Melaka Sunyi. Dua Tahun Lagi ‘Target’ Meriah Kembali Dengan Pelancong

Share

Hujung minggu di Melaka sebelum ini sangat meriah dengan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara memenuhi setiap genap destinasi menarik.

Jika cuti umum atau cuti sekolah, keaadaan pengunjung bertambah dua kali ganda daripada kebiasaan sehingga menyebabkan negeri itu mengalami kesesakkan lalu lintas yang teruk. Situasi itu sedikit sebanyak membantu ekonomi Melaka terutamanya dalam industri pelancongan juga sebagai sumber pendapatan untuk penduduk di situ.

Namun ekoran impak penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia, Melaka turut terkesan dengan jumlah kunjungan pelancong hampir tiada. Walau bagaimamapun industri pelancongan Melaka dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih sepenuhnya seperti sediakala.

Foto: The Star
Foto: The Star
Foto: Bernama
Foto: Malaymail

Menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis, beliau berkata ia mengambil kira pelbagai faktor antaranya aspek ekonomi yang menyumbang pada penutupan sementara dan kekal beberapa fasiliti pelancongan termasuk hotel sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan serta keyakinan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

Justeru usaha mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di dalam dan luar negara memerlukan kerjasama erat pelbagai pihak khususnya pemain industri dari pelbagai sektor pelancongan.

Kerajaan negeri sudah mempunyai pelbagai perancangan bagi memperkukuh industri pelancongan Melaka namun ia tidak dapat dilaksanakan buat masa ini susulan penularan wabak COVID-19. Antara perancangan itu ialah membuka lebih banyak laluan penerbangan udara ke destinasi dalam dan luar negara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam di sini memandangkan medium pengangkutan itu mendapat permintaan yang tinggi kalangan pelancong tempatan dan luar negara dalam tempoh dua tahun lepas. jumlah pelancong menggunakan perkhidmatan penerbangan di Melaka naik lebih 100,000 pada tahun 2019 berbanding kurang 20,000 pada 2018.

Sumber: Bernama

IKLAN