Ada yang rindukan suasana percutian Bali? Atau mungkin impian anda untuk bercuti ke Bali masih tidak kesampaian?
Haaa… cukup dengan menginap di Samaya Villa, puas hati dapat merasa suasana ala Bali itu di sini.
Lepaskan Rindu Suasana Bali di Samaya Villa
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam kawasan villa, tidak mustahil untuk anda terlupa lokasi sebenar percutian yang masih lagi di dalam negara dan bukannya di Bali.
Ads
Ads
Terletak berdekatan dengan Pantai Klebang, dekorasi dalaman villa ini cukup menarik dipandang kerana pemiliknya menggunakan karya seni asli sebagai sebahagian daripada perhiasan dan juga perhiasan mewah lain.
Ads
Bangun pagi daripada rehat yang melegakan di katil yang empuk, anda boleh terus berendam badan di dalam kolam renangnya atau bersantai di ruang taman villa yang penuh dengan kehijauan.
Jadi buat anda yang masih mencari lokasi untuk menginap di sekitar Melaka, boleh cuba tempat ini. Lari dari kebiasaan duduk hotel dan resort, jom!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Untuk anda yang gemarkan kawasan pelancongan yang tenang, damai serta jauh daripada kesibukan bandar, hutan Royal Belum yang terletak di Gerik, Perak ini pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda.
Hutan Royal Belum ini merupakan satu kawasan pelancongan yang terbaik untuk percutian skala besar seperti family gathering atau reunion. Sebab apa? Nanti akan Libur jelaskan di bawah.
Ada dua cara yang akan anda gunakan untuk sampai ke Royal Belum. Yang pertama, melalui jalan darat dan yang keduanya, melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum.
Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan.
Sekiranya anda mahukan house boat yang mewah untuk percutian anda, jangan segan silu untuk mengeluarkan bajet sehingga RM9,000 selama 3 hari 2 malam. Kosnya agak tinggi kan? Tapi jangan risau, house boat itu akan memberikan satu kepuasan terjamin kepada anda dan rombongan.
Cadangan kepada anda yang baru pertama kali ingin merancang trip ke Royal Belum, cukup sekadar anda ambil house boat berharga RM3,000 ke RM4,500 sahaja. Pakej yang ditawarkan dalam julat harga ini sudah cukup untuk memenuhi kesemua kehendak anda sepanjang masa berada di sana.
Setibanya di sana nanti, apa yang anda boleh lakukan? Okay, di sini Libur senaraikan serba sedikit aktiviti-aktiviti yang best untuk anda lakukan apabila sampai di Royal Belum nanti:
Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang mekar. Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu.
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan. Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka sangat menghargainya sumbangan yang diberi.
Tahukah anda apa itu salt lick? Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang diberikan. Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.
Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini. Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat Lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok.
Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, antara yang menarik perhatian orang untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Anda akan kagum dengan binaannya yang mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang. Sambil berehat menikmati ketenangan alam, anda juga boleh mengambil pakej-pakej aktiviti hutan Royal Belum yang tersedia.
Penginapan istimewa di Royal Belum adalah houseboat. Anda boleh memilih tinggal di rumah bot yang berlegar-legar di sekitar sungai. Rumah bot akan memberikan anda satu pengalaman baru dimana anda tidur, makan dan menikmati keindahan sungai belum dari dalam bot yang besar.
Salah satu perkara yang anda wajib cuba apabila menginap di houseboat Royal Belum. Boleh dikatakan semua houseboat Royal Belum akan menunda rakit buluh bersama-sama houseboat mereka untuk kegunaan dan keseronokkan anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini cara bercuti ke Langkawi naik ETS kalau anda tak nak penat memandu. Tahu-tahu dah sampai dan boleh menikmati tempat orang, barulah betul-betul healing!
Biasanya ramai yang berjalan ke Langkawi pergi dengan menaiki kapal terbang, bas atau memandu kenderaan sendiri.
Haaa.. kali ini ada tip mudah untuk anda yang menaiki pengangkutan awam, sesuai kalau mahu berehat sepanjang perjalanan memandangkan memerlukan lebih daripada empat jam untuk pergi ke Langkawi (anggaran kasar jika dari Lembah Klang).
Terdapat sesetengah orang awam juga suka untuk memandu sendiri kerana mempunyai lebih masa untuk menerokai kawasan kepualuan itu.
Namun ini bergantung dengan pilihan sendiri kerana masing-masing mempunyai jadual perjalanan sendiri.
Tetapi bagi mereka yang ingin cuba kelainan dengan menaiki kereta api namun tidak tahu caranya, boleh ikut tip yang dikongsi oleh CEO Travel di Facebook.
Bagi yang tidak mengetahui, kita juga boleh pergi ke Langkawi dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau lebih dikenali dengan Electric Train Service (ETS).
Menurut lelaki tersebut, dia memulakan perjalanannya dari stesen ETS di Kuala Lumpur Sentral susulan ia dekat dengan rumahnya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat pembelian tiket dan disarankan untuk membelinya beberapa hari lebih awal supaya perjalanan lebih teratur.
