Melaka Bukan Takat Bandaraya Bersejarah Je Tau. Ayer Keroh, Alor Gajah & Jasin Bakal Dibangunkan Pelancongan Eko & Agro

Share

Tiga bandar di Melaka iaitu Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan jenis eko dan agro. Ia sebagai usaha kerajaan Melaka untuk memperhebatkan lagi jenis-jenis produk pelancongan di negeri itu serta untuk menyemarakkan jumlah pelancong ke daerah-daerah lain di Melaka.

Usaha yang dijalankan ini melihat kepada potensi bandar itu yang mempunyai produk pelancongan menarik serta tidak menumpukan semata-mata produk pelancongan di kawasan bandar seperti Bandar Hilir. Antaranya:

  • Ayer Keroh akan dibangunkan untuk produk pelancongan berasakan eko dan agro (kluster bandar).

  • Bagi kawasan luar bandar iaitu Alor Gajah yang merangkumi kawasan Tanjung Tuan, Kuala Linggi, Pengkalan Balak dan Pantai Kemunting akan dibangunkan dalam jangka masa panjang melihat kepada potensi yang ada di kawasan berkenaan.

  • Bagi kawasan Jasin, Air Terjun Asahan akan dibangunkan dengan infrastruktur yang mampan bagi keselesaan pengunjung untuk berekreasi.

Sektor pelancongan menyumbang 48 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada Melaka, semestinya mengharapkan sektor pelancongan untuk terus berkembang sekaligus mengangkat juga komuniti serta pengusaha produk pelancongan ini.

Jom cuti-cuti Melaka

image via google | Sumber: Astroawani

IKLAN