Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengamalkan pelbagai inisiatif hijau ke arah bandar raya sejahtera dan mampan membuahkan hasil apabila Melaka telah dipilih sebagai finalis bagi kempen ‘We Love Cities’ di peringkat global.
Melaka terpilih ke peringkat global susulan negeri itu dianugerahkan sebagai pemenang ‘One Planet City Challenge’ (OPCC) peringkat kebangsaan kali kedua oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), baru-baru ini. Melaka merupakan antara 56 bandar raya di dunia yang terpilih dan antara negara lain yang terlibat pada peringkat akhir kempen ‘We Love Cities’ ialah Korea Selatan, Perancis, Norway, Kanada dan Turki.
Ads
Melaka sebelum ini, pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pada kempen sama di San Francisco, Amerika Syarikat pada 2018 dan kerajaan negeri menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar memberi sokongan padu serta bersama-sama mengambil bahagian dalam kempen ini. Melalui kempen ‘We Love Cities’ kerajaan negeri berharap orang ramai dapat mengundi Melaka supaya dinobatkan sebagai ‘global winner’ dan seterusnya menempa nama di persada antarabangsa.
Ads
Kerajaan negeri juga melalui MBMB telah mengatur satu pasukan khas untuk mendapatkan pandangan orang awam meliputi aspek perkhidmatan bandar raya antaranya pengangkutan, penjanaan tenaga, reka bentuk bangunan dan bahan buangan.
Undian yang dibuka bermula 14 September 2020 lepas dan akan berakhir pada 11 Oktober 2020 ini boleh dibuat melalui pautan welovecities.org/melaka dan maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web MBMB iaitu www.mbmb.gov.my atau Facebook rasmi MBMB.
Kempen ‘We Love Cities’ adalah inisiatif WWF sejak 2013 dan sehingga kini sebanyak 150 bandar telah mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.
Ads
Jom ramai-ramai bantu Melaka dipilih sebagai pemenang!
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pasti umat Islam di Malaysia ramai yang mula rindu untuk melakukan solat berjemaah.
Namun buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, ‘ada’ umat Islam yang dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyebut masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah secara berperingkat mulai 15 Mei 2020, dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.
Foto: alhijrah.news
Perlis sebelum ini juga membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu bermula hari ini yang hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid.
Sementara Selangor dan Perak membenarkan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang termasuk imam dan khatib.
Kerajaan negeri Melaka pula mengambil keputusan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 29 Mei dengan 40 jemaah dibenarkan.
Pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar yang merancang untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidiladha sudah boleh mendapatkan tiket perkhidmatan ini dengan segera.
Bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat mendadak pada waktu puncak dan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan ditawarkan sempena musim balik kampung membabitkan perjalanan antara 29 Julai hingga 3 Ogos. KTMB turut menyediakan 18 perkhidmatan KTM Antarabandar khusus bagi penumpang yang akan pulang ke kampung ke pelbagai destinasi termasuk di selatan dan Pantai Timur Semenanjung. Pembukaan jualan tiket itu telah dibuka serentak di semua stesen dan menerusi sistem dalam talian KTMB.
Penjualan tiket membabitkan perjalanan bagi tempoh 15 Julai hingga 30 September ini.
Pengguna dinasihatkan membeli tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda.
Pengguna yang melakukan pembelian lebih awal boleh melakukan pemilihan tempat duduk berbanding mereka yang mendapatkannya pada saat akhir.
Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi KTMB iaitu www.ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar menerusi KTM MobTicket. Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Talian KTMB di talian 03-22671200 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Sembilan memperkenalkan ‘Waghih Mart, platform baharu yang merupakan aplikasi jualan juadah berbuka puasa dalam talian, bagi menggantikan bazar Ramadan.
Aplikasi jualan itu membolehkan peniaga dan penjaja meneruskan perniagaan mereka ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama pintar bersama Webhaus Technologies Sdn Bhd (Webhaus) dan diselaras oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, serta dikendalikan secara bersama oleh Webhaus, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri mengikut lokaliti masing-masing.
Sebagai pengenalan, keutamaan adalah ditumpukan kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan yang telah berdaftar dengan PBT pada tahun lalu kerana mereka telah faham bagaimana operasi penyediaan makanan mengikut standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selain telah berdaftar dan mematuhi syarat-syarat PBT. Bagaimanapun aplikasi itu juga dibuka pendaftarannya kepada peniaga baharu sekiranya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Waghih Mart menjadi saluran alternatif kepada platform jualan sedia ada yang telah diguna pakai oleh peniaga sejak PKP berkuat kuasa pada 18 Mac lepas seperti Facebook, Telegram dan juga WhatsApp. Apa yang membezakan platform ini dengan platform lain adalah ia memastikan pengusaha makanan dan penghantar makanan berdaftar mematuhi syarat-syarat kawalan kesihatan dan juga dari segi faktor keselamatan ditetapkan.
Waktu operasi pengusaha makanan bermula 8 pagi sehingga 8 malam dan tempahan makanan juga boleh dibuat sehari lebih awal manakala waktu operasi untuk penghantar makanan pula bermula 2 petang sehingga 8 malam.
Pengguna platform ini sama ada daripada kalangan pengusaha makanan, penghantar makanan atau pembeli dinasihat untuk sentiasa mematuhi panduan keselamatan makanan ketika penyerahan makanan seperti pemakaian penutup mulut dan hidung, sentiasa mengekalkan jarak sosial dan kerap mencuci tangan sebelum dan selepas penghantaran.
Tiga kumpulan sasar utama iaitu pengusaha, penghantar dan juga pembeli dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pengguna aplikasi ini kerana platform ini bukan sahaja terpakai sepanjang bulan Ramadan dan tempoh PKP sahaja malah ia boleh terus digunakan pada bila-bila masa.
Waghih Mart turut terbuka kepada penjualan dan pengedaran bahan asas masakan, produk pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, serta produk daging dan ternakan.
Pengusaha dan penghantar makanan boleh mendaftar secara percuma di platform Waghih Mart bermula 27 April 2020 melalui pautan https://www.waghihmart.xyz manakala pendaftaran bagi pembeli pula boleh dibuat bermula 2 Mei 2020.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...