Lepak Tepi Pantai Boleh Kena Denda RM1000 Ketika PKPB

Share

Walaupun dunia kini diserang dengan pandemik COVID-19 termasuk negara kita, namun merayakan sambutan Syawal masih lagi dapat dirasai apabila kerajaan memberi kebenaran untuk menyambut perayaan tersebut selama satu hari.

Tetapi ada segelintir rakyat Malaysia masih tetap ingin merayakan sambutan Syawal dengan merayakannya 'selama sebulan'. Ada masih mengambil kesempatan melakukan amalan ziarah-menziarahi dan tidak kurang juga bersantai di tepian pantai untuk merakam foto hari raya.

Tahukah kalian, jika bersantai atau lepak di tepi pantai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat boleh diambil tindakan dan didenda RM1000 setiap seorang.




Baru-baru ini ketika umat Islam masih dalam 'mood' bulan Syawal di Pulau Pinang, tindakan melepak sambil menikmati pemandangan laut di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) di Butterworth membawa padah buat 11 individu apabila ditahan.

Kesemua mereka dikompaun RM1,000 selepas didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Mereka terdiri sembilan lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 27 tahun itu ditahan dalam operasi antara 8 malam hingga 10.45 malam. Terdapat lagi individu masih berdegil apabila mereka melepak dan berbual seolah-olah tidak apa berlaku, tetapi perbuatan itu salah.

Operasi itu diadakan selepas polis menerima laporan dan aduan daripada pengguna lebuh raya berkenaan. Tindakan diambil mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. Orang awam diminta menyalurkan maklumat jika ternampak mereka yang tidak patuh dan menjalankan aktiviti terlarang bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Sumber: HMOnline

IKLAN