Kepelbagaian budaya dan warisan Turki menjadikan negara itu sebagai salah sebuah destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ramai orang Malaysia yang memilih untuk bercuti di Turki, lebih-lebih lagi selepas ‘terpengaruh’ dengan melihat beberapa lokasi penggambaran filem tempatan yang berlatar belakangkan destinasi di negara yang terletak di sempadan benua Asia dan Eropah.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Tidak dinafikan, seperti apa yang anda lihat di dalam kaca televisyen, Turki sememangnya negara yang cantik dan menarik untuk diterokai. Pelancong boleh memilih untuk datang ke Turki sepanjang tahun, meliputi empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga berlangsung pada bulan Mac hingga pertengahan Jun, musim panas (pertengahan Jun hingga Ogos), musim luruh (pertengahan September hingga November) dan musim sejuk (Disember hingga Februari).

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama 8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Antara lokasi menarik di Turki:

ISTANBUL

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Istanbul merupakan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara tempat-tempat lawatan ialah seperti Leather Outlet Centre, Blue Mosque, Topkapi Palace, Muzium Hagia Sophia, Masjid Sultan Sulaiman dan Spice Bazaar.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

  • Aktiviti di Istanbul tidak lengkap jika tidak menaiki cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menjadi sempadan Asia dan Eropah.
  • Jangan lepaskan peluang membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan sebuah pasar paling besar dan tertua di dunia yang menempatkan lebih 3,000 buah kedai pelbagai jenis kraf dan perhiasan serta tekstil menarik.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

BURSA

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

IKLAN

Bursa merupakan antara destinasi pelancongan yang banyak menyimpan peninggalan sejarah Islam. Antara lokasi tumpuan pelancong termasuklah masjid tertua iaitu Ulu Cami (Great Mosque).

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

  • Great Mosque merupakan Tapak Warisan Dunia diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Uniknya masjid terbesar di Bursa ini mempunyai 20 kubah yang dibina pada 1396 oleh Sultan Beyazit 1 selepas kejayaannya menakluki Macedonia.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

  • Bersebelahan bangunan masjid adalah Green Mausoleum iaitu makam Mehmet 1 yang memaparkan keunikan seni berwarna warni.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

  • Silk Market pula terkenal sebagai pusat perdagangan kain sutera turut menjadi persinggahan pelancong untuk membeli-belah.

CAPPADOCIA

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Cappadocia, antara tempat wajib dilawati di Turki. Pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas, malah turut dapat menyaksikan keindahan dan keunikan batuan yang cantik dilihat dari atas. Kelebihan memiliki ruang kawasan yang luas menjadikan Cappadocia antara destinasi belon udara popular di dunia.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama 8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

IKLAN

 

ANKARA

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Antara tempat yang akan dilawati di Ankara ialah Ataturk Mausoleum yang merupakan muzium dan tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk iaitu pemerintah yang menukarkan Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular. Bangunan ini menempatkan barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk di galeri pameran. Selain kenderaan beliau, pengunjung boleh menyaksikan sendiri senjata, surat, pakaian, dan jam tangan.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

  • Tuz Golu yang terkenal sebagai tasik kedua terbesar di Turki dan merupakan tasik garam terbesar di dunia. Menariknya di sini, anda berpeluang melihat dan memijak permukaan pantai yang dipenuhi garam.

KUSADASI

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama 8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Di Kusadasi terdapat kota kuno Ephesus yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba. Pelancong boleh mengambil peluang untuk menyaksikan kesan runtuhan bandar purba tersebut. Ephesus turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berprestij.

IKLAN

PAMUKKALE

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama
Processed with VSCOcam with 7 preset

Bandar ini merupakan tempat popular yang turut tercatat sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia dibawah UNESCO. Antara tempat menarik untuk dilawati ialah Hierapolis Ancient City Ruins yang merupakan kota suci dalam kesusasteraan Arkeologi kerana terdapat banyak kuil dan bangunan keagamaan.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

  • Cotton Castle turut menjadi tumpuan kerana bentuknya yang seakan-akan kapas dan terdapat kolam air panas yang kelihatan seperti sungai yang dilitupi salji.

KONYA

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Konya begitu sinonim sebagai pusat Islam tertua yang menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran sufi. Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi adalah Melvana Museum yang merupakan tempat bersemayamnya sang pujangga Turki yang juga pencipta Tarian Sufi iaitu Jalaludin Rumi.

BOLU

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama 8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Di Bolu, terdapat sebuah masjid tertua di Turki iaitu Masjid Sultan Eyub. Masjid ini juga merupakan masjid pertama yang dibangun setelah kerajaan Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih menawan kota Konstantinopel (Istanbul) pada 1453.

Trivia

  • Bawa mata wang USD atau Lira Turki (tukar di Malaysia). Tanya harga barang sama ada dalam USD, Euro atau Lira Turki.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

  • Bawa sos cili atau sambal kering/ikan bilis untuk menambah selera makanan.
  • Tandas awam berbayar termasuk di luar masjid TL1.
  • Merokok adalah perkara biasa bagi wanita termasuk bertudung.

8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama

Foto: Google Image | Sumber: Juara Travel

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI