Tarikan utama Belitung terletak pada keindahan pulau dan laut.
Aktiviti menjejak pulau adalah satu daripada acara wajib sekiranya mengunjungi Belitung, yang terletak di Indonesia. Belitung atau Belitong dinamakan sempena sejenis siput laut, terletak di pantai timur Sumatera. Terletak di bawah provinsi Kepulauan Bangka Belitung, pulau ini terkenal dengan penanaman lada hitam dan perlombongan timah.
Penduduk tempatan terdiri daripada suku Melayu, keturunan Tionghua, Hokkien dan Hakka, kebanyakannya menetap di kawasan pesisir pantai dengan menjadikan sumber laut sebagai penjana ekonomi. Apa ada di Belitung?
Pulau Lengkuas
Di sebalik keindahan pantai putih dan laut biru, terletak sebuah rumah api yang mempunyai 18 tingkat dengan ketinggian 65 meter. Jika sampai ke Belitung, rumah api ini adalah mercu tandanya.
Ads
Set Pengambaran Laskar Pelangi
Terkenal dengan filem Laskar Pelangi yang mencetuskan fenomena pada 2008 adaptasi tulisan Andrea Hirata, Belitung memanfaatkan lokasi penggambaran menjadi lokasi pelancongan tempatan. Pengunjung berpeluang melihat replika sekolah SD Muhammadiyah, sambil ditemani alunan lagu tema nyanyian Nidji, Laskar Pelangi.
Pulau Kelayang
Ads
Ads
Dek kerana air yang jernih, perairan Pulau Kepayang menjadi pilihan bagi pengunjung untuk aktiviti snorkeling dan berenang. Terdapat sebuah kawasan kolam tersembunyi yang begitu mempersona iaitu Gua Kelayang. Di sini pengunjung dapat menyaksikan air laut kehijauan yang jernih hingga menampakkan keputihan pasir di dasarnya.
Dermaga Kirana
Dermaga Kirana dikenali sebagai Rumah Rotan atau Rumah Keong yang menjadi tarikan di daerah Belitung Timur ini. Istimewanya, reka bentuk Dermaga Kirana dibina berdekatan tasik mempunyai konsep separa sfera mencetuskan dimensi pemandangan luar biasa.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor selepas PKPB berakhir:
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
Pihak berkuasa di Jepun terpaksa mengambil keputusan mencantas lebih 800,000 bunga tulip di daerah Chiba sebagai langkah mengelak orang ramai berkunjung ke situ ketika wabak COVID-19.
Tindakan ini adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan orang ramai daripada berhimpun. Walaupun Festival Tulip Sakura tahun ini dibatalkan, namun orang ramai masih mengunjungi lokasi tersebut untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ. Hmm..ingat kot rakyat Jepun ni jenis mendengar arahan.
Festival yang pada mulanya dijadualkan pada 1 dan 26 April terpaksa dibatalkan setelah Jepun mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama sebulan bermula 7 April di Tokyo melibatkan daerah Fukuoka, Saitama, Kanagawa, Chiba, Osaka dan Hyogo.
Penggemar bunga terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat bunga tulip merah dan merah jambu yang menghiasi dataran berkeluasan 7,000 meter persegi itu mekar. Sementara itu, lebih 3,000 jambakan ros juga dicantas di Taman Yono, Saitama, utara Tokyo bagi menghalang orang ramai datang berkunjung.
Walau bagaimanapun, bunga-bunga yang dicantas itu tidak dibuang, sebaliknya didermakan kepada sekolah-sekolah tadika.
Sumber: Astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau ikutkan Genting Highlands antara destinasi popular untuk mereka yang sukakan suasana sejuk dan berkabus. Ibarat berada di luar negara tanpa perlu terbang jauh.
Selalunya naik ke Genting, biasanya anda mungkin menginap di hotel. Kali ini, boleh cuba pengalaman yang berbeza dengan menginap di villa.
Vila comel dengan design muji yang lengkap dengan replika animasi popular Jepun, Totoro. Pemandangan pada waktu malam pun tetap indah dengan dekorasi kreatif.
Ini pula gambaran sekitar tempat villa ini, selesa dan sesuai juga untuk anda yang sukakan alam semula jadi. Diteduhi pokok hijau sekitar villa.
Apa yang best, kemudahan seperti lif outdoor tersedia kepada pengunjung untuk ke bilik, ruang rehat, taman permainan dan kafe.
Bagi anda yang bermalam di sini, setiap bilik lengkap dengan jakuzi peribadi berlatarbelakangkan hutan. Jadi dapat berendam dalam jacuzzi yang panas sambil menikmati cuaca sejuk. Memang wow!
Hah, selepas ini boleh lah booking tempat ini awal-awal untuk healing bersama keluarga tersayang. Sesekali seronok juga tukar mood dari hotel ke villa seperti ini.
Kireina Genting Villa, Genting Highland
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...