Muzium Brooke menambah satu lagi artifak bersejarah iaitu sebatang dayung kayu hiasan sepanjang 1.5 meter berusia 120 tahun.
Dayung tersebut dipamerkan di Galeri Brooke (The Brooke Gallery), Fort Margherita, sebuah kubu tentera yang dibina pada zaman pemerintahan Charles Brooke, Rajah Sarawak pada abad ke-19. Dayung isitmewa itu adalah hadiah kepada Rajah Muda Anthony Brooke, berkemungkinan daripada pemimpin suku tempatan semasa lawatannya ke hulu di sepanjang Sungai Sarawak.
Pengenalan artifak ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-140 tahun Fort Margherita yang merupakan mercu tanda ikonik di bandar Kuching, dan pembukaan semula Galeri Brooke setelah ditutup hampir empat bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Kubu bersejarah ini yang diubah menjadi muzium, dibuka kepada orang ramai pada 2016 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan di negeri Sarawak. Beberapa aktiviti menarik menanti pelancong bersempena dengan pembukaan semula muzium itu, dengan banyak artifak dan imej sejarah Sarawak khususnya semasa zaman Brooke, dipamerkan.
Anda pasti terpesona dengan bangunan warisan bersejarah yang masih kukuh dipulihara dengan baik. Binaan di Kubu Margherita ini dibina pada 1879 dan kini dikenali sebagai The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah negeri Sarawak. Di sini terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang telah dipenggal pada suatu ketika dahulu.
Gua Gomantong merupakan gua batu kapur terletak di Hutan Simpan Gomantong, Sandakan dengan keluasan 3297 hektar yang berada di dalam daerah Kinabatangan Negeri Sabah.
Gua Gomantong dilindungi Jabatan Perhutanan Sabah kaya dengan penghasilan semula jadi sarang burung layang-layang yang cukup bermutu tinggi yang mendapat permintaan masyarakat antarabangsa. Ia turut menjadi sumber pendapatan masyarakat sekitar sejak beberapa keturunan lagi. Gua ini juga diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Disebabkan itu juga, sejak abad ke-13, gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk Maharaja China.
Dari pintu gua, bau asid amonia daripada najis dan kencing kelawar cukup kuat menusuk hidung.Gomantong memiliki dua kompleks gua, dinamakan Simud Hitam dan Simud Putih. Di siling gua tinggal berjuta-juta ekor kelawar, sementara di lantainya pula dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pelbagai spesies ular. Serangga dan binatang ini tidak mengganggu pengunjung yang memasuki gua berkenaan kerana kehadiran mereka hanyalah untuk kelangsungan hidup dengan memakan tahi dan bangkai kelawar. Ada yang mengatakan lipas yang ada dalam gua ini merupakan yang paling banyak wujud di bumi. Buktinya anda boleh melihat sendiri dengan berkunjung ke Gua Gomantong ini.
Pengunjung tidak perlu khuatir dengan tahap keselamatan untuk masuk ke gua ini kerana laluan lantai di situ, dibina daripada kayu yang kukuh binaannya. Laluan ini akan membawa pengunjung menerokai sekitar gua tanpa gangguan binatang berbisa. Bagi mereka yang fobia dengan serangga ini, mