Uniknya Korea Selatan biarpun telah berkembang pesat, namun masyarakatnya tidak pernah meninggalkan budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman. Malah unsur-unsur tradisional, adat, budaya dan kesenian negara itu sering diselitkan ke dalam drama juga filem Korea. Secara tidak langsung menunjukkan masyarakat Korea begitu mengangkat tinggi budaya dan kesenian yang dirasakan sangat indah dan menarik.
Menghayati budaya Korea tidak akan lengkap tanpa menikmati secara langsung keunikan makanannya. Sebahagian makanan Korea adalah berasaskan beras, mi, tahu, sayuran dan daging. Kesempatan berkunjung ke Korea menyertai FAM trip , jelajah kami meliputi ke Korea Traditional Food Culture . Ia memberi pengalaman yang mengujakan tentang penyediaan makanan tradisional masyarakat Korea.
Pusat kebudayaan makanan tradisional Korea ini sengaja didirikan untuk memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang kebudayaan Korea. Istimewanya pusat ini pun dibuat menyerupai hanok yakni rumah tradisional Korea. Jeonggangwon terletak di wilayah Gangwon (Gangwon-do). Jeonggangwon Traditional Food Experience’ (Pyeongchang) ditubuhkan bagi memelihara, menyelidik, mengedar dan mempromosikan makanan tradisional dan budaya Korea. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah bilik pameran, bilik masakan dan tempat penapaian makanan.
Persekitaran nyaman dan selesa
Memasuki ke kawasan di sekitar pusat kebudayaan ini suasananya begitu damai dengan kehijauan pokok dan udaranya mengundang kesegaran. Kelihatan bangunan tradisional korea sambil kami dibawa tour mengelilingi kawasan pusat kebudayaan tersebut dan diberikan penjelasan pelbagai jenis makanan Korea termasuk Kimchi.Menariknya ketika tour itu , terpandang oleh penulis akan kawasan yang terbuka luas dan di situ dipenuhi tempayan tanah liat. Kesemua itu merupakan kimchi yang sedang dalam proses penapaian. Zaman dahulu kimchi disimpan dalam tempayan tanah liat di luar bangunan dan proses penapaian itu akan melepasi pelbagai musim. Kimchi sendiri sebenarnya digunakan sebagai sayuran sihat selama musim dingin, mengenangkan pada musim dingin tidak ada sayuran yang boleh hidup.
Rice cake
Ads
Setelah acara pengenalan tentang makanan tradisonal Korea, kami diberi peluang mempelajari membuat salah satu makanan tradisional Korea. Masing-masing rasa teruja untuk mencuba sesuatu yang belum pernah kami cuba iaitu membuat rice cake. Rice cake diperbuat daripada bahan asas iaitu tepung beras yang ditumbuk kemudian diolah dengan teknik khusus hingga menjadi adunan padu dan boleh dibentuk. Secara umum, rice cake memiliki tekstur yang kenyal dan elastik.
Secara tradisional rice cake tumbuk ialah variasi rice cake yang paling lama. Selepas kami diberikan apron, beras yang sudah dikukus kemudiannya ditumbuk hingga menjadi padu menggunakan alat khas. Kami diberi peluang untuk menumbuk beras tersebut sambil diajar akan teknik yang betul untuk menumbuknya. Setelah adunan padu dan mencapai standard yang dikehendaki, kami dibahagi kepada kepada beberapa kumpulan untuk membentuk rice cake mengikut cita rasa tersendiri. Setelah menjadi adunan, rice cake yang berwarna putih bersih kemudian dibentuk dan selaputi dengan serbuk kacang merah. Setelah siap kami makan terus hasil air tangan masing masing. Seperti mana negara lain di dunia, Korea Selatan juga memiliki beberapa makanan unik.. Kebanyakan orang Asia menyukai masakan korea yang rata-rata juga menggunakan rencah yang menambat rasa.
Bibimbap
Ads
Bibimbap dalam bahasa Korea bererti ‘nasi campur’. Bibimbap merupakan gabungan dari nasi dan lauk-pauk yang disajikan dalam mangkuk panas. Bibimbap disajikan dengan lauk disusun sedemikian rupa agar warnanya tampil kontras dan menarik.Terpadat beberapa teori yang mengatakan mengenai asal usul Bibimbap di Korea. Salah satu teori yang popular mengatakan bahawa makanan satu ini sebenarnya sudah ada sejak zaman dahulu, di mana makanan tersebut digunakan sebagai sajian persembahan roh atau arwah. Sehabis melaksanakan ritual, masyarakat mengolah makanan satu ini dengan cara mencampurnya dalam sebuah mangkuk.
