Semalam, DBKL memaklumkan waktu operasi premis perniagaan (kedai makan dan kedai serbaneka) di Kuala Lumpur masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawasan Pergerakan Pemulihan (PKPP) walaupun telah diumumkan oleh kerajaan untuk dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.
Orang ramai dan peniaga yang berada di sekitar Kuala Lumpur terpaksa akur dengan keputusan itu, walaupun sangat berharap tempoh masa operasi dapat dilanjutkan.
Tidak sampai 24jam, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan premis-premis makan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai 15 September 2020.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
Ads
"Saya berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham A Dahlan sebentar tadi kerana MKN sudah memberi kelonggaran itu. Peniaga telah kerugian banyak, kalau perniagaan tidak mengancam keselamatan sebagaimana yang dinilai oleh MKN, saya bersetuju supaya pihak DBKL membenarkan, buka sampai pukul 2.00 pagi. Tetapi SOP mesti dipatuhi sepenuhnya," katanya.
Ads
Jangan terlampau gembira ya dengan pertukaran waktu operasi premis perniagaan, paling penting kita jaga kita!
Ads
image via goole | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Bas mini merupakan pemandangan biasa di ibu negara dari 1970-an hingga 1990-an dan bas yang sentiasa sesak dengan penumpang itu dianggap sebagai pengangkutan awam paling murah pada masa itu. Diperkenalkan pada 1975, perkhidmatan itu ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara.
Selepas beberapa puluh tahun tidak melihat kelibatnya, tular kemarin bas mini bakal wujud kembali mewarnai jalan-jalan di ibu negara sebagai pengangkutan awam kepada warga kota. Ada yang terus mengimbas kenangan masing-masing berpeluang menggunakan perkhidmatan bas comel ini. Tidak kurang juga yang merindui untuk kembali menggunakan perkhidmatan bas mini untuk kenang kembali nostalgia bas berwarna pink ini.
Bas mini yang akan diperkenalkan semula di ibu negara bukan seperti bas-bas mini merah jambu yang warga kota lazim dengannya 25 tahun yang lepas, yang padat, tidak berhawa dingin dan agak laju dipandu.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij berkata tempoh percubaan dari 1 Sept hingga 29 Nov itu di Route T300 akan menggunakan bas mini baru bersaiz lapan meter panjang, lengkap dengan penghawa dingin dan bukan bas-bas lama seperti yang viral sejak kemarin.
Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rapid Bus untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang. Perkhidmatan percubaan itu akan membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.
“Bas bersaiz besar yang digunakan sekarang susah untuk sampai ke kawasan berpenduduk padat dan berlaluan sempit seperti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kerap kali kita terlewat daripada jadual kerana masalah kereta yang diparkir di tepi jalan. Dengan bas mini ini, Rapid Bus berharap dapat meningkat dan memperbaiki perkhidmatan di kawasan-kawasan itu selepas semua data dikumpul sepanjang tiga bulan itu”, tambah Muhammad Yazurin Sallij
Demi mempromosi produk pelancongan, lukisan mural sepanjang 50 meter yang memaparkan lokasi-lokasi ikon Terengganu kini menghiasi Primula Beach Hotel (PBH).
Jika anda berkunjung ke Primula Beach Hotel (PBH) Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang bergambar di mural pertama yang menggabungkan pelbagai elemen seperti pembangunan, seni warisan kehidupan, dan keindahan pantai dan tasik yang terdapat di negeri Terengganu. Mural tersebut telah siap sepenuhnya, dan mula menunggu kehadiran pengunjung.
Lukisan mural yang mempamerkan Jambatan Angkat, Tasik Kenyir, Pasar Payang, Muzium Terengganu dan Pantai Batu Buruk itu berjaya disiapkan selama 15 hari dan merupakan tarikan baharu pelancong. Lukisan mural tersebut turut memaparkan keindahan seni dan warisan yang sinonim dengan masyarakat Terengganu seperti wau bulan, batik dan songket. Ia dihasilkan oleh empat pelukis tempatan yang diketuai Cikgu Budin, Razali Che Mat, Nazli Hamzah, dan Ahmad Saipudin Abdul Ghani yang bergabung tenaga menerusi kepakaran masing-masing secara sukarela.
Jom singgah sini!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...