Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan.
Pengisytiharan berkenaan adalah seiring dengan pengiktirafan pensijilan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Ia menjadikan masjid berkenaan sebagai premis kedua di Johor yang diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet..
Selain tempat beribadat untuk umat Islam, Masjid Sultan Iskandar juga berperanan sebagai medium bagi menyampaikan keindahan dan kefahaman syiar Islam dengan lebih mendalam khususnya kepada masyarakat Islam dan juga bukan Islam.
Ads
Ads
Ads
Bersempena dengan pengiktirafan masjid pelancongan ini juga, Masjid Sultan Iskandar turut menyediakan fasiliti Galeri An-Nur yang mempamerkan bahan mengenai agama Islam selain sebuah bilik teater bagi memberikan kepuasan maksimum kepada pengunjung-pengunjung untuk mendalami konsep-konsep Islamiah.
Bagi memantapkan lagi tadbir urus masjid secara profesional pula, pengurusan masjid ini mengambil inisiatif dengan membariskan petugas-petugas masjid selaku pemandu pelancong bagi memberikan pendedahan kepada pengunjung dan pelancong yang hadir sebagai platform interaksi dua hala seperti sesi soal jawab, demonstrasi dan sebagainya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika anda berada di Pulau Pinang, anda pasti dapat melihat kelibat ikon bangunan tinggi KOMTAR bertukar berwarna.
Cahaya lampu berwarna merah menerangi bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa semua jururawat di atas pengorbanan mereka membantu menangani penularan pandemik COVID-19.
Kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Pemilihan warna merah melambangkan keberanian yang dimiliki oleh para jururawat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab meskipun negara kini berhadapan dengan detik yang sukar akibat ancaman COVID-19.
Warna merah juga melambangkan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan serta warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 itu. Bangunan ikonik negeri Pulau Pinang itu dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Chefchaouen adalah bandar yang wajib untuk dilawati di Morocco kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat menarik seperti Atlas Mountains, Ait Ben Haddou, dan Ourika Valley. Selain itu, Chefchaouen juga boleh dikatakan sebuah bandar yang mesra kepada pelancong yang datang ke Morocco.
Bandar biru Chefchaouen ini adalah salah satu bandar yang terkenal di dunia, malah ianya adalah bandar yang paling berbaloi dikunjungi sekiranya anda tiba ke Morocco
Chefchaouen atau Chaouen adalah bandar yang romantik dan tercantik di bumi Morocco. Bandar yang terletak di utara Morocco ini amat berbeza berbanding tempat-tempat lain di sana. Dengan faktor lokasinya yang terletak di wilayah utara, suhu di sini sentiasa sejuk walaupun berada dalam musim panas. Ini berikutan bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi ini tersembunyi beratus meter di atas pergunungan dan kerap ditiupi angin yang mendinginkan.
Kenapa Chefchaouen boleh jadi begitu biru?
Tak ada satu pun penjelasan yang logik macam mana Chefchaouen boleh bertukar menjadi begitu biru seumpama ini. Nak kata ianya menjadi perkampungan The Smurfs, tak pula. Nak kata berlakunya letupan kilang cat, lagi la tidak.
Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya biru yang ada di Chefchaouen sehingga ianya menjadi begitu popular, tapi kebanyakkan orang percaya biru yang ada di Chefchaouen ini datangnya daripada pelarian Yahudi yang tiba di Chefchaouen pada kurun ke-15.
Warna biru ini dianggap sebagai simbol ‘syurga’ oleh mereka pada waktu itu dan warna biru ini dikatakan mampu untuk menghindari nyamuk. Nyamuk yang menjengkelkan ini dianggap tidak suka dengan warna biru. Hmm.. Tak tahu la betul ke tak. Hahaha..
Bagaimana anda boleh ke Chefchaouen?
Chefchaouen terletak agak jauh berbanding tempat-tempat lain di Morocco. Anda memerlukan sedikit kesabaran sekiranya ingin berkunjung ke sini. Sama ada anda boleh sampai ke sini dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi atau anda boleh memandu kereta sewa. Trip anda ke Chefchaouen akan bermula dari Fez atau Tangier.
Pengangkutan dan pemandu pelancong boleh didapati di Fez atau Tangier. Sebaiknya anda memilih pakej tour yang ada di sana kerana untuk DIY, takut kekosongan bas terhad dan teksi telah habis ditempah atau tidak mahu untuk memandu ke Chefchaouen.
Jadi sebaiknya anda pilih sahaja mana-mana pakej tour ke Chefchaouen yang ditawarkan di Fez atau Tangier.
Apa yang anda boleh buat di Chefchaouen?
Well, ada banyak aktiviti sebenarnya yang anda boleh buat di sini seperti:
Melawat Plaza Uta el-Hammam
Plaza Uta el-Hammam adalah pusat kepada Chefchaouen. Pada waktu siang, plaza ini agak membosankan dan sunyi. Untuk pengetahuan anda, pengaruh Sepanyol dan Arab telah tersebar luas di seluruh kawasan ini. Pengaruh ini bukan sahaja dapat dilihat di luar bangunan yang terdapat di kawasan plaza, malah hidangan makanan di restoran yang terdapat di sini turut mempunyai sentuhan Sepanyol dan juga Arab. Plaza Uta el-Hammam ini sesuai untuk aktiviti santai atau melihat warga tempatan.
Melawat Masjid Besar
Di Plaza Uta el-Hammam, anda juga akan melihat sebuah masjid besar. Masjid yang indah ini juga mempunyai sebuah menara tinggi yang digunakan oleh juruazan untuk memanggil orang solat lima kali sehari. Sudah tentu, sebagai orang bukan Islam, anda tidak boleh masuk, tetapi tiada siapa yang menghalang anda daripada mengintip melalui pintu depan untuk melihat ritual muslim di sana.