Seiring dengan perkembangannya, Bibimbap kini terdapat pelbagai variasi. Kota Jeonju di Jeolla Utara merupakan kota asal variasi Bibimbap yang cukup terkenal sekali, variasi makanan tersebut dinamakan “Jeonju Bibimbap”.Di Korea, anda akan mencuba Bibimbap yang diletakkan di atas sebuah mangkuk batu panas. Haba panasnya mangkuk tersebut mampu membuat telur menjadi masak dengan cepat. Sebelum meletakkan nasi ke dalamnya, mangkuk batu tersebut biasanya dioles terlebih dahulu dengan minyak wijen agar terbentuk kerak yang lazat.
Demonstrasi membuat Bibimbap
Ads
Sekali lagi kami melihat demo membuat bibimbap. Penyediaaan bahan-bahan juga pelbagai seperti sayur-sayuran dan sebagainya. Sekali lihat seumpama penyediaan membuat nasi ulam yang banyak menggunakan ulaman. Sebuah mangkuk bersaiz besar digunakan bagi menyediakan bibimbap buat kami. Sesungguhnya menyediakan bibimbap ini sangat teliti dan berseni. Sayuran ditata lapisan demi lapisan mengikut tekstur dan warna. Ia membentuk kontras yang menarik dalam mangkuk itu.
Tidak lupa telur mata diletakkan di bahagian paling atas. Terakhir ada Gochujang, sos cili Korea yang menjadi pelengkap segala makanan Korea. Gaul hingga semua bahan bercampur menjadi satu. Jika sudah tercampur warnanya akan berubah menjadi merah seperti nasi goreng. Anda boleh makan dari satu mangkuk tersebut beramai-ramai. Namun kami makan di mangkuk kecil yang disediakan di meja.
Perut pun ketika itu sudah berkeroncong, menghirup aroma Bibimbap lantas terdiam kami semua menjamah hidangan enak itu. Jangan ditanya sensasi rasanya. Sungguh leka kami menikmatinya. Semakin terasa istimewa dengan adanya sambal khusus yang semakin membuat acara makan bibimbap menjadi lebih enak.Tekstur, rasa dan aroma dari semua makanan yang dinikmati ketika di Korea Selatan nyata berbeza. Rencah yang digunakan membuatkan setiap sajian menerbitkan rasa istimewa.
Sesungguhnya tour kami pada hari ini memberikan kepuasan yang berpanjangan dan tersenyum riang pulang ke penginapan dalam keadaan perut kekenyangan. Bukan setakat itu, kami turut dibekalkan dengan rice cake buatan tangan masing-masing sebagai bekalan andai lapar dalam perjalanan atau semasa di penginapanan nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah pergi ke Da Nang, Vietnam? Mesti ramai yang belum berkesempatan ke sana kan? Berbeza dengan tempat-tempat lain di Vietnam yang popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Ho Chi Minh dan Hanoi, Da Nang ni baru nak menempa nama sebagai destinasi pelancongan.
Dek kerana masih lagi tak ramai pelancong Malaysia yang ke Da Nang ni, Libur ingin berkongsi beberapa tip pelancongan kepada anda daripada Norbainon Baharudin. Semoga tip ini bermanfaat dan anda mendapat sedikit gambaran mengenai tempat tersebut, langsung dapat merancang percutian anda ke sana!
1. Di sini kebanyakkan tempat menggunakan VND melainkan Lapangan Terbang Da Nang saja yang menggunakan USD. Adalah lebih baik anda tukar dahulu matawang di Malaysia. Sekiranya tidak cukup duit, anda boleh tukar di kedai emas berdekatan Han Market.
2. Kebanyakkan tandas awam tidak ada air. Anda dinasihatkan sentiasa bawa botol berisi air untuk membasuh dan mencuci. Sekiranya tiada, boleh gunakan tandas OKU atau tandas keluarga kerana selalunya tandas-tandas ini mempunyai air.
tiada masjid berikutan tiada komuniti muslim yang tinggal di sini.
