Kunjungan ke Taiwan pastinya tidak mengecewakan kerana ia memiliki banyak destinasi menarik untuk dikunjungi antaranya Shangrila Leisure Farm.
Terletak berhampiran gunung Doyuan berkedudukan pada ketinggian 250 meter dari paras laut, suhu di lokasi ini agak sejuk dan nyaman. Pelancong luar yang datang ke Taiwan pasti dicadangkan untuk singgah ke sini untuk lawatan satu hari atau tidur beberapa malam.
Di Shangrila Leisure Farm pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis buah segar ditanam, seperti buah naga, buah kundur, limau dan banyak lagi. Shangrila Leisure Farm turut mempunyai resort penginapan yang berkonsep ala kawasan pergunungan Eropah, dan paling penting ia mesra muslim.
Ads
Suasana di sini cukup ‘berangin’ dan sesuai untuk percutian keluarga atau berbulan madu. Spot lokasi yang menjadi tarikan pengunjung untuk merakan gambar kenang-kenangan di sini ialah di sebuah kawasan buaian kayu gergasi yang menghadap pemandangan indah.
Ads
Ads
Makan malam yang disajikan buat tetamu juga dijamin halal berupa menu sayur, taufu, udang dan ikan. Menu makanan semuanya segar hasil ladang-ladang ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di sini. Paling menarik, pada malam hari pengunjung diberi kesempatan menerbangkan tanglung kertas yang dibakar. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah bermain gasing, atau membuat manisan tradisional.
Walaupun kita masih lagi tidak dapat ke mana-mana disebabkan pandemik Covid-19, jadi tak salah untuk kita merancang dulu perjalanan ke mana-mana destinasi yang diidamkan.
Jika anda berhajat untuk ke South Island, New Zealand perkongsian wanita ini boleh dijadikan panduan.
Menurutnya selama 10 hari berada di sana, dapat berjalan banyak tempat dengan bajet sekitar RM1700 + seorang. Total keseluruhan untuk dua orang pula adalah RM3424.70 saja.
Saya share itinerary kami berdua pada raya cina yang lepas. Moga dapat membantu bagi yang sedang plan untuk ke sana.
{2/2/19} TOUCH DOWN AUCKLAND (Penginapan: Kiwi Backpackers Hostel) – Sampai Airport, gerak ke hostel. Hostel provide free shuttle from/to airport
{3/2/19} AUCKLAND – CHRISTCHURCH – TWIZZLE (Penginapan: Twizle Holiday Park) – Lake Tekapo – The Church of Good Shepherd – Stargazing area Twizle
{4/2/19} TWIZLE – LAKE PUKAKI – MT COOK NATIONAL PARK – Omarama (Penginapan: Dunstan Downs High Country Sheep Station) – Lake Pukaki ke Mt Cook National Park. Kalau boleh setiap 5mnt nak berhenti – Trekking @ Hooker Valley
{5/2/19} OMARAMA – OTAGO (Penginapan : Lake Hawea Hotel) – Hiking Isthmus Peak (8 jam – masa untuk kaki gambar…haha) – Lake Hawea Viewpoint
{6/2/19} OTAGO – WANAKA – GLENORCHY –TE ANAU (Penginapan – Te Anau Holiday Park) – Blue Pool Walk – Lavender Farm – Cardona Hotel – Red House – Paradise – Stargazing @ Te Anau
{7/2/19} TE ANAU – MILFORD SOUND – QUEENSTOWN (Penginapan – Queenstown Backpacker Hostel) – Mackay Creek – Eglinton Valley – Mirror Lake – Falls Creek – The Divide – Pop’s View – Monkey Creek – Homer Tunnel – Milford Sound/Piopiotahi. Banyak lagi tempat best tapi tak sempat pergi.
{8/2/19} QUEENSTOWN – CHRISTCHURCH (Penginapan – Energetic Healthy Homestay) – Shopping @ Queenstown then gerak balik Christchurch – Kawarau Bridge Bunggy
{9/2/19} CHRISTCHURCH – AUCKLAND – KL – Check out, naik flight ke Auckland. Sampai Auckland, naik flight ke KL
1) Trip ni cuma berdua je & itinerary ini lebih sesuai untuk yang sukakan hiking /trekking. Kitaorg sewa kereta start dari Christchurch. 2) Musim panas kat sana siang memang panjang. Subuh pukul 5 pagi tapi magrib dalam pukul 9 lebih. So memang best sbb boleh la buat banyak aktiviti. 3) Walaupon musim panas, tapi sesetengah tempat sejuk gak especially area bawah macam Te Anau. Subuh suhu 5°c. So kalau sesiapa yang nak camping, sila prepare gear yang sepatutnya untuk tahan kesejukkan. Kitaorang tidur dalam hotel berselimut tebal pon pasang heater. Drive malam-malam pon pasang heater 4) Flight Air Asia KL-Auckland-KL RM1158 (termasuk luggage & makan) Flight Auckland – Christchurch – Auckland beli bln 9 last year dpt RM283, tapi di sebabkan tukar tarikh air asia, so kena beli flight ticket baru dlm RM700++ 5) Detail costs ada dalam gambar.
