Majoriti Rakyat Malaysia ‘Impikan’ Rentas Negeri Dilonggarkan. Rindu Nak Jalan Jauh Dah

Share

Rindu nak balik jumpa keluarga di kampung, rindu nak singgah di destinasi menarik ada di Malaysia, rindu nak rasa jalan jauh.

Itu antara perkara yang ingin dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia jika dapat merentas negeri setelah hampir tiga bulan tidak dibenarkan berbuat demikian. Ia susulan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan disebabkan penularan pandemik COVID-19 di negara.

Majoriti rakyat Malaysia berharap pergerakan rentas negeri akan dilonggarkan semula selepas 9 Jun ini berdasarkan pungutan suara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram beberapa hari lalu yang mendapati orang ramai mahu supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula. Ini kerana, daripada lapan pilihan peraturan yang diberikan, kebenaran rentas negeri paling banyak mendapat jumlah undian iaitu 64 peratus daripada lebih 222,500 responden.

  • Diikuti dengan aktiviti keagamaan yang mana sebanyak 57 peratus membuat pilihan supaya larangan melakukan aktiviti keagamaan dibenarkan semula.
  • Manakala aktiviti pendidikan juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang mana sebanyak 35 peratus memilih agar sektor pendidikan beroperasi semula seperti biasa selepas 9 Jun kelak.
  • Untuk pilihan jawapan perniagaan tanpa premis iaitu melibatkan penjaja, pasar minggu, pasar tani, pasar malam, sebanyak 34 peratus memilih supaya ia dibenarkan semula.
  • Perkhidmatan gunting rambut juga memperoleh 34 peratus jumlah undian dan ia merupakan pilihan kelima tertinggi dalam peraturan yang ingin dilonggarkan oleh rakyat Malaysia.
  • Dalam pada itu, aktiviti hiburan dan riadah seperti panggung wayang, karaoke, muzium, taman tema meraih sebanyak 12 peratus.
  • Ia diikuti dengan aktiviti seni kreatif iaitu melibatkan penggambaran, rakaman filem, drama dan dokumentari yang mana hanya mendapat 10 peratus undian yang berkemungkinan melibatkan pemain industri penggambaran.
  • Terakhir sekali yang paling mendapat jumlah undian sedikit dalam pungutan suara MKN itu ialah aktiviti perjudian yang mana cuma sebanyak tiga peratus sahaja dikumpulkan.

Sumber: astroawani

IKLAN