3. Teksi Vinasun berwarna hijau adalah teksi yang paling dipercayai. Kadar bacaan meter eksi bermula dari 6k. teksi berwarna kuning dan hijau pula bermula dengan kadar meter 8k. Ini kadar untuk teksi Vios. Kadangkala ada teksi yang menawarkan kereta yang lebih besar walaupun anda berdua sahaja. Anda boleh tolak tawaran dengan baik dan katakan ingin menaiki teksi yang biasa sahaja. Hati-hati dengan teksi di kawasan Han Market kerana mereka tidak meletakkan harga mengikut meter kepada pelancong. Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Grab sahaja sekiranya rasa was-was dengan teksi awam yang ada di sana.
4. Perkhidmatan Grab Bike ada di sini dengan harga separuh lebih murah daripada harga teksi. Kalau anda travel berseorangan atau dalam kumpulan kecil, lebih mudah menggunakan Grab Bike untuk pusing-pusing di sekitar kawasan bandar Da Nang.
5. Makanan halal sangat terhad. Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan halal siap-siap dari Malaysia. Antara restoran halal di sana adalah Simpur Brunei, Omar Halal Indian Restaurant, Family Indian Restaurant, Nan Kebab & Mumtaz. Harga makanan halal di sini sangat mahal, jadi bersiap sedia untuk membayar harga makanan tersebut. Restoran halal yang dicadangkan kepada anda adalah Family Indian Restaurant kerana menyediakan makanan yang sedap berbanding yang lain. Sekiranya anda ingin makan makanan Vietnam yang halal, ada satu sahaja restoran iaitu Than Ly. Restoran halal di Hoi An pula adalah Zeytun dan Khazanah1992 Indian Restaurant.
6. Kalau anda nak membeli-belah barangan seperti air mineral, roti, kopi atau makanan ringan, anda boleh ke Big C Supermarket yang berdekatan dengan Parkson Da Nang. Di sana juga menjual nugget dan ayam perap halal. Barang-barang yang dijual di Bic C Supermarket lebih murah dan lebih banyak pilihan. Antara kesemua hypermarket, di Big C Supermarket menawarkan harga kopi Vietnam yang lebih murah dan banyak pilihan.
7. Pasang aplikasi Foody atau Vietnamm.com di telefon pintar anda sekiranya malas nak keluar mencari makanan pada waktu malam. Boleh bayar COD semasa penghantar makanan menghantar makanan kepada anda. Tapi, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda memerlukan nombor telefon Vietnam untuk mereka hubungi bagi tujuan pengesahan pesanan.
8. Kebanyakkan warga di sana tidak tahu berbahasa Inggeris. Cara yang mudah untuk anda berkomunikasi adalah menggunakan google translate atau tangkap gambar dan tunjukkan kepada pemandu teksi untuk menghantar anda ke mana-mana. Wifi di sana mudah untuk diakses dan laju. Kebanyakkan hotel dan kedai-kedai makan menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Tapi jika anda kerap berjalan, beli kad sim yang mempunyai data internet.
9. Barangan cenderahati boleh di beli di Han Market. Beg rotan yang tular di Malaysia cukup murah di sana tapi, anda harus ingat supaya tidak membeli di dalam Han Market. Beli di kedai-kedai yang terletak di tepi-tepi Han Market kerana harga di situ lebih murah. Con Market berdekatan dengan Big C Supermarket lebih murah tetapi peniaga kurang mesra dengan pelancong. Peniaga di Han Market lebih mesra dan mereka pandai bertutur dalam bahasa Korea kerana pelancong Korea ramai berkunjung di sana.
10. Jangan lupa untuk singgah di Tourist Centre di Han Market. Boleh ambil gambar peta kawasan sekitar, buku kupon, dan buku panduan travel di Da Nang. Kesemua barangan tersebut boleh didapati secara percuma dan anda akan lebih mudah faham fan tahu tentang tempat-tempat menarik di sana. Jadi mudalah untuk anda merancang ke mana destinasi selepas itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Waitomo yang membawa maksud ‘aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah’ merupakan salah satu tarikan utama New Zealand.
Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomo mengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton.
Apa yang menariknya Gua Waitomo ini? Tidak seperti gua-gua lain, Gua Waitomo menjanjikan pengalaman dan 1001 keajaiban ciptaan Tuhan. Formasi gua yang terbentuk secara semulajadi ini berusia sekitar 30 juta tahun dengan struktur batu kapur unik.
Apa bezanya dengan gua-gua yang terdapat di tempat lain?
Satu perkara yang harus diketahui adalah di sini terletaknya satu spesies unik hidupan gua ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.
Ulat kelemayar ini menjana satu bentuk cahaya kalimantang. Ulat ini akan membina sesawang seperti labah-labah untuk memerangkap serangga. Kelihatan dari jauh seperti juntaian lampu-lampu yang sangat indah, rupa-rupanya adalah sejenis ulat.
Ulat kelemayar ini menghabiskan jangka hayatnya sebagai larva dan cahaya yang terhasil adalah tindak balas biologi bahan kimia yang terletak pada bahagian ekor dengan oksigen di udara. Cahaya ini akan menarik serangga kecil yang menghuni gua Waitomo untuk dijadikan makanan. Sistem ekologi gua Waitomo dikatakan sempurna sebagai habitat ulat kelemayar ini.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman menakjubkan ini dengan memilih beberapa pilihan pengembaraan, samada menaiki bot melalui aliran air di dalam gua, menjelajah dengan berjalan kaki melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran atau bagi yang gemarkan pengalaman extrim, pengunjung boleh mencuba ‘Black Water Rafting’ dan bersiap-siap untuk menyusuri aliran air menggunakan tiub pelampung, bersedia untuk basah di dalam gua yang gelap.
Penjelajahan Unik
Bot yang boleh memuatkan sekitar 12 orang pada satusatu masa ini akan dibawa menjelajah Gua Waitomo menyusuri laluan air yang gelap gelita. Jangan risau kerana pengemudi bot-bot ini adalah mereka yang profesional dan arif dengan laluan gua tersebut.
Bagi mereka yang ingin menjelajah Gua Waitomo dengan berjalan kaki pula, pengunjung akan dibawa masuk melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan struktur besar gua-gua di Waitomo. Di sini pengunjung akan dibawa oleh seorang pemandu arah dan penerangan terperinci dan pengalaman melihat sendiri ulat kelemayar ini secara dekat pasti memberikan sebuah pengalaman baru dan mengujakan.
Bagi mereka yang berjiwa lasak, pastinya ‘Black Water Rafting’ menjadi pilihan utama. Pengunjung akan dibekalkan pakaian kalis air dan tiub pelampung. Penjelajahan unik Gua Waitomo ini bakal membawa pengunjung menyusuri anak-anak sungai yang terbentuk di dalam gua secara berkumpulan sambil ditemani seorang pemandu arah profesional yang informatif, memberi penerangan dan membawa pengunjung melihat habitat ulat ini dari permukaan air.
Semestinya Gua Waitomo menjanjikan sesuatu yang amat berlainan daripada percutian biasa anda. Sesungguhnya alam ini terlalu luas untuk diterokai dan jika anda fikir yang anda sudah melihat semuanya, fikir semula.
Sumber: ASHRAF SAHARUDIN
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau nak merasa Homestay D’Garden Melaka, anda boleh datang dengan keluarga yang besar sebab di sini ada 6 bilik.
Biasanya ramai yang suka stay hotel tetapi jika sesekali datang dengan keluarga besar, elok pilih homestay macam ini. Boleh buat banyak aktiviti bersama.
Homestay D’Garden Melaka
Suasana macam kat rumah sendiri tetapi boleh tenang-tenang dengan suasana yang sedap dipandang. Dekorasi pun teratur elok, siap ada satu laman yang luas untuk anda buat aktiviti bersama.
Apa yang penting tempat ini selesa dan cantik! Ada swimming pool dan tempat BBQ, ini yang paling gembira pastinya anak-anak lah, ya.
Sangat sesuai kalau anda nak buat gathering ramai-ramai dengan keluarga. Confirm happening!
Bilik dan ruang tamu juga nampak kemas dan indah disusun dengan perabot yang simple tak berat.
Hah, nanti boleh lah booking awal-awal sebelum bertolak ke Melaka, risau tempat ini penuh. Nak-nak waktu cuti sekolah!
Lokasi:
Homestay D’garden. No 2, Jalan Bayan 7, Taman Bukit Katil, 75450 Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...