Berita

Malaysia Dalam Senarai Top 20 Lokasi Instagram Paling Cantik Di Dunia?

Share

Tak sangka betul Malaysia tersenarai dalam carta lokasi terbaik untuk Instagram bila menduduki tangga ke-17, meninggalkan 33 negara yang lain di bawah. Anda nak tahu satu benda yang lebih membanggakan tak?

Malaysia berada di tangga yang lebih tinggi berbanding Greece, Norway, Sweden dan Switzerland!

Sweden, Switzerland dan yang lain-lain tu kita tahu, di sana ada bersepah gunung-ganang, lembah, dan tasik yang

majestic, but still Malaysia masih mampu berada di tangga teratas. Bangga weyh!

Survey ini dilakukan oleh Big Seven Travel terhadap 50 buah negara melalui sistem
berdasarkan penilaian menganalisis jumlah hashtags setiap destinasi pelancongan, survey pembaca Big Seven Media dan

polling yang dilancarkan oleh travel expert.

FYI, Big Seven Travel ni adalah satu channel travel yang quite popular, so yeah, mereka la yang jalankan survey tentang perkara ni.

Selain daripada Malaysia, antara negara Asia yang turut tersenarai adalah Indonesia (tempat ke-4), Singapura (tempat ke-10), Thailand (tempat ke-14) dan Jepun (tempat ke-15).

So mana yang rasa nak gambar Instagram lawa-lawa, tak payah pergi jauh. Jom bercuti dalam Malaysia je dulu.

IKLAN