Korea Selatan antara destinasi percutian yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bagi memeriahkan lagi dan juga untuk menggalakkan lagi kehadiran rakyat Malaysia ke negara yang terkenal dengan barisan artis K-Pop dan K-Drama ini, The Seoul Metropolitan Government dan Seoul Tourism Organization (STO) mempelawa rakyat Malaysia untuk melawat bandar ini dengan roadshow yang diadakan di Kuala Lumpur, bertemakan Soulful Seoul Night!
‘Soulful Seoul Night’ menampilkan program termasuk Seoul Travel Mart, yang merupakan acara padanan perniagaan untuk penjual Korea dan pembeli tempatan; pengenalan infrastruktur pelancongan Seoul serta persembahan K-pop oleh HOOK, kumpulan tarian popular yang pernah muncul dalam rancangan TV Korea terkenal, Street Woman Fighter.
Menurut STO, negara Asia Tenggara menyumbang kepada pelancongan masuk yang kukuh untuk Korea Selatan. Jumlah pelancong Asia Tenggara yang melawat Korea Selatan meningkat kira-kira 60 peratus dalam tempoh lima tahun (2015 – 2019) sebelum wabak itu. Negara-negara Asia Tenggara juga mendahului senarai negara yang ditinjau pada 2021 yang ditunjukkan mempunyai jumlah pelancong berpotensi terbanyak yang merancang untuk melawat Korea Selatan.
Ads
Antaranya, Malaysia menunjukkan trend pertumbuhan berterusan dalam jumlah pelancong masuk ke Korea Selatan, berada dalam kedudukan 10 teratas sebelum wabak itu. Penguasaan lawatan berkumpulan dan tahap minat yang tinggi dalam K-beauty, K-fashion, dan K-pop menjadikan Malaysia sasaran menarik bagi STO untuk mempromosikan Seoul.
Pengarah Pasukan Pemasaran Global Pertubuhan Pelancongan Seoul, Haeyjin Lee, berkata, “Melalui kempen Soulful Seoul Night, kami akan mempromosikan kandungan pelancongan Seoul yang menarik kepada wakil daripada industri pelancongan Malaysia dan berusaha untuk merancakkan semula perniagaan pelancongan antara Malaysia dan Seoul, secara proaktif. memenuhi permintaan pelancongan global, bermula dengan Asia Tenggara.”
Ads
Selain itu, STO juga akan menganjurkan aktiviti pengguna pada bulan Ogos bertemakan ‘Soulful Seoul Night’, yang merupakan kempen pemasaran bersama dengan Klook.
Ads
Dah boleh usha tengok apa yang best dan beli tiket kapal terbang untuk rasai sendiri apa yang menarik kini ada di Seoul, Korea!
nak tahu lebih lanjut tentang apa yang menarik di Seoul boleh layari https://www.visitseoul.net/
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sumber:agoda
Kajian trend tempahan oleh agoda menunjukkan bahawa pelancong Malaysia merancang dan menempah percutian mereka kurang dari sebulan (24.4 hari) sebelum tarikh berlepas; mungkin menyebabkan mereka terpaksa berbelanja lebih untuk percutian.
Berbeza dengan pelancong Hong Kong yang merancang dan menempah percutian mereka dua kali lebih awal (49.4 hari) berbanding pelancong Malaysia.
Pelancong Malaysia merupakan perancang percutian yang paling lambat di dunia dan pelancong Malaysia mungkin tidak berkesempatan untuk meraih tawaran yang terbaik.
TOP 5 FORWARD PLANNERS Hong Kong 49.4
Russia 46.4
Australia 44.3
Taiwan 43.3
United Kingdom 37.2
BOTTOM 5 FORWARD PLANNERS Malaysia 24.4
India 21.7
Vietnam 18.7
Indonesia 18.0
Saudi Arabia 16.9
Walaupun budaya popular menggambarkan imej pengembara spontan yang mencabar; namun pada hakikatnya, pelancong di seluruh dunia melabur lebih banyak masa bersiap-sedia untuk percutian mereka bagi memanfaatkan sepenuhnya waktu rehat dan rawat.Satu kaji selidik yang berkaitan juga mendapati 75% pelancong Malaysia berkata mereka lebih suka menghabiskan masa mereka meneroka destinasi percutian tempatan dan bukannya melancong ke luar negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Umum mengetahui Sukan Olimpik 2020 bakal diadakan di negara Jepun tahun hadapan. Akibat kekurangan tenaga kerja manusia disebabkan kadar kelahiran yang rendah, kepimpinan negara matahari terbit telah sebulat suara untuk menggunakan khidmat robot. Ia berfungsi bagi membantu mengendalikan jutaan pengunjung ketika penganjur sukan terbesar di dunia ini.
Pada tarikh detik permulaan Olimpik Tokyo 2020 nanti ahli sukan, pengujung dan pelancong akan disambut dengan deretan robot yang sentiasa berkeliaran sama ada di stesen-stesen kereta api atau di lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Ramai berpendapat lebih ramai pelancong dan peminat sukan akan berkomunikasi dengan mesin berbanding dengan manusia.
Arisa Si Pembantu Arah
Di stesen kereta api bawah tanah, robot bernama Arisa akan membantu pelancong asing dan pengguna kereta api mendapatkan arah yang betul dan tandas di sekitar kawasan stesen itu semasa berlangsungnya sukan berkenaan.
Robot wanita bermata besar dengan ketinggian 182.8 sentimeter dilengkapi monitor skrin sentuh bukan sahaja boleh bertutur dalam bahasa Jepun malah bahasa Inggeris, Korea dan Cina. Selain memberitahu lokasi tarikan pelancongan di ibu kota itu, Arisa yang peramah tidak keberatan untuk berswafoto jika diminta oleh pelancong.
Perseusbot Robot Pengesan Bahaya
Terdapat juga robot bernama, Perseusbot digunakan. Fungsi Perseusbot mampu mengesan dan membuat laporan tentang individu dan objek yang mencurigakan di stesen-stesen kereta api selain mengurangkan bebanan tugas kakitangan stesen terlibat.
Robot berketinggian 167.5 sentimeter itu mampu mengelak sebarang halangan semasa meronda menggunakan jubin braille dan memberi amaran terus kepada telefon bimbit kakitangan stesen jika mengesan sebarang objek terbiar dalam tempoh yang lama. Perseusbot juga boleh mengesan pergerakan penumpang yang berpotensi melakukan tindakan agresif seperti menggenggam tangan seperti hendak memulakan pergaduhan.
Bestkan? Jom la book tiket ke Tokyo tahun hadapan 🙂
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pantai Langkawi memang sangat popular di kalangan pelancong. Bukan saja kepada pelancong luar, bahkan dalam negeri saja pantai peranginan paling popular dan jadi pilihan.
Namun itu sebelum berlakukanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kini dikatakan Pulau Langkawi kini bertukar ‘ghost town’ apabila tiada aktiviti pelancongan dibenarkan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Terbaharu, sebuah video TikTok oleh Ed Shahir yang memaparkan suasana Pulau Langkawi menjadi perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kedai-kedai di kawasan sekitar Pantai Cenang ditutup dan sepi tanpa kehadiran pelancong.
Bukan itu sahaja, malah jalan raya yang dahulunya sesak kini lengang tanpa kelihatan kelibat kereta di sana. Malah, Pantai Cenang juga kelihatan ‘tenang’ tanpa kehadiran para pelancong.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih melihat suasana di Pulau Langkawi.
Malah, para netizen turut berkongsi keadaan meriah di kawasan Pantai Cenang sebelum ‘total lockdown’ dilaksanakan.
Untuk rekod, sebanyak 23 agensi pelancongan Pulau Langkawi terpaksa menamatkan operasi mereka berikutan keadaan industri yang semakin ‘tenat’ dan berdepan kerugian.