Setelah membuka Phuket kepada pelancong luar bermula 1 Julai lalu, Thailand akan membuka tiga lagi pulau peranginannnya.
Pulau yang terletak di Surat Thani, selatan Thailang – Koh Samui, Koh Phngan dan Koh Tao kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk.
Seminggu selepas pelancaran ‘Phuket Sandbox’ pada 1 Julai, Thailand kini beralih tumpuan kepada inisiatif ‘Samui Plus’ bakal menyaksikan pelancong antarabangsa dari negara berisiko rendah dan sederhana boleh mengunjungi pulau-pulau berkenaan tanpa menjalani kuarantin 14 hari di hotel.
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan permohonan Sijil Kebenaran Masuk (CoE) untuk ‘Samui Plus’ dijadual dibuka minggu ini.
Gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata, sekurang-kurangnya 1,000 pelancong asing dijangka tiba dan menjana sekitar 100 juta baht untuk 30 hari pertama pembukaan semula.
Program “Samui Plus”
Beliau menjangkakan ketibaan pengunjung adalah lebih sedikit di bawah program ”Samui Plus” kerana pendekatan ini mempunyai lebih banyak sekatan.
“Pulau-pulau itu akan menarik kumpulan pelancong tertentu yang sememangnya suka mengunjungi Koh Samui, untuk merasai pengalaman kesihatan dan kesejahteraan atau mereka yang ingin belajar menyelam,” katanya.
Inisiatif ‘Samui Plus’ sedang menunggu kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA).
Pada 1 Julai, Phuket sudah mula menyambut ketibaan pelancong asing yang lengkap divaksin di bawah projek perintis untuk membuka semula industri pelancongannya yang merudum akibat pandemik Covid-19.
Ads
Dalam lima hari pertama, sejumlah 32 penerbangan masuk dari Eropah, Timur Tengah dan Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, membawa 1,896 pelancong.
Thailand merancang membuka lebih luas pintunya kepada pelancong yang sudah divaksin untuk membantu merancakkan semula industri berkenaan.
Susulan syarat kemasukan yang ketat dan langkah kuarantin tahun lalu, ketibaan pelancong ke negara itu merosot kepada 6.7 juta tahun lalu berbanding hampir 40 juta pada 2019.
Pada 16 Jun, Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand bakal membuka semula pintunya kepada pengunjung lengkap divaksin dalam tempoh 120 hari atau pada pertengahan Oktober.
Di bawah inisiatif ‘Samui Plus’, pelancong asing yang sudah divaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana dikecualikan menjalani kuarantin tetapi harus tinggal di pulau terbabit selama 14 hari sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah lain di negara ini.
Pelancong asing mesti memohon CoE dan membeli insurans perubatan yang merangkumi rawatan Covid-19 dengan kos sehingga US$100,000 serta negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Ads
Perlu Vaksin Sepenuhnya
Selain itu, pelancong asing hendaklah divaksin sepenuhnya dengan vaksin diiktiraf Kementerian Kesihatan Awam Thailand atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh perjalanan.
Pelancong juga mesti menempah dan membayar penginapan hotel di Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan.
Bagi pengunjung yang tiba di Koh Samui, setelah disahkan negatif Covid-19, mereka mesti berada di bilik hotel selama tiga hari pertama, dan hanya dibenarkan meninggalkan bilik untuk ke kawasan yang dibenarkan.
Ads
Hari ke empat hingga tujuh, pelancong boleh melakukan perjalanan mengikut atur cara program lawatan di Koh Samui sahaja.
Pada hari ke lapan hingga ke 14 boleh berjalan-jalan di Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao.
Sekiranya disahkan negatif pada hari ke-15, barulah mereka boleh melancong ke wilayah lain di Thailand
Sudah diketahui ramai, Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan.
Malah ada menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk penggambaran drama atau gambar pra perkahwinan.
Untuk maklumat pengunjung, waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Red House ini pada asalnya dikatakan merupakan tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan itu yang sudah wujud sejak 1879. Jeti di lokasi terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.
