Jika anda mahu berehat seketika, apa kata anda lapangkan dada dan merancang untuk ke beberapa tempat menarik nun di Pulau Lagenda, Langkawi.
Menginap di hotel atau resort tepi pantai, sudah menjadi kebiasaan pelancong di Langkawi. Nak cuba penginapan percutiaan unik, berbeza dan istimewa di Langkawi? Cuba ke Temple Tree Resort Langkawi. Lokasi ini merupakann hidden gem di pulau ini tau..ramai tak tahu! Resort ini menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan moden kontemporari dan merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan.
Foto: Temple Tree Resort, Langkawi
Melalui perkongsian di Facebook Hang Dhamin, foto-foto pengalamannya bercuti di resort ini kelihatan begitu menarik.
Ads
Secebis kenangan di Temple Tree Resort, Langkawi.
Ads
Aku nak suggest korang yang nak pergi Langkawi untuk try stay kat sini. Teruja wei masa aku stay kat sini. Tenang je rasa
Konsep dia traditional house + modern furniture buatkan korang dapat rasa vibes cantik dan selesa tu bersekali. Ada 8 jenis rumah dan pelbagai jenis bilik. Boleh pilih ikut citarasa korang.
Ads
Ditambah dengan kecantikan infinity pool yg cantik tu. Seharian aku duduk kat sini sayang nak keluar haha.
Best lagi Internet laju dan ada Netflix. Ape lagi ko nak? Haritu kitorang siap dapat free upgrade lagi. Rezeki betul.
Harga macam biasa la boleh direct terus dengan diorang sekarang kan lebih murah kalau direct sbb ade promo pkpp ni kan. Tapi haritu kami through Agoda still murah jugak. Ni lah masanya nak duduk resort mahal dengan harga yang murah.
Menarik! Jom cuti-cuti ke Pulau Langkawi..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Video Ban Pecah Tanjung Piandang Perak oleh mohamad erwan
Ban ialah struktur tebatan air/banjir yang biasa dibina di tebing sungai untuk mengelakkan limpahan air sungai ke kawasan tebing sungai yang lebih rendah. Kebiasaannya ban di tebing sungai menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban dibuat mengikut rekaan paras banjir sungai tersebut. Namun di Tanjung Piandang, Perak, struktur ban dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Ini bagi mengelakkan hakisan oleh ombak laut ketika ombak kuat.
Ban Pecah Tanjung Piandang Perak, dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Ban ini menjadi popular dikalangan penduduk tempatan serta pengunjung luar yang biasanya datang untuk menikmati makanan popular disini iaitu kari ikan sembilang dan mi udang Tanjung Piandang. Tidak lupa juga ban ini menjadi lokasi menarik dan cantik untuk mengabadikan gambar kenangan terutamanya pasangan baru berkahwin. Juga lokasi menarik bagi kaki pancing mencuba nasib.
Pada awal tahun 1960an, ban ini asalnya sawah padi yang subur. Penduduk tempatan berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an. Akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak. Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Ada tanah penduduk kampung turut menjadi korban. Dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci sebagai bukti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang mempunyai keunikan tersendiri apabila pokok di kawasan itu kebanyakannya memiliki batang berwarna kemerahan. Dek kerana keunikan tersebut juga Bukit Buluh dikenali sebagai Red Forest bagi kebanyakan pendaki.
Keindahan alam semula jadinya yang cukup mempesonakan ternyata menarik ramai pendaki tempatan. Di sini pendakian mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke puncak. Bukit Buluh ini berketinggian sekitar 331 meter di mana bagi peminat sukan ekstrem mendaki Bukit Buluh bukanlah sesuatu yang agak sukar untuk ditawan. Makin tinggi pendakian makin cantik pemandangan yang disajikan.
Pada awal perjalanan pendaki perlu menempuhi kawasan ladang kelapa sawit sehinggalah menemui satu kawasan laluan di bawah sebuah pencawang. Kemudiannya pendaki akan mula meninggalkan kawasan terbabit dan memasuki kawasan hutan. Ketika ini, bagi yang tidak biasa mendaki akan mula terasa lelah. Sebelum sampai ke kawasan berbuluh, pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan yang agak mengecewakan. Namun setelah berjumpa kawasan berbuluh di mana dari situ boleh tahu, pemandangan yang indah akan dapat dilihat tidak lama lagi.
Salah satu pokok yang terdapat di Red Forest di mana batangnya seakan-akan disimbah cat merah. Semakin mendaki ke atas, semakin cantik pemandangan sekitar hutan itu sehinggalah berjumpa dengan kawasan dinamakan sebagai Red Forest. Memang cantik sangat pemandangan di Red Forest itu.
Keindahan kawasan terbabit terlalu sukar untuk digambar dengan kata-kata melainkan pengunjung mendaki dan merasainya sendiri. Bayangkan bagaimana kawasan hutan berwarna merah boleh berada bersebelahan hutan berwarna hijau. Ia memang sesuatu yang menakjubkan. Red Forest umpama suasana hutan dalam scene filem aksi antarabangsa yang popular.
Ramai yang belum mengetahui kewujudan Red Forest termasuklah penduduk sekitar. Semoga keindahan yang terdapat di kawasan Bukit Buluh Red Forest ini terus terpelihara dan dilindungi dari sebarang kemusnahan agar ia dapat dinikmati pencinta alam sekitar dan generasi seterusnya.
Jika berpeluang sampai ke sini mohon supaya tidak memanjat pokok-pokok tersebut bagi mengelakkan kejadian buruk dan juga bagi memelihara permukaan kulit pokok yg berwana merah tersebut.
Nah, Libur belanja sikit gambar-gambar yang dikongsi oleh pendaki yang sudah pernah sampai ke sini
Pernah menjejakkan kaki ke Pakistan dan menyaksikan sendiri keindahan pemandangan di Kashmir dan juga beberapa tempat lain di sana membuatkan Norzaini Rohaizan Zainudin mahu melihat sendiri tempat yang terkenal dengan julukan Kashmir Jeli di Kelantan.
Pemanduan dua jam dari Kota Bharu Ke tempat yang dikenali sebagai Kashmir Jeli itu memang sangat mengujakan wanita ini kerana sepanjang perjalanannya turut disajikan dengan pemandangan indah tidak kurang hebatnya seperti negara Pakistan yang pernah dilawatinya.
Menurut Norzaini juga ketika kunjungannya ke Kelantan pada ketika itu adalah waktu padi menghijau dan sepanjang jalan terdapat orang berniaga, sempatlah dia menyinggah untuk membeli dan merasa sendiri beberapa makanan kelantan yang popular.
2 jam drive dari Kota Bharu ke Kashmir Jeli. Tapi view sepanjang jalan sangat cantiklah. Sampai kad bank jatuh pon tak perasan.
Waktu ni padi di kelantan sangat hijau. Cantik sangat la. Lagi best sepanjang jalan jumpa je orang niaga ,kita pon berhenti beli. Dapat la rasa etok salai, kuih gomok, putu halba dan air tuak.
Sampai je Kashmir Jeli memang puas hati. Tak menyesal pergi. Memang lawa lah. Macam kashmir versi kelantan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...