Penemuan Tengkorak Manusia dan Lukisan Purba oleh Persatuan Mendaki Perlis baru-baru ini merupakan fakta baharu dan data penting kepada pembinaan kronologi sejarah negara yang menjadi bukti kehadiran masyarakat prasejarah dan protosejarah negeri Perlis.
Satu eksplorasi arkeologi telah dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) yang diketuai oleh Pesuruhjaya Warisan, Encik Mohd. Azmi bin Mohd. Yusof bersama-sama Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Mendaki Perlis.
Eksplorasi ini bertujuan melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini tapak di samping menjalankan survei dengan lebih lanjut sebarang kemungkinan jumpaan artifak yang masih belum diterokai oleh penyelidik terdahulu.
Ads
Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat di sekitar gua-gua di Perlis, serpihan rangka dan tengkorak yang dijumpai di Bukit Keteri boleh dianggarkan sekitar 10,000 hingga 5,000 tahun lalu.
Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak penempatan dan pengebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan jumpaan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah.
Kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto-sejarah di mana artifak seperti kalam semah (votive tablet) turut ditemui di kawasan ini.
Ads
Eksplorasi di Gua Semadong pula telah menemukan lukisan gua zaman proto sejarah yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga abad kesepuluh masihi.
Ads
JWN akan menjalankan ekskavasi dan dokumentasi lukisan purba di Gua Semadong serta kerja-kerja penyelamatan tengkorak manusia yang ditemui di Bukit Keteri. JWN juga akan meneruskan eksplorasi secara menyeluruh ke tapak-tapak yang berpotensi sebagai kawasan penyelidikan arkeologi Perlis.
Pesuruhjaya Warisan memohon kepada orang ramai agar mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005) (Akta 645) dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah yang dijumpai di Perlis kepada Pegawai Daerah atau Pesuruhjaya Warisan seperti yang termaktub dalam Seksyen 47 AWK 2005.
Pesuruhjaya Warisan memohon kerjasama Pihak Berkuasa Negeri untuk melindungi tapak tersebut agar kawasan tersebut dipelihara dan dilindungi serta untuk tujuan dan kajian lanjut. Sumber : Jabatan Warisan Negara
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negara terapung pertama dunia yang bakal dibangunkan di Lautan Pasifik menjelang 2022 sudah mula menawarkan mata wang kripto yang akan digunakan untuk membeli hartanah di kawasan unik itu.
Rancangan yang diilhamkan oleh pengasas Paypal, Peter Thiel akan menyaksikan pembinaan bandar dengan 300 buah rumah, hotel, restoran dan pejabat di atas kawasan perairan Lautan Pasifik berhampiran Pulau Tahiti.
Pelabur kini boleh mengambil bahagian dalam pembelian mata wang kripto Vayron yang akan dikeluarkan oleh Seasteading Institute untuk mendapatkan hartanah di kawasan itu. Mata wang kripto diperlukan untuk proses pembelian dan pemilikan hartanah, rumah dan beberapa lagi aset di kawasan itu daripada syarikat Blue Frontiers.
Dana yang diperoleh daripada pelabur akan dibahagikan kepada beberapa aktiviti pembangunan melibatkan reka bentuk kejuruteraan zon laut dan pentadbiran awam. Kerja-kerja pembinaan bandar utopia itu akan bermula sebaik sahaja majlis tandatangan perjanjian dengan kerajaan Polinesia Perancis diadakan.
Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk memberitahu portal Business Insider, selain misi utama untuk membebaskan manusia daripada ahli politik, pasukannya turut memberikan tumpuan kepada fenomena perubahan iklim dalam merealisasikan rancangan pembinaan bandar tersebut. Kumpulan itu kini melihat pembinaan bandar berkenaan sebagai cara hidup baharu ekoran fenomena peningkatan paras laut yang dijangka melebihi 1.83 meter menjelang akhir abad ini.
Jemaah haji dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan minum air yang banyak kerana tahun ini cuaca panas dijangka mencecah 50 darjah Celsius. Selain minum air, jemaah juga diminta tidak terlalu dedah di bawah cuaca panas bagi mengelakkan berlaku strok haba.
Pihak Tabung Haji juga menyediakan khemah di Arafah dan Mina yang dilengkapi pendingin hawa sebagai langkah persediaan dalam menghadapi keadaan tersebut.
Penyediaan Makanan & Minuman Jemaah Haji
Tabung Haji memperkenalkan pembaharuan dalam aspek sajian pemakanan buat jemaah Malaysia yang akan menunaikan fardu haji. Pembaharuan yang dimaksudkan beliau ialah, makanan sedia dimakan atau ‘food ready to eat’ akan diperkenalkan buat 30,200 jemaah haji Malaysia. Kaedah penyediaan ‘food ready to eat’ itu ialah dengan melalui cara dengan makanan diletakkan air panas sebelum dijamah.