Berkesempatan ke Georgetown jangan lupa singgah sebentar di lokasi baru tumpuan ramai ini ya. Elakkan datang ke kawasan ini ketika air laut sedang surut agar anda tidak pulang dengan hampa tanpa dapat membidik foto yang menarik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Tasik Titiwangsa sudah dibuka dengan wajah baru kepada orang awam dan ramai yang sudah menjejakkan kaki ke sini untuk melihat bentuk perubahan yang telah dilakukan.
Selain penambahbaikan fasiliti, ada tarikan lain yang ada di sini. Antaranya:
Lanskapnya di taman tasik ini diserikan dengan tanaman pokok Kemuning yang mempunyai bau wangiannya tersendiri di ‘Maze Garden’.
Pokok air juga ditanam di sepanjang tasik bertujuan menapis air agar menjadi lebih bersih.
Taman permainan dan taman permainan air kanak-kanak menjadi antara ‘wow factor’. Si kecil dialu-alukan untuk mandi-manda di kolam air yang tersedia.
Bagi anda yang suka berbasikal dan joging, trek yang lebih besar dan teratur disediakan.
Jangan lupa mencuba meniti di ‘Canopy Brige’ sambil diselubungi kabus buatan sekaligus menerapkan elemen ‘Forest in the City’.
Berkonsepkan ‘inklusiviti’ taman ini turut dibina sebagai taman mesra OKU, malah ada permainan yang disediakan khas buat kanak-kanak Autistik dan Cerebral Palsy.
Seakan trend apabila ada segelintir mereka yang melancong ke luar negara akan mengambil gambar tiket penerbangan atau buku merah lalu ‘abadikannya’ ke dalam sosial media untuk tontonan ramai.
Terbaru ramai yang mempertikaikan sekumpulan individu warganegara Malaysia yang bangga menayangkan jenis cop yang berjaya dikutip di beberapa negara dalam pasport negara. Apa yang lebih mendukacitakan cop yang ditunjukkan adalah cop bukan rasmi daripada pihak berkuasa. Ia seakan cop suka-suka yang diperolehi untuk dijadikan kenang-kenangan ketika melancong.
Sumber dari wikipedia, pasport menentukan kewarganegaraan, tetapi tidak semestinya kewarganegaraan atau tempat kediaman pemegang pasport. Pemegang pasport biasanya berhak untuk memasuki negara yang mengeluarkan pasport, walaupun sesetengah orang yang berhak mendapat pasport mungkin tidak menjadi warganegara penuh dengan hak tempat tinggal. Pasport adalah dokumen yang mengesahkan identiti dan kewarganegaraan; mempunyai dokumen itu tidak dengan sendirinya memberikan apa-apa hak, seperti perlindungan oleh konsulat negara yang mengeluarkan pasport, walaupun ia mungkin menunjukkan bahawa individu itu mempunyai hak-hak tersebut. Sesetengah pasport membuktikan status sebagai diplomat atau pegawai lain, berhak mendapat hak-hak dan keistimewaan sebagaimana kekebalan daripada penangkapan atau pendakwaan,yang timbul daripada perjanjian antarabangsa.
Pasport Malaysia adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan dikeluarkan atas nama Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Sebagai Rakyat Malaysia anda hanya diberikan kemudahan untuk menggunakan dokumen ini bagi memudahkan sesuatu perjalanan. Bukan suka-suka untuk cap sana dan sini sebagai kenangan. Hanya pegawai imigresen sesebuah negara sahaja ada kuasa untuk menurunkan apa-apa endosment atau catatan. Ini dah boleh anggap pasport rosak dan negara seterusnya boleh tolak kemasukan anda:
Jangan conteng, atau letak apa-apa stamp selain stamp atau visa yg sah dari immigresen sesebuah negara.
Jangan screenshot & dedahkan butiran peribadi passport anda pada public atau tanpa tujuan. Ianya P&C.
Sayangilah passport anda, ianya umpama nyawa anda bila berada diluar negara.
Gambar cop check point ‘Charlie’ di Jerman bukanlah cap imigresen. Anda boleh disiasat dan diambil tindakan menurut peruntukan di bawah Akta Imigresen Dan Akta Pasport.
Ini pula respon dan pendapat netizen mengenai isu cop dan pasport.
.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...