Air Terjun Akchour
The Cascades d’Akchour tidak berada di Chefchaouen, tetapi air terjun ini terletak berhampiran dan rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke sana. Dengan menggunakan teksi, perjalanan ke air terjun ini hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum anda tiba ke syurga dunia ini. Sebelum tiba ke lokasi, anda akan dengar bunyi air terjun Akchour. Dengan air yang hampir sama biru seperti dinding Chouen, anda dengan mudah boleh menghabiskan beberapa jam di sini tanpa disedari masa telah berlalu.
Kasbah Chefchaouen
Di sebelah Plaza Uta el Hammam, terdapat struktur dinding berpasir Kasbah yang menjulang tinggi. Akses ke kawasan ini akan menelan kos belanja sebanyak 10 atau 20 dirham. Di tengah-tengah Kasbah ini, anda akan dapat melihat sebuah taman yang mengagumkan disamping sebuah oasis yang mendamaikan! Di dalam bangunan ini, anda akan jumpa penjara dan sebuah muzium kecil. Bahagian paling indah dari mercu tanda di Chefchaouen ini adalah pemandangan indah dari tingkat atas. Jangan sesekali lepaskan peluang apabila berkunjung ke sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebut sahaja pasal bercuti di Sabah atau Sarawak, pasti kebanyakkan kita akan cadangkan percutian di kawasan pulau, kan? Ada banyak pulau yang viral di Sabah & Sarawak malah ada diantaranya yang mendapat tempat dalam ranking antarabangsa.
Pertengahan tahun 2019 ini apa perancangan anda untuk bercuti di Sabah & Sarawak? Dah ada merancang ke mana-mana? Kalau belum, saya ingin kongsikan kepada anda 5 lokasi percutian menarik di Sabah & Sarawak untuk anda yang sukakan cabaran dan keunikkan tersendiri.
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan yang pertama digazetkan sebagai Taman Laut di negara ini. Terletak di bahagian timur Sabah, Pulau Manukan ini juga antara yang terkenal dengan keindahan yang tersedia kepada pengunjung yang datang.
Selain daripada aktiviti sukan air yang boleh dilakukan di permukaan laut seperti snorkeling, Pulau Manukan juga antara lokasi terbaik untuk aktiviti selam skuba kerana keindahan batu karang dan habitat laut semulajadinya yang memukau pandangan mata.
Antara nilai tambah yang ada di Pulau Manukan ini kepada pengunjung adalah penyediaan kemudahan awam dan kemudahan jeti untuk pengangkutan kepada pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Manukan ini.
Hutan Simpan Semanggoh, Sarawak adalah lokasi yang popular dengan habitat Orang Utan yang mendiami hutan di sini. Malah, di sini juga menyediakan pusat konservasi kepada Orang Utan yang kematian induk atau yang diselamatkan daripada ancaman pemburuan haram.
Disebabkan terdapatnya pusat konversasi kepada Orang Utan tersebut, sekeliling kawasan Hutan Simpan Semanggoh ini dihuni oleh binatang istimewa tersebut, malah ada diantara kawanan Orang Utan itu hidup liar di sekitar hutan simpan ini.
Antara tarikan lain yang selalu menjadi kegemaran kepada pengunjung untuk datang ke sini adalah untuk melihat spesis burung yang juga menghuni Hutan Simpan Semanggoh.
Anda pernah tengok keindahan yang ada pada burung Kenyalang? Di Hutan Simpan Semanggoh ini lah lokasinya untuk anda melihat sendiri burung tersebut dari habitat semulajadinya berbanding di zoo.
Bila kali terakhir anda naik kereta api? Atau soalan yang lebih tepat, bila kali pertama anda pernah naik kereta api wap? Kalau tak pernah, anda kena ke Sabah untuk cuba dan rasai sendiri perjalanan daripada Tanjung Aru ke Papar menaiki kereta api wap yang bergerak menggunakan arang batu.
Kereta api lama ini masih dikekalkan keasliannya dan masih mampu untuk meneruskan khidmat membawa penumpang sejauh lebih kurang 135 kilometer bersebelahan Sungai Padas.
Taman Negara bako ini juga terletak di Sarawak. Walaupun ianya adalah taman negara yang terkecil di Asia Tenggara namun, ia adalah yang tertua – membuatkan Taman Negara Bako ini menyimpan spesis flora dan fauna yang paling banyak berbanding taman negara lain.
Antara spesis haiwan unik yang tinggal di hutan simpan ini adalah Monyet Belanda atau Monyet Probiscis. Monyet ini monyet yang berhidung besar – jarang untuk kita lihat di tempat-tempat lain selain daripada di Sarawak.
Bukan itu sahaja tarikan yang ada di sini, tahukah anda, bahawa Taman Negara Bako ini juga taman negara yang mempunyai semua elemen unsur alam dalam satu kawasan iaitu laut, pantai, bukit, air terjun, dan paya!
Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok ini juga sama seperti apa yang terdapat di Hutan Simpan Semanggoh, cuma Sepilok ini terletak di kawasan Semporna, Sabah.
Pusat rehabilitasi ini dibuka pada tahun 1964 dan menjadi tempat perlindungan kepada spesis Orang Utan yang terancam akibat daripada pembalakan, pembukaan ladang dan, pemburuan haram si Sabah.
Pusat rehabilitasi Sepilok ini juga antara tarikan pelancongan yang popular kepada pengunjung yang datang bercuti di negeri di bawah bayu itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...