun dah malam…kalau tak memang tido dalam kereta la jawabnya…
Nasib baik la memang standby bawak khemah…pacak khemah pun guna lampu kereta…dengan segala peralatan camping pun tak ada, lampu suluh yang basic tu pun tak ada…ha…rasakan…tapi aku memang ok jer la..best campsite tu…kelengkapan semua ada…ada surau, tempat masak maggi@bancuh air (ada dapur gas) dan toilet…toilet dia paling rare…tapi ada jer toilet awam berdekatan kalau misal kata tak selesa dengan toilet rare tu…rugi pulak sampai lambat…tak sempat nak lepak lama sebab siangnya nak gerak pergi Pulau Kapas…pasal makanan pulak, jangan risau…area campsite tu ada banyak cafe hipster…
Nak pergi ke Pulau Kapas ni kena naik bot di Jeti Marang…harga RM40 seorang return…boleh bermalam @ sekadar nak day trip…plan asal nak camping, tapi campsite penuh pulak…jadi kami pergi day trip jer…
Dekat Pulau Kapas ni juga terletaknya Bukit Singa…boleh pergi sendiri dengan cara meredah air serta batu-batu laut yang tajam @ boleh juga naik bot…naik bot tak tahu la berapa harga…kami biasalah…redah jer…tak la jauh mana…nak panjat Bukit Singa tu pun tak tinggi…cuma curam dan licin jer…kalau ada budak jangan gatal nak redah sendiri ya…agak susah sebab batu-batu tu tajam dan ada kawasan batu tinggi yang kene memanjat…bahaya jugak la…masa kami pergi boleh pulak hujan…kelam kabut turun balik bukit…tak sempat nak explore area Bukit Singa tu…sudahnya, baju basah main hujan..bukan main laut…sabar jer la…
Bagi aku Pulau Kapas ni tak ada apa sangat…kecil je pulau nya…cukup sekadar untuk day trip…biasa orang pergi Pulau Kapas untuk snorkeling…macam aku memang aim nak pergi Bukit Singa jer…pastu mandi-mandi, lepak..malas nak snorkeling…jemu agaknya…tapi tu la…kejap jer dah bosan…plan asal nak balik dari pulau 5.30 petang…dah puas mandi dalam hujan, suruh bot ambil pukul 3.30 petang…kalau tak hujan, mungkin aku lama kot dok lepak dekat Bukit Singa tu…situ jer yang aku rasa menarik pun…
Ni aku main masuk jer kedai mana yang aku jumpa..3x jugak la sepanjang dekat Ganu ni asyik dok makan celup tepung…asalnya nak pergi Warung Pok Nong..ramai kata sedap dekat situ…tapi beratur kemain panjang…tepi jalan parking kereta penuh…sampai jem laluan nak ke warung dia tu…aku bab-bab beratur ni memang tak gemar..so bedal jer la mana-mana kedai pun…
Sepanjang jalan dari Terengganu ke Kelantan (jalan dalam) banyak betul jual anggur baby…so try la beli…rasa anggur biasa tu…cuma dia kecik-kecik dan tak der biji…senang la nak makan…
Ni siapa yang suka lauk kampung ulam-ulam, singgang…ha sesuai….sedap!!
Ada beberapa tempat yang aku tak sempat pergi…ye la…trip cuma 6 hari…contoh Masjid Kristal (dah pernah pergi), Masjid 8 Kubah, Pulau Redang, Pulau Perhentian…paling kelakar tak merasa makan Nasi Dagang Terengganu (Nasi Dagang Atas Tol) cerodik sangat pukul 12 tengah hari lepas check out baru nak pergi…aku terlepas pandang yang nasi dagang dekat Terengganu ni orang makan untuk sarapan..11.30 pagi kedai-kedai nasi dagang dah tutup..kalau bukak pun nasi dagangnya dah habis…pergi Terengganu dan Kelantan, jangan lupa beli air balang…air balang dekat sana sedap-sedap….
Pelancong terutamanya dari Malaysia yang gemar menggunakan teknologi sebagai medium penting dalam percutian mereka sememangnya akan menyukai satu hotel butik terbaharu yang dibuka di ibu negara iaitu hotel CitizenM Kuala Lumpur.
CitizenM Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang adalah hotel butik ‘mewah’ mampu inap yang telah memenangi banyak anugerah berprestij dalam industri perhotelan dan kini membuka cawangan terbaharu mereka di rantau Asia di Kuala Lumpur selepas Taipei dan Shanghai pada 2017 dan 2018.
Hotel yang terletak di tengah-tengah ‘segi tiga emas’ ibu negara dikelilingi oleh pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan tempat-tempat makan menarik yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki. Lokasinya yang strategik di Bukit Bintang membolehkan anda merasai dan mengalami keseronokkan citarasa makanan tempatan, berhibur di tempat-tempat hiburan sekitar KL dan juga melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik tanpa perlu bersusah payah untuk berjalan jauh.
Berkonsepkan hotel butik, CitizenM mendekorasikan ruang dalam hotel mereka dengan perabot, corak dinding dan juga lantai, hiasan dalam yang membuatkan anda berasa seperti di rumah sendiri – berbeza dengan hotel-hotel lain, di CitizenM, mereka cuba untuk memberikan anda rasa nyaman dan selesa selepas mengembara jauh daripada kediaman di tempat asal anda.
Selain daripada sesuai untuk anda yang datang untuk melancong, CitizenM Kuala Lumpur juga merupakan salah satu hotel yang sangat bersesuaian untuk anda yang ingin melakukan urusan perniagaan menghasilkan keuntungan di ‘segi tiga emas’ itu. Selain dekorasinya yang akan membuatkan anda berasa selesa seperti di rumah, CitizenM juga menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan untuk anda dan kumpulan anda melakukan pelbagai jenis urusan sama ada mesyuarat, perbincangan dan urusan kerja yang lain.
Di CitizenM, ada disediakan tiga bilik mesyuarat yang lengkap dengan segala peratalan yang anda perlukan dan satu bilik teater yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin melakukan perbentangan kertas kerja kepada sesiapa yang anda mahukan.
210 buah bilik hotel dengan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan katil bersaiz XL adalah salah satu keistimewaan yang terdapat di hotel ini. Tidak seperti hotel-hotel yang lain di mana mereka mengklasifikasikan beberapa buah bilik dan katil mengikut kategori, CitizenM berasakan bahawa semua tetamu mereka adalah sama rata dan perlu dilayani dengan adil dan saksama.
Oleh demikian, tidak ada kategori bilik berasingan di CitizenM. Selain daripada itu, sesuai dengan apa yang saya katakan di atas, hotel ini akan menjadi kegemaran kepada anda yang ‘tech-savvy’ kerana selain daripada dekorasi ruang dalamnya yang moden dan meriah, segala kelengkapan yang berada di situ adalah dikawal dengan satu alat kawalan sahaja. Ini bermakna, bermula daripada televisyen hingga ke lampu tandas anda adalah dikawal dengan menggunakan iPad yang disediakan di setiap bilik.
Salah satu perkara yang paling saya gemari adalah sambungan Wi-Fi yang paling pantas di hotel pernah saya gunakan tanpa limit untuk sesiapa sahaja yang singgah di hotel berkenaan.
Kepada anda yang ingin bermalam di Kuala Lumpur, cubalah CitizenM di Bukit Bintang untuk rasai sendiri pengalaman menarik bermalam di Bukit Bintang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan kepada anda. Tempat makan yang terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini lebih terserlah.
Di samping menikmati makanan anda pasti leka melihat keindahan pantai negara seberang. Pemandangan para nelayan yang berulang-alik, feri yang membawa penumpang ke Batam dan kapal-kapal dagang yang berlabuh di situ akan menjadikan kunjungan pengunjung ke premis makanan di sini sesuatu yang cukup istimewa.
Di sini terdapat lebih 10 deretan kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Berjalan disekitar kawasan ini kadangkala terasa bagai berada di pasar borong, kerana kiri kanan anda terdapat pelbagai jenis longgokkan hasil laut untuk dipilih pelanggan sebelum di masak.
Peniaga restoran masing-masing menggunakan pelbagai strategi untuk memikat pelanggan masuk ke premis mereka. Ada yang menjerit, menyanyi, tidak kurang juga meletakkan banner yang memberikan harga durian runtuh.
Bercerita tentang menu masakan membuatkan sesiapa saja rambang mata untuk memilih. Semua hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk.
Antara jenis makanan yang menjadi kemestian untuk dinikmati ialah lala, kijing, sekuci, kepah, beliung, siput gonggong, mentarang dan udang kara. Sudah pasti turut menjadi kegemaran orang ramai ialah ketam, udang, sotong dan pelbagai jenis ikan termasuk kerapu, siakap, merah dan beberapa jenis ikan lain, yang mana kesemuanya diperoleh segar setiap hari daripada para pembekal.
Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, suasana malam dengan panorama kilauan cahaya neon yang datang dari kawasan Senokor, Singapura, kira-kira lima kilometer dari restoran ini memberi ilusi eksklusif dan istimewa kepada penggemar makanan laut yang menikmati sajian enak di sini.
Mula beroperasi pada pukul 4 petang hingga 2 pagi, semua restoran makanan di sini tidak akan sunyi dipenuhi pengunjung tempatan dan Singapura. Apa lagi, jika anda berada di sini, jangan lupa untuk singgah di Kampung Senibong!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...