Kemeriahan tahunan dalam festival yang terkenal di seluruh dunia kerana melibatkan keseronokan bermain air tidak akan dilakukan secara besar-besaran tahun ini.

Maaf! Tiada Acara Rasmi Festival Songkran Disambut Tahun Ini Di Thailand

Penganjuran Festival Songkran, yang sering menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk ke ibu negara Thailand khususnya di beberapa lokasi penting, tahun ini hanya akan disambut pada skala yang sangat kecil.

Maaf! Tiada Acara Rasmi Festival Songkran Disambut Tahun Ini Di Thailand

Warga setempat akan menyambutnya secara sendiri tanpa ada penganjuran rasmi. Semua ini kerana pihak berkuasa tidak mahu sambutan tersebut bertembung dengan persiapan pertabalan raja baharu Thailand. Tahun ini, sedikit saja yang akan menyambut Songkran, namun istiadat pertabalan raja akan menjadi acara besar yang akan disertai rakyat Thailand keseluruhannya dan kita semua perlu berkorban.

Saban tahun Thailand menyambut Songkran berdasarkan kiraan takwim tradisionalnya, dari 13 hingga 15 April. Ketika itu, orang awam akan menyimbah air antara satu sama lain di bawah kehangatan sinaran matahari.

IKLAN

Maaf! Tiada Acara Rasmi Festival Songkran Disambut Tahun Ini Di Thailand

Maaf! Tiada Acara Rasmi Festival Songkran Disambut Tahun Ini Di Thailand

Kawasan popular dalam kalangan pelancong iaitu di sekitar jalan Khaosan Road, Bangkok selalunya menyaksikan acara sambutan Songkran yang luar biasa, termasuk penaja-penaja yang menyediakan bekalan air tanpa had dan pelbagai kelengkapan untuk menembak air.

Namun, dengan istiadat rasmi pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mei, sambutan besar-besaran Songkran di Khaosan telah dibatalkan. Satu lagi lokasi yang lazimnya terdapat sambutan meriah, iaitu di Silom Road, juga tiada penganjuran pada tahun ini.

IKLAN

Majlis bandar raya juga telah mengeluarkan arahan tentang pembatalan penganjuran di dua lokasi utama itu, termasuk peringatan supaya mereka yang masih mahu menyambutnya secara bersendiri, agar tidak boleh menggunakan pistol air tekanan tinggi, mengambil minuman keras, mahupun mengadakan persembahan hiburan umum.

Maaf! Tiada Acara Rasmi Festival Songkran Disambut Tahun Ini Di Thailand

Pembatalan penganjuran rasmi itu disahkan oleh kumpulan-kumpulan perniagaan yang sering memberi penajaan dalam festival itu.

IKLAN

“Pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk istiadat pertabalan itu dan kami terletak di tengah-tengah kawasan utama di Bangkok. Jika kami meneruskan festival itu, ia akan menimbulkan kekecohan,” ujar Pengerusi Persatuan Peniaga Khaosan Road, Piyabutr Jiwaramonaikun.

Kedai-kedai akan meneruskan operasi seperti biasa namun mereka tidak akan memberikan bekalan air percuma dan serbuk warna seperti selalu. Para pelancong dan warga tempatan bagaimanapun masih boleh menyambut Songkran secara kecil-kecilan, namun peniaga-peniaga tempatan tidak akan menganjurkan sebarang acara besar.

Maaf! Tiada Acara Rasmi Festival Songkran Disambut Tahun Ini Di Thailand

Pihak berkuasa Bangkok telah menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan, termasuk membaik pulih jalan raya dan kawasan siar kaki, mengecat bangunan dan mengemas kini kabel elektrik.

Sumber: Astro Awani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI