Sambutan ulang tahun ke lima Warisan Arkeologi terhadap Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ditambah lagi dengan penguguman baru Kementerian Pelancongan & Kebudayaan untuk memberi status Tapak Warisan Dunia Unesco kepada 3 lagi tempat di Malaysia.
Chief Nazri Abdul Aziz, menyenaraikan Taman Negara Royal Belum di Gerik, Perak, Rij Kuarza Gombak, Selangor dan Forest Research Institute of Malaysia, kawasan hutan simpan.
Kementerian itu telah menghantar tentatif senarai dokumen lengkap 3 kawasan ini ke UNESCO.
Ads
Nazri berkata kementeriannya sentiasa memperjuangkan pengiktirafan warisan sejarah Malaysia termasuk dokumen dan manuskrip lama. “Kitab Tib Ilmu Bedil” atau Buku Senjata Tradisional Orang Melayu mendapat pengiktirafan pada 2016 dari Memory of the World Committee for Asia and the Pacific yang berpengkalan di Korea Selatan.
Ads
Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan pada Mac bagi kategori warisan budaya untuk diiktiraf Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage.
Ads
Pencalonan tersebut ialah Perayaan Wangkang, Dondang Sayang dan Pantun. Keputusan akan diketahui pada November tahun hadapan.
Sejak kelonggaran untuk memasuki Thailand diumumkan, ramai yang tak lepaskan peluang untuk masuk ke negara tersebut terutamanya ke Hat Yai yang lokasinya tidak jauh dari sempadan Malaysia iaitu Padang Besar.
Sejak dilanda pandemik Covid-19 memang banyak yang terkesan, justeru banyak lagi perkhidmatan dan juga kedai yang masih belum beroperasi di sana.
Memandangkan perkhidmatan keretapi dan juga van dari Padang Besar ke Hat Yai masih lagi belum beroperasi, Muhamad Fadzil Hassan ada berkongsi cara mudah untuk mendapatkan transport untuk yang ingin bercuti ke sana.
Ikuti Perkongsiannnya:
Salam…hari ini aku nak share pengalaman aku ke Hatyai naik public transport dari KTM Padang Besar(Malaysia)…Kalau hampa nak tau train & van ke Hatyai masih belum beroperasi…
1)Sampai di KTM Padang Besar amik teksi yang boleh bawa hampa ke Immigresen Malaysia…kat sini hampa cop pasport drive thru ok(hg igt mcd ja ada drive thru
2)Teksi akan bawa hampa sampai ke gate depan Immigresen Thailand.Kat sini mnta tlg sesiap driver teksi tuu call kwn depa blah Thailand sbb da settle cop pasport nti ada org yg akan bawa kita ke minivan station Padang Besar belah Thailand utk ke Hatyai.Total hangus kat sini Rm20.
3)Da settle cop pasport belah Immigresen Thailand nanti ampa cari orang yang akan bawa hampa p minivan station kat Padang Besar(Thailand).Kos dari Immi Thailand ke Minivan Station Padang Besar(Thailand)Rm5.
4)Van kat Minivan Station Padang Besar(Thailand) ke Hatyai akan berhenti kat Hatyai Bus Station Terminal 1.Pastu ampa nk p mna2 kat Hatyai nii ampa naik la tuktuk ka motor teksi ka ikut suka hampa la…Lupa nak hbaq Padang Besar(Thailand) ke Hatyai 60 baht..
– Van Padang Besar(Thailand) ke Hatyai dia start koi 7 AM-7PM(waktu Thai).
– Van jalan bila penuh tp jgn rsau cpat ja pnuh.
– Hatyai Bus Station Terminal 1 nii dekat ja ngn Central Festival Mall,Asean Night Bazaar,Greenway Night Market..jln kaki lam 10-20 minit da sampai..
– Hatyai Bus Station Terminal 1 nii jugak ampa boleh beli tiket bas nak p tempat lain kat Thailand cth Krabi & Phuket..
Harap2 perkongsian nii dapatla bagi ampa gambaran camna nk ke Hatyai ok
Nak tahu lebih lanjut boleh tengok video yang turut disertakan dalam posting Muhamad Fadzil kat sini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
AirAisa kini melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
April lalu, menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak COVID-19. Sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif. Walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes.
“Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini,” katanya dalam satu kenyataan bulan April di Facebook rasmi AirAsia.
Sudah menjadi ‘trend’ hari ini, ramai yang ingin melancong tetapi tidak mahu bekerja untuk dapatkan dana atau duit belanja untuk tujuan itu. Jika hidup anda memang diperlukan untuk melancong dan menerima bayaran tertentu, maka ia tidak menjadi masalah. Tetapi kini ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong dengan cara meminta derma atas tujuan tertentu yang kemungkinan tidak wujud pun.
Di Malaysia sendiri, ramai pelancong asing mengambil kesempatan meminta derma dengan duduk di kaki lima semata-mata untuk dapatkan wang perbelanjaan meneruskan percutian ke negara seterusnya. Sedangkan orang lain perlu bekerja dan mengumpul duit wang saku semata-mata untuk bercuti ke negara idaman mereka.
Ini yang berlaku di Jerman, apabila sepasang suami isteri dikritik selepas tular kerana meminta orang ramai membiayai percutian mereka yang dianggarkan berharga €10,108 (RM47,165). Pasangan ini meminta orang ramai untuk membiayai pengembaraan berbasikal dari Jerman ke Afrika bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang penyakit mental.
A post shared by CAT AND ELENA (@another_beautiful_day_official) on
Namun, tidak dapat dipastikan apakah relevannya menyalurkan sumbangan untuk misi kesihatan mental dengan kegemaran mereka yang sememangnya suka melancong.
Bercakap tentang motif pengembaraan berbasikal itu, seorang pengguna laman sosial telah meninggalkan komen dan disokong ramai wargamaya.
‘Saya menyukai kamu berdua dan mengikuti laman Instagram kamu tetapi saya tidak faham bagaimana misi berbasikal anda boleh membantu mereka yang menghidap masalah mental, sama seperti yang saya alami.’
Pasangan suami isteri itu menubuhkan sebuah tabung derma awam di laman GoFundMe dan memberitahu, usaha untuk mendapatkan pekerjaan bukan pilihan buat mereka kerana tidak banyak bidang yang layak diceburi.
A post shared by CAT AND ELENA (@another_beautiful_day_official) on
Catalin Onc dan isterinya, Elena Engelhardt berumur 20an, tinggal di rumah ibu lelaki tersebut. Ibu Catalin dikatakan terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menanggung anak dan menantunya.
Bercakap di laman sosial pasangan ini, Catalin mengaku ibunya melakukan beberapa pekerja untuk menyara mereka dan itu mengundang ‘jelikan’ netizen. Kedua-dua pasangan suami isteri muda ini mempunyai aktiviti kegemaran yang memerlukan perbelanjaan wang yang besar, namum mereka tidak mahu bekerja.
‘Pada ketika ini, ibu saya membiayai kehidupan kami. Dia melakukan dua pekerjaan dan tidak memiliki wang simpanan yang banyak untuk diri sendiri. Kami tidak meminta wangnya tetapi dia gembira kerana dapat membantu kami,’ kata Catalin.
A post shared by CAT AND ELENA (@another_beautiful_day_official) on
Catalin dan Elena berkata, mereka sebenarnya boleh hidup mewah dengan menjadi model tetapi menolak berbuat demikian kerana tidak menyokong fahaman konsumerisme.
Sebaliknya, kedua-duanya meminta 34,000 pengikut laman Instagram mereka supaya menyalurkan derma bagi membiayai pengembaraan tersebut. Setakat ini, pasangan itu telah mengumpulkan sebanyak €202 (RM943).