Vietnam salah satu negara di Asia Tenggara yang cukup menarik untuk dilawati. Bukan sahaja terkenal sebagai tempat untuk shopping, malah Vietnam juga mempunyai banyak tarikan lain untuk diterokai.
Dapat jelajah banyak wilayah dekat sana tentu seronok, terokai tempat menarik yang ada. Eady Mh bersama 4 orang rakan berkesempatan bercuti ke Vietnam dan meneroka 4 wilayah yang ada di sana.
Lengkap dengan itinerari dan juga bajet sepanjang perjalanan dan percutian selama 7 hari 6 malam ke Vietnam, jom ikuti perkongsiannya:
Trip Explore Vietnam
Trip budget dan full itinerary kami ke Da Nang – Nha Trang – Da Lat – Ho Chi Minh, Vietnam pada 19 – 25 Julai 2022. 7hari 6malam #tiredbuthappy
(3 lelaki dan 2 perempuan) RM1420 ALL IN
Day 1
10:30AM KUL – DAD 12:05PM Sampai airport DAD
– beli simkad dalam airport
– danang airport ke hotel (GRAB)
– check in dan pusing area hotel (hotel depan lake river )
– makan di Halal indian restaurant dan balik ke hotel (GRAB)
– dari hotel jalan kaki ke dragon bridge, Pasar Malam Da Nang,beli fridge magnet, tshirt
Day 2
Check out dan tinggal bag di hotel
– hotel ke Sunworld Bana Hill (GRAB)
– bawa bekal makanan ( staff dia tak bagi bawa makanan tapi kami minta nak bawak masuk juga, sbb xada makanan halal dkt dlm )
– turun dari bana hill terus ke Family Indian Halal Restaurant (GRAB)
– balik hotel ,tumpang solat dan terus ke bus station untuk ke nha trang (GRAB)
– 8:40PM naik bus ke nha trang Smpai 8:40AM
Boleh tumpang solat di Halal indian restaurant, bagitahu dekat staff dia dan dia akan tunjuk di tingkat 3
Son tra night market tidak beroperasi lagi
Namaste Omar Restaurant (dekat dgn hotel tapi dah tutup)
Kalau berkenan apa2 dekat pasar malam da nang, mohon beli terus sbb dekat lain dh xada ya.
Naik bus 12jam untuk sampai ke Nha Trang
Day 3
– 8:40AM Sampai Nha Trang
dan terus ke hotel, tinggal bag (GRAB)
– Vinpearl land (tak masuk cuma bergambar di depan sahaja)(GRAB)
– Ponagar temple (GRAB)
Ads
– Lunch di Halal Food Karim (GRAB)
– Jalan kaki ke nha trang night market dari hotel
Halal food karim saya booking dulu sebelum datang, harga mengikut satu kepala ya, kami berlima dan dia akan hidang lauk,nasi dan lain2 untuk 5 orang. Makanan dia semua sedap2 (untuk menu tiada pilihan lain, pihak restaurant yg tetapkan lauk2 apa, kita hanya bgtahu berapa orang sahaja)
Hotel depan pantai sahaja, malam meriah di pantai
Semua jenis kacang murah di pasar malam nha trang, nak beli souvenir kene pandai tawar menawar ya
Day 4
– 7AM naik limo minivan ke Dalat sampai pukul 10AM, tinggal bag di hotel
– Datanla new apline coaster (GRAB)
– Clay tunnel 60ribu dong/RM11.40 ( nak balik tak ada grab dkt sini, atas nasib kalau grab ada hantar customer area ni akan dapat. Macam kami masa nak balik xada grab lama mencari last2 mesej hotel melalui fb suruh cari teksi datang ambil kami .
