Ada ramai yang kongsikan gambar sistem pejalan kaki automatik di Melaka ketika ini.
Menerusi perkongsian daripada laman sosial Melaka Daily , ini adalah salah satu projek inovatif dan kreativiti yang mengabungkan Teknologi WPD (Wireless Pedestrian Detection) + Infrared + Traffic Light bagi mengantikan sistem 'Push Button'. Kaedah ini turut digunakan di negara maju lain.
Anda boleh melihat lintasan yang dipaternkan seakan belang kuda belang di kawasan penjalan kaki di Jalan Meredeka antara Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan yang sudah mula digunakan dan masih dalam tempoh percubaan.
Insiatif itu dilakukan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya khususnya pemandu dan penunggang motosikal supaya berhati-hati dan fokus dengan garisan lintasan berkenaan.
Ads
Diharap pengguna jalan kaki lebih peka untuk melintas jalan raya di kawasan yang selamat dan dibenarkan selepas ini ya!
Ada rakyat Malaysia mungkin masih memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19.
Kenyataan daripada ‘orang asing’ ini mungkin dapat membuka mata anda. Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COVID-19 di akaun Facebooknya. Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.
“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun. Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak. Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.
Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dan turut mengundang sebak dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.
Jika ke Terengganu kalau tidak singgah ke Pasar Payang memang tidak lengkap kunjungan anda itu. Pelbagai barangan jualan produk popular di Terengganu boleh anda dapatkan di bangunan dua tingakt ini termasuk kain batik, sutera dan songket. Manakala di aras bawah mempunyai gerai menjual barangan basah serta pelbagai rempah ratus dan barang kemas.
Menjadi ikon Terengganu sejak tahun 1968, lokasi pasar ini terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Terengganu dan pinggir Sungai Terengganu. Pasar Payang berada pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1980-an, sehingga berjaya menarik pelancong dari dalam serta luar negeri. Pasar ini beroperasi setiap hari seawal 7 pagi hingga 6 petang.
Terkini, dikatakan wajah Pasar Payang akan diubah, apabila kerajaan negeri memutuskan merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu, untuk digantikan dengan pasar lebih moden, selesa dan mesra pengunjung, bermula April ini.
Kesemua peniaga sudah diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu, yang menelan belanja RM50 juta dijangka siap dua tahun lagi.
Pasar ini tentunya meninggalkan pelbagai memori terutamanya, bagi peniaga asal di situ. Sebelum adanya kompleks pasar seperti hari ini, Pasar Payang hanya terdiri dari deretan kedai kecil yang menjual barang keperluan dan di satu sudut lain diisi oleh beberapa peniaga sayur serta buah-buahan.
Pada 1964 barulah ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan. Nama Kedai Payang pula dikekalkan bagi memelihara sejarah tempat asal itu sendiri. Pasar Payang dirasmikan Sultan Terengganu ke-16 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah 31 Ogos 1968 yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong keempat.
Nama Pasar Payang diambil sempena ‘perahu payang’ yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri itu, dan pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu dan dinaik taraf pada 1968.
Sumber: Bernama Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terminal Bas Larkin Sentral di negeri Johor telah kembali beroperasi secara berperingkat sejak awal minggu ini selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terminal bas ini beroperasi semula untuk menampung keperluan pengguna bas yang dijangka meningkat memandangkan sebahagian besar masyarakat sudah mula bekerja serta ingin pulang semula ke rumah masing-masing selepas terkandas di kampung halaman mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pengoperasian semula itu bagaimanapun tidak melibatkan bas rentas sempadan antara Johor dan Singapura.
Semasa PKP fasa 1 hingga 3 dikuatkuasakan sebelum ini, operasi perkhidmatan bas ekspres di sini telah turun sehingga 99.2 peratus dengan hanya dua hingga tiga perjalanan sahaja sehari berbanding 350 trip sehari pada hari biasa. Situasi sama turut berlaku ke atas bas bandar dengan penurunan hampir 97 peratus iaitu hanya 30 perjalanan sahaja berbanding 350 trip sehari (hari biasa) manakala bas rentas sempadan pula diberhentikan operasi.
Dijangkakan berlaku peningkatan perjalanan bas bandar kepada 50 peratus atau bersamaan dengan 180 trip sehari dan bas ekspres meningkat kepada 100 perjalanan sehari.
Meskipun jumlah perjalanan bas ekspres akan meningkat, pengguna masih perlu mengemukakan dokumen seperti surat kebenaran pergerakan, surat kematian, surat pemeriksaan kesihatan dan surat majikan, sebelum dibenarkan membeli tiket. Pengguna juga boleh menunjukkan bukti pendaftaran melalui aplikasi Gerak Malaysia. Tempahan tiket bagi tujuan balik hari raya adalah tidak dibenarkan seperti diarahkan Majlis Keselamatan Negara.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...