Di Perlis dan Kedah, ‘nat’ merujuk kepada pasar sehari dan Nat Pokok Getah ini antara pasar yang kerap dikunjungi khususnya warga tempatan.
Tempat ini agak unik berbanding kebanyakan pasar sehari di Malaysia kerana terletak di ladang getah.
Di pasar yang terletak di Jalan Arau-Pauh ini, pengunjung boleh melihat aktiviti masyarakat di sini dan turut menyertai dalam aktiviti jual beli.
Selain aneka makanan yang dimasak panas, di sini juga terdapat barang basah, sayuran, barangan keperluan harian dan macam-macam lagi.
Turut ada dijual ialah buah-buahan, pokok bunga, haiwan peliharaan, alatan tukang, barangan elektrik malah produk-produk terpakai seperti pakaian dan kasut.
Dalam seminggu hanya 2 hari sahaja Nat Pokok Getah ini dibuka iaitu pada hari Jumaat dan Ahad dari pukul 7 pagi hingga 2 petang sahaja.
Jadi kepada anda yang sudah sampai ke Perlis, cubalah singgah sini. Ambil peluang tengok barang rare dan merasa tempat orang berniaga macam-macam. Baru syok jalan-jalan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bentuk muka bumi di Perak memang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti semulajadi. Boleh dikatakan kawasan sekeliling di Perak masih menghijau dan seronok untuk diterokai.
Antara destinasi dan lokasi menarik untuk lakukan aktiviti nature di Perak:
Berkunjunglah ke Gua batu kapur yang menjanjikan pengalaman eksplorasi gua dan riadah yang menyeronokan. Pengunjung bakal menyaksikan dengan jelas keindahan struktur batu-batu kapur yang membentuk lima kebuk gua sejak ribuan tahun dahulu, walau terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengelakkan kepala terlanggar siling batu kapur dan stalaktit yang membentuk jeriji-jeriji batu sepanjang laluan kira-kira dua kilometer tersebut. Di mulut terowong ini, pengunjung dapat merasakan deruan angin yang menerobos masuk membuktikan terdapat satu lagi pintu di hujung gua tersebut.
Gua Tempurung yang dipercayai wujud sejak tahun 8,000 sebelum masihi ini sebenarnya mendapat nama dari rupa bentuknya yang menyerupai tempurung kelapa. Selain menjadi laluan dan tempat persembunyian komunis, gua ini dipercayai telah ditemui terlebih dahulu oleh seorang sami buddha yang menghuni kawasan tersebut sebagai tempat pertapaannya. Jejambat dan tangga yang dibina di dalam gua ini memudahkan pengunjung meneroka dengan selamat.
Taman Negara Royal Belum merupakan khazanah yang tidak ternilai serta mempunyai
unsur-unsur kepelbagaian biologi yang begitu tinggi dan perlu dipelihara untuk generasi
akan datang. Di sini terdapat beberapa keunikan yang menjadi tarikan pelancong antaranya kewujudan habitat haiwan, bunga pakma atau rafflesia, perkampungan
orang asli, pelbagai spesies burung dan aktiviti jungle trekking.
Jika memilih untuk melakukan aktiviti jungle trekking di sini, masa yang diperuntukan oleh juru arah adalah sekitar enam jam perjalanan sahaja. Pengalaman melakukan aktiviti ini pasti meyeronokkan dan padat dengan info mengenai rahsia alam di Royl Belum.
Bagi pengunjung yang mengidamkan sedikit keseronokan dalam percutian mereka, apa kata mencuba aktiviti lasak Whitewater Rafting lagi menyeronokkan di sepanjang Sungai di Perak seperti Sungai Sungkai, Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Keselamatan anda ketika mencuba aktiviti ini tidak perlu diragui, kerana kelengkapan keselamatan telah tersedia seperti pakaian wetsuit penuh, booties, fin dan jaket keselamatan.
Kepada peminat aktiviti Off Road anda boleh mencuba menggunakan laluan yang ada di Perak, iaitu Lasah dan boleh terus memandu sehingga sepanjang jalan melalui Gua Musang di Kelantan serta Cameron Highlands di Pahang. Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, tetapi berminat untuk mencuba aktiviti ini, jangan risau kerana terdapat kemudahan kereta disediakan beserta pakar-pakar pengendali kenderaan ini yang berpengalaman menemani sepanjang pemanduan yang mencabar.
Masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini di Perak ialah semasa musim kering antara Mac hingga Oktober. Tetapi bagi mereka yang ingin lebih cabaran, ada boleh mencuba aktiviti ini pada musim monsun iaitu nulan November hingga Februari.
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...