– jalan kaki ke pasar malam dalat meriah
Day 5
– flower park (dekat hotel)
– Lam Vien Square + Do Ha Cafe (bersebelahan) utk bergambar (dkt hotel)
– Xuan huong lake (dkt hotel)
– Makan dkt halal restaurant kampung melayu (GRAB)
– 9:30PM naik bus ke Ho Chi Minh smpai pukul 4:30AM
Nha Trang ke Da Lat 3jam
Restaurant hajah hawa (dekat hotel) tapi dh ttp
Dekat pasar malam Da Lat ada pharmacy dlm tu ada jual snack2 yg banyak halal
Da Lat bandar yang jem, grab selalu kene reject
Kalau nak pergi tempat2 yg pendalaman mohon pergi awal sbb kalau lewat grab tak ada time nak balik
Ads
Day 6
4:30 AM sampai Ho Chi Minh ( bagitahu dekat kaunter bus nak turun dekat district 1 nanti dalam bus driver akan confirm balik nak turun dimana dan 10minit nak sampai dia akan bagitahu kita untuk bersiap untuk turun )
– Jalan kaki ke Masjid Ar – Rahim
– Sarapan Pagi tepi masjid ada jual makanan halal
– 10AM jalan kaki ke hotel, tinggal bag terus ke ben thanh market dan malaysia street (dekat hotel). Jangan lupa beli kuih Pak hamid jual dgn motor
– makanan halal banyak pilih saja nak yg mana hehe
– beli telekung,baju dan lain dan balik ke hotel
Day 7
– Sarapan pagi dan keluar ke malaysia street beli apa yg patut
– beli kuih pak hamid makan dekat airport
– Flight 2PM (Delay) Sampai KUL 5PM
Da Lat ke Hcminh 7jam
Malaysia street dh meriah, kalau malam lagi banyak kedai buka
Ben thanh market dh macam dulu
Yang selalu pergi area malaysia street tu akan rasa lain la sikit sbb dh ada kedai makan non halal, banyak dh tukar owner disebabkan pkp
Saya banyak guna bigpay kalau pergi kedai2 yang boleh guna debit/kredit kad (macam kedai kopi dan lain2)
Kalau nak keluar cash guna ABBANK tak ada cas.
Da nang, Nha Trang dan Da Lat saya banyak lepak kedai coffee highland tersedap
Transport untuk 7 hari semua guna grab ya, banyak promo guna je mana yg boleh jimat sangat, kami kongsi 5 orang lagi la jimat
Makanan banyak bawak dari malaysia seperti Sharifah, maggi dan lain2
Ads
Makanan halal mahal disana ya
Da nang, Nha trang dan Da lat restaurant halal banyak yg dh tutup, so makanan halal disana sgt limited
Untuk perjalanan jauh dengan bus sy guna perkhidmatan futa bus, selesa.
Malaysia street, ben thanh market dan sekitar masih lg boleh guna RM, di airport untuk wrap barang blh guna RM dan lain2 guna USD
TOTAL HANGUS RM1,420
Air Asia KL – DA NANG RM159
Air Asia HCM – KL RM235
AIG Travel Insurance – RM54
Total Grab untuk 7 hari – Rm62/pa (jimat sebab bahagi 5)
Sektor pelancongan eko ialah antara segmentasi pelancongan yang paling menerima sambutan di Negeri Selangor kerana keunikan alam semulajadi di Negeri ini. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda kelak dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut:
1) FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG
FRIM KLNow.com.v2
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang.
Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi.
Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).
2) TAMAN EKO RIMBA KANCHING
Kanching @elquiqueleon-insta.v1
Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selagor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar.
Ini kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard.
Untuk maklumat lanjut, layari www.selangor.travel atau hubungi 03-55132000.
3) SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT
Skytrex Congkak1 www.gogokids.my.v1
Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan.
Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih.
Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan.
Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.
5) WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR
white water rafting pinterest(oxbold.com)
Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun, menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang.
Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya perlu mengikuti arus sungai.
Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju. Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30.
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com atau hubungi 011-11414674.
7) TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
NATURE PARK @kualaselangornaturepark.v1
Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam.
Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia. Pengunjung juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu, bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun.
Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4×4 yang menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis 4×4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun.
Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4×4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta.
9) PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT, HULU SELANGOR)
paragliding jugra (malaysiadateline.com).v1
Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor.
Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman terbang di udara. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.myatau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.
Negeri Selangor mempunyai banyak tempat pelancongan eko yang menarik bagi penggemar alam semulajadi. Namun, kunjungan ke lokasi-lokasi yang dinyatakan, serta lokasi alam semulajadi yang lain perlu diterapkan dengan nilai tanggungjawab terhadap faktor kebersihan.
Selain itu, pihak Tourism Selangor menyarankan agar para pelancong sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan supaya rantaian jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mendengar nama Sungai Amazon sahaja ramai yang mengetahui bahaya dan rahsia alam ngeri yang menanti di sepanjang sungai yang melintasi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, Brazil, Bolivia, Venezuela, Ecuador,dan Guyana.
Jika diabadikan di dalam filem-filem atau dokumentari, Sungai Amazon seringkali dimomokkan serta dikhabarkan sebagai sungai yang sangat bahaya di dunia dan perlu dielakkan untuk dikunjungi. Mana tidaknya, kawasan disekitar Sungai Amazon didiami oleh komuniti peribumi yang masih tidak mengecapi arus permodenan. Mereka masih mengamalkan cara hidup kuno seperti memakan daging manusia dan sama sekali tidak menerima dan mengalukan kedatangan orang luar.