Kemudian, daftar masuk di ruangan menunggu dan cari petugas yang jaga di kawasan ETS.
Petugas tersebut akan menunjukkan jalan kepada pengembara supaya tidak sesat sampai ke platform yang sepatutnya.
“Trip kali ini akan bermula dari KL Sentral, daftar masuk di ruang menunggu dan kalau nampak salah seorang petugas di situ, ikut sahaja kerana dia akan bawa ke platform destinasi yang ingin dituju.
“Harga tiket untuk pergi ke Langkawi dengan menaiki KTM hanya RM98.50 dan akan diturunkan di Arau,” katanya.
Menurutnya, perjalanan mengambil masa lima jam tetapi kalau rasa lapar dan dahaga tidak perlu risau kerana dalam ETS itu juga ada kafe yang menyediakan makanan dan minuman.
ETS menyediakan tempat duduk yang selesa buat penumpang selain beberapa keperluan yang boleh digunakan sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih dari tiga jam.
“Selepas sampai di Arau, naik van putih untuk pergi ke Terminal Feri Kuala Perlis dan seterusnya naik feri. Perlu bayar RM21 ke Langkawi.
“Feri ke Langkawi ambil masa lebih kurang dalam satu jam,” jelasnya.
Jumlah yang dikeluarkan untuk perjalanan pergi adalah tidak kurang daripada RM130.
Jadi ini pilihan untuk anda sama ada nak naik ETS atau tidak untuk per gi bercuti ke Langkawi, ikut tebal nipis poket dan keselesaan masing-masing.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahun 2020 bagaikan satu permulaan merangka pelbagai hal termasuk melancong, mengembara dan melakukan aktiviti menarik di destinasi dalam Malaysia.
Jika anda antara yang sering melancong sepanjang 2019 atau mungkin masih belum sempat menikmati percutian tahun lalu, tahun ini mungkin akan memberikan anda percutian lebih menyeronokkan dengan melakukan sedikit kelainan ketika bercuti walaupun ketika pandemik. Antaranya melakukan trip perkhemahan keluarga di kawasan tanah tinggi.
Bukit Fraser di Pahang, terletak di Banjaran Titiwangsa. Ia adalah kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk sekiar 17 hingga 24 Celsius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Jangan tidak tahu, Bukit Fraser juga ada kemudahan untuk berkhemah tersedia menanti si pecinta alam.
Frust punya pasal sebab susah sangat nak dapat tapak camping di Sungai Pauh, Cameron Highlands terus cuba nasib camping di Laman Gasing Bukit Fraser, janji nak rasa cuaca sejuk. Search Google, Youtube, FB untuk info pasal tempat ni tapi tak banyak yang orang review, yang ada pun tapak-tapak camping yang percuma macam dekat SmokeHouse dan kawasan-kawasan gazebo di Bukit Fraser yang dibenarkan pacak khemah.
So terus call Pejabat Tourism Pahang tanya untuk booked tapak. Katanya, masih ada lagi tapak yang kosong daripada 15 khemah yang boleh didirikan di sini. Jadi terus booked RM40 untuk semalam. Kita orang ambil dua tapak untuk 2 family. Tapak khemah ni sentiasa berkunci kalau takda orang sewa, bila dah bayar baru staff pejabat tourism akan datang buka kunci pintu.
Asalnya ada group 8 khemah yang booked sekali dengan kita orang tapi last minit cancel, jadinya tinggal kita orang 2 family je. Masa kita orang datang sini masih dalam musim hujan, kata staff sini hujan di Bukit Fraser ni ‘jahat’ sikit (lebat + angin agak kuat maksudnya kot). Lepas peringatan staff tu, kita orang pun ambil keputusan pasang khemah dalam ‘dewan’ gasing sebagai langkah berjaga-jaga, memang betul lah malam tu hujan lebat, at least boleh la berteduh bawah bumbung tanpa guna fly sheet.
Malam di sini waktu kita orang datang memang sejuk, suhu jatuh sampai 18 degree, sejuk dia memang tak boleh bawa bincang. Kawasan khemah sentiasa berkabus je, cakap pun keluar asap dari mulut macam kat obersea lah pulak. Makanan masak je cepat sejuk.
Selain berkhemah, boleh juga naik menara tinjau yang ada dalam kawasan tapak khemah untuk lihat alam semula jadi yang sangat cantik, tapi kena berhati-hati sikit sbb tangganya licin dan sedikit berlumut, kalau kanak-kanak nak naik better ada orang dewasa temankan.
Dekat luar pagar pintu masuk pun ada spot pemandangan bukit yang cantik, boleh juga ambil gambar sini. Waktu ni air terjun Jeriau masih tutup sebab diselanggara, frust sikit.
Kemudahan:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda sudah penat dengan kesibukkan bandar, apa kata kita jalan-jalan dulu, lari sekejap dari kesibukkan bandar dan memberi hati dan minda sedikit ruang...