Ketika jemaah berada di Mina dan Arafah, sebanyak tiga menu daripada 15 menu makanan seperti nasi beriani dan nasi arab akan disediakan menerusi kaedah ini. Ini merupakan projek perintis kerana setiap tahun di kawasan perkhemahan jemaah, Tabung Haji perlu menggunakan kayu api untuk memasak setiap sajian, tetapi menerusi cara sebegini ia dilihat lebih mudah dan dijamin kualiti serta bersih.
Tip
Bagi yang pertama kali ke tanah suci Madinah, manfaatkan tempoh lapan hari atau 40 waktu solat di masjid. Pastikan anda memerhati keadaan sekeliling Masjid Nabawi bagi mengelak sesat untuk mencari jalan pulang ke hotel penginapan. Walaupun keadaan di Madinah pada awal musim haji ini tidak sesak, elok bergerak secara berkumpulan sekurang-kurangnya berdua. Bawa kad nama hotel sepanjang masa supaya jika sesat, ia boleh digunakan untuk mencari jalan pulang.
Siapa yang ada bela haiwan kesayangan macam kucing di rumah mesti, risaukan nak keluar bercuti lama-lama? Risau takut nanti kucing tu nak makan apa, kucing tu boring ke tak, selamat ke kucing tu dan macam-macam lagi.
Kalau anda nak tahu, itu semua adalah separation anxiety dissorder (SAD) – anda tak boleh nak berpisah dengan sesuatu yang anda sayang dan dalam konteks cerita ini, haiwan kesayangan. Kalau berpisah, lagi-lagi untuk jarak waktu yang lama, anda akan mula resah, gelisah.
Bila dah resah, gelisah dan bermacam-macam lagi hal yang timbul dalam kepala otak tu, macam mana nak enjoy percutian kan? Anda bercuti nak enjoy, bukan nak fikir masalah dekat rumah. Tinggalkan semua benda dekat rumah, fokus dengan trip anda dan havefun.
Jadi, Libur nak share kepada pembaca especially yang bela haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, macam mana nak tinggalkan haiwan kesayangan anda dengan selamat dan anda boleh menikmati saat-saat indah matahari terbenam di ufuk pantai dengan tenang.
Tinggalkan haiwan kesayangan anda kepada pet hotel Gardens Animal Hospital
Hubungi mana-mana pet hotel yang available untuk jaga haiwan kesayangan anda sepanjang masa ketiadaan anda di rumah. Pet hotel ni profesional dalam hal-hal menjaga haiwan kesayangan ni. Makan minum dia terjaga, mandi dia ada orang uruskan dan anda pun tak pening kepala nak memikirkan pasal haiwan kesayangan anda tu. Dalam pet hotel ada ruang tempat untuk haiwan anda bermain dan sebagainya. Tapi kekurangan bila anda hantar haiwan kesayangan ke pet hotel adalah kosnya. Siap sediakan wang secukupnya untuk bayar bil pet hotel bila anda dah balik daripada bercuti nanti.
Tinggalkan haiwan kesayangan anda pada keluarga atau kawan-kawan
Anda juga boleh tinggalkan haiwan kesayangan anda tu pada familymembers atau kawan-kawan anda untuk sementara sehingga anda balik daripada bercuti. Tinggalkan pada familymembers atau kawan-kawan ni mudah tapi mereka ni bukan profesional dalam bab-bab menjaga haiwan ni dan ofcourse mereka pun ada hal lain yang perlu diuruskan seharian. So mungkin haiwan kesayangan anda tidak mendapat perhatian sepenuhnya comparedtopet hotel. Kelebihannya, anda tak adalah perlu keluarkan belanja yang besar, cukup bawa bekal makanan haiwan kesayangan anda itu dari rumah dan tinggalkan di rumah familymembers atau kawan-kawan anda tadi.
Kalau nak tinggal dekat rumah juga, pakai food dispenser
Itu antara dua pilihan yang ada tapi Libur terfikir satu cara lagi kalau anda tak nak tinggalkan haiwan kesayangan anda di pet hotel atau di rumah familymembers atau kawan-kawan. Ideanya adalah pakai fooddispenser dan set kan timing makan haiwan kesayangan anda siap-siap mengikut kesesuaian.
Jadi bila tiba waktu makan, haiwan kesayangan anda boleh makan tepat pada waktunya. Cuma.. Standby bekas najis siap-siap untuk haiwan kesayangan anda membuang. Ada banyak petua daripada geng-geng pencinta kucing tapi yang terbaik kalau kita dapat train haiwan kesayangan kita cara-cara untuk membuang najis supaya taklah bersepah-sepah bila kita balik nanti. Haha.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...