Selain itu, hutan dan sungai Amazon juga terkenal dengan haiwan pembunuh seperti ikan pirana, annaconda, buaya, serangga beracun dan binatang-binatang buas yang lain. Ada sebab atau tidak untuk anda menghabiskan masa selama hampir tiga tahun semata-mata untuk bersiar-siar di sepanjang sungai hutan Amazon? Semestinya ia kerja gila jika anda mempunyai impian untuk bercuti di sini!
Namun, seorang warga Britain, Ed Stafford membuktikan itu bukan perkara mustahil. Pada tahun 2010, dia yang berumur 34 tahun ketika itu mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 860 hari.
Setelah meninggalkan dunia ketenteraan dan berpangkat seorang kapten, dia berasa sangat bosan dengan rutin pekerjaannya di pejabat. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memberitahunya bahawa belum ada lagi manusia yang pernah dan ingin untuk berjalan disepanjang Sungai Amazon. Ed Stafford menganggap kenyataan rakannya itu sebagai satu cabaran pada dirinya.
Akhirnya dia tekad untuk melepaskan jawatan dan melakukan misi gila saranan rakannya. Ed Stafford bersama seorang rakan baiknya, Luke Collyer telah memulakan perjalanan pada 2 April 2008, meninggalkan Samudera Pasifik di bahagian selatan Peru. Pada awalnya, Ed Stafford merasakan bahawa perjalanan menjelajahi hutan sungai Amazon itu akan memakan waktu sekitar satu tahun, namun anggapannya itu ternyata silap.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan komuniti orang asli telah menangkap dan memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh haiwan sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Luke Collyer pulang ke rumahnya setelah hanya mampu bertahan tiga bulan menjelajah bersama Ed Stafford. Mungkin rakannya beranggapan misi ini mustahil dan tidak patut diteruskan demi keselamatan diri
Namun, Ed Stafford tetap ingin meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui seorang pekerja renjer hutan Peru, Sanchez Rivera. Setelah dipujuk Sanchez Rivera yang berumur 31 tahun sedia untuk membantunya sebagai penunjuk arah dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Sepanjang perjalanan, Ed Stafford dan Sanchez Rivera terpaksa berhadapan dengan pirana, ular anaconda, pusaran air, arus banjir, hujan tanpa henti, digigit ribuan nyamuk, dan penyakit berjangkit. Mereka juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada buaya Caiman yang panjangnya hingga 18 kaki.
Mereka berdua hidup dengan memakan pirana dan bahagian dalam pohon palm, serta berhenti seketika diperkampungan orang asli yang dikenali Sanchez Rivera di sepanjang sungai. Tetapi ancaman terbesar adalah masyarakat pribumi disitu yang telah dianiaya selama puluhan tahun oleh penguatkuasa wilayah, sehingga kaum ini sering curiga dan sering melakukan kekerasan kepada pengunjung asing.
Namun demikian, selama dua setengah tahun Ed Stafford tidak menyerah. Mungkin kerjaya sebagai seorang tentera pada masa lalu banyak membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sukar. Dia bersusah payah berenang, naik semula ke batas disepanjang tepian sungai dan melangkah secara perlahan sambil menebas hutan dengan parang.
Kira-kira 85 kilometer lagi berjalanan sebelum tiba di lokasi penamat, Ed Stafford pengsan akibat kepenatan melampau. Walau bagaimanapun dia tetap menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Ketika hampir tiba di lokasi penamat, Ed Stafford dan Sanchez Rivera kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim Brazil, yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Segala pengalaman indah dan detik sukar untuk menjadi manusia pertama berjalan menyusuri Sungai Amazon ini telah dibukukan dalam sebuah jilid berjudul Ed Stafford Walking The Amzon.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang misi bahaya ini dia mendapati bahawa banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca.
“Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya,” katanya.
Jugra menjadi destinasi pelancongan popular di daerah Kuala Langat.
Pastinya tarikan utama di sini ialah Rumah Api Bukit Jugra. Dulu, ia memainkan peranan penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut kerana lokasinya yang strategik apabila menghadap Selat Melaka. Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Info:
Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung bergantung kepada waktu tertentu seperti pada pagi hari bayarannya lebih murah berbanding ketika matahari terbenam
Pakaian yang sesuai dan kasut sukan
Disertakan bersama gambar dan video penerbangan
Sihat tubuh badan
Berat badan individu tidak melebihi 200 kilogram
Image via Tourism Malaysia & google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...