
Bila sebut sawah padi, pasti terbayangkan negeri di utara terutama Kedah yang mendapat julukan negeri Jelapang Padi. Tiupan angin yang sepoi bahasa, ditambah saat padi menguning, suasana ini pastinya menggamit suasana indah yang sukar dilupakan.
Jika sebahagian rindukan suasana nyaman sawah padi, di Jepun lebih advance kerana petani menanam padi berlainan warna hingga menjadi hasil hasil seni yang amat unik dan menjadi tumpuan pelancong ke daerah Gyoda, Saitama. Lebih membanggakan hasil seni di Rice Paddy Art ini diiktiraf sebagai World Largest Rice Paddy Art Oleh Guiness World Record.
Baca perkongsian Zunita Ramli dalam “CatatanZunitaDiJepun” yang dirinya banyak berkongsi info menarik dari negara ini.
Pernah tengok sawah padi berwarna-warni?
Rice Paddy Art atau disebut sebagai “tambo āto” adalah seni sawah padi yang berasal dari Jepun di mana beberapa jenis padi yang berlainan warna ditanam untuk membentuk corak dan imej tertentu.
Dekat Jepun, ada lebih 100 lokasi tawarkan Rice Paddy Art dan yang paling besar ada di Gyoda, Saitama. Dengan keluasan 27,000 meter persegi, lokasi ni dinobatkan sebagai “World Largest Rice Paddy Art” oleh Guinness World Record. Memang besar lah. Hehe.
Yang menarik pasal padi dekat Gyoda ni, ia ditanam secara sukarela (volunteer) oleh orang situ tau, sebab diorang nak promosikan Gyoda kepada pelancong luar.
Tapi seni padi ini ada masa musim panas je lah, dan masa paling cantik (peak) untuk tengok Rice Paddy Art ni pada bulan September, kalau di Gyoda.
.
#CatatanZunitaDiJepun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari-hari Boleh Makan Nasi Kandar Penang, AirAsia Bawa Hidangan Terus Ke Lembah Klang, Cas Penghantaran Dari RM5.99 Je!

Ada masanya teringin sangat nak makan juadah dari Penang yang memang terkenal Sebagai syurga makanan. Nasi kandar Hameediyah, Mi Goreng Sotong Hameed Pata, jeruk Pak Ali antara yang sering menjadi pilihan pengunjung ke Pulau Mutiara ini.
Tapi kekangan masa dan faktor jarak yang agak jauh menyukarkan kita untuk realisasikan hidangan tersebut. Namun jangan risau kena ada berita baik untuk korang yang berada di Lembah Klang, platform penghantaran makanan airasia Super App bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati juadah terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu.
Pilihan makanan termasuk pilihan menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.

Dimasak segar dan dihantar terus ke Lembah Klang
Semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu, dengan caj penghantaran berpatutan hanya RM5.99 setiap pesanan.
Tempahan akan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan.
Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran mereka sehingga 30 hari lebih awal.

Ketua Serantau airasia food, Tan Suan Sear, berkata Malaysia terkenal dengan kepelbagaian juadah makanannya yang digemari dunia dan ada yang sanggup untuk merantau jauh untuk memenuhi keinginan mereka.
“Kami berhasrat untuk memenuhi keinginan anda dengan mudah sehingga ke hadapan pintu rumah dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar ini.
“Sebagai sebuah platform penghantaran makanan yang berada dalam ekosistem yang sama dengan rangkaian penerbangan luas AirAsia, kami berbangga untuk memperkenalkan sesuatu yang unik dalam industri penghantaran makanan iaitu membawa hidangan dari seluruh dunia kepada anda.

“Selain itu, matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan memanfaatkan ekosistem airasia untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memperluas khidmat penghantaran ke luar negeri kerana mereka dapat mempromosikan produk mereka kepada jutaan pengguna aktif airasia Super App di seluruh rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.
So lepas ni kalau craving je boleh terus order kat airasia Super App ni. Barulah surrrrr!
Sumber: BH Online
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Kongsi Keistimewaan Masjid Al-Aqsa Yang Jadi Rebutan & Ini Perlu Dilakukan Nak Masuk Palestin

Sekarang ini satu dunia sedang menyaksikan kekejaman tentera Regim Zionis di Palestin yang membedil rakyat di sana dengan senjata merbahaya tanpa belas kasihan.
Namun penduduk Palestin di sana tidak gentar, malah sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat solat pertama bagi umat Islam.
Perkongsian di grup Backpackers Buddies Malaysia, Nora Othman berkongsi keindahan Masjid Al-Aqsa ini dan memberitahu perkara yang perlu diketahui ketika masuk ke Palestin.
Bila kita menyebut tentang israk mik’raj mesti teringat perjalanan nabi Muhammad SAW ke 7 pertapa langit menemui tuhan dan menyaksikan kejadian2 disetiap lapisan langit Seventh Heaven.
Dari Al Haram di Mekah nabi bergerak ke Al Aqsa di Palestine menaiki buraq. Sedikit perkongsian tentang Al Aqsa, Baitul Maqdis.
Masjid Dome of The Rock dikenali sebagai Masjid As-Sakhrah terletak dalam kompleks Al-Aqsa sering ditonjolkan. Al Aqsa adalah kompleks yg mengandungi
5 buah masjid;
1. Masjid Qibli – yg paling depan sekali mengadap kiblat.
2. Masjid Dome of The Rock
3. Masjid Buraq
4. Masjid Marwani
5. Old Al Aqsa mesjid.
(Masjid 1 dan 2 terletak di atas manakala 3, 4 and 5 terletak di bawah tanah. (underground).
Apabila tiba di Palestine, nabi mengikat buraqnya di tempat pengikat seperti gelang tapak kuda. Maka masjid itu dinamakan masjid Buraq.
Ikuti penerangan di gambar nanti.
























Perkara yang perlu diketahui ketika masuk ke Palestine.
1. Bukan semua tetamu dijanjikan visa kemasukkan. Ada satu atau dua yang kena reject juga contoh social activist dan doktor. Jadi berdoalah banyak-banyak dan solat hajat. Majoriti dapat visa masuk jangan risau.
2. Jangan sibuk nak keluar kamera sepanjang perjalanan ke immigration. Simpan kamera kalau tidak mahu dirampas.Kalau disuruh delete gambar saja dah beruntung itu.
3. Jangan berlagak pandai, lagak biasa sahaja kalau pandai bahasa Inggeris pun cakap sikit2 sahaja. Jangan sekali-sekali nak peramah-peramah.
4. Pakailah pakaian biasa sahaja, janganlah berjubah-jubah sangat. Kopiah simpan dulu ya untuk menyenangkan perjalanan nanti. Sudah dapat masuk nanti pakailah apa yang suka.
5. Bersedia untuk sengaja ditahan tanpa sepatah bicara. Saja jer nak buat susahkan kita. Jadi tenang dan duduk saja diam-diam sampai immigration officer lepaskan. Jangan sekali-sekali bercakap. Jawab apa yg ditanya sahaja.
6. Tenang saja mereka ni muka lawa handsome tapi serius, masam dan tegas dengan senapang bagai. Apatah lagi dengan yang Islam. Kalau agama lain senang sahaja dilepaskannya.(Berlaku tetapi tak selalu ya, jangan panik tapi bersedia).
7. Jangan bawa USD melebihi 300.00 nanti dia ingat kita nak bantu menderma penduduk sana.
8. Orang muda selalu banyak kena soal, passportnya akan ditanda dikuatiri sosial aktivis lah bagai yang penting tenang, tenang saja.
9. Yang sudah lepas duduk diluar sambil menunggu yang belum lepas. Bacalah dua’ banyak-banyak semoga Allah mempermudahkan perjalanan.
10. Sudah lepas yeahh heaven!
Artikel Berkaitan:
Gua Wonderweck, Di Afrika Selatan Dikenal Pasti Rumah Tertua Di Dunia Berusia 2 Juta Tahun
Hounon Ridge Farmstay Bundu Tuhan Destinasi ‘Hidden Gem’ Di Sabah, Miliki View Macam Di New Zealand
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lama Tidak Dikunjungi Pelancong, Cameron Highland Kini Sejuk & Berkabus. Suhu Cecah 17 Darjah Celcius!

Sebelum berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda bukan saja negara kita, tetapi seluruh dunia, pusat peranginan Cameron Highland jadi destinasi paling popular dikunjungi pelancong.
Faktor jarak yang dekat ditambah dengan cuaca sejuk menjadikan tanah tinggi terletak di negeri Pahang ini dijadikan pilihan membawa keluarga beriadah di sini.
Namun setelah beberapa bulan tidak menerima kunjungan pelancong, Cameron Highland kini dikatakan semakin sejuk dan berkabus.
Melalui perkongsian beberapa pengguna Facebook, kawasan tanah tinggi itu dilitupi kabus tebal.
Malah suhu persekitaran juga serendah 17°Celcius menjadikan suasana sekeliling kedinginan. Penduduk tempatan menyifatkan kesejukan dirasai ‘hingga ke tulang.’
Perkongsian foto sekitar tanah tinggi itu menggamit memori warganet. Malah rata-rata berpendapat keadaan Cameron Highlands yang kembali sejuk dan berkabus adalah susulan daripada kurangnya pengunjung ke sana.

“17°c huhuhu…sejuk sampai tulang gaisss rasanya”
“Bestnya sejuk n nyaman.. Rindu CH”
“Wah sejuk mcm kat overseas”
“Covid membuatkan alam membersihkan diri, suasana segar kembali. Hutan kembali menghijau dan udara bersih tanpa asap kenderaan.”
Malah ada juga yang meluahkan kerinduan untuk mengunjungi tanah tinggi itu.
“Bila lagi dapat ke sini, rindu pula untuk berada di tempat sejuk.”
“Harap negara kita bebas Covid-19 secepat mungkin, lepas itu boleh pergi Cameron Highland.”
“Rindunya suasana Cameron Highland.”
“Ahhh rindu nya rindu CH ,,, rindu nk jenguk² family kat sna
“Best nyaaa cameron , habis covid nak p sini”
Pasti ramai yang tidak sabar untuk datang ke sini. Selain menikmati cuaca sejuk seperti berada di luar negara, kita juga akan terbayang kesedpaan buah strawberi segar dan menghirup teh sambil melayan kelazatan scone untuk minum petang.
KREDIT FOTO: FACEBOOK GAMBAR MENARIK CAMERON HIGHLAND
Artikel Berkaitan:
Kisah Kehilangan Misteri Pada 1967. Satu Dunia Kenal Nama Cameron Highlands!
Naik ‘Belon Udara Panas’ Tarikan Terbaru Di Cameron Highlands. Boleh Tengok View Ladang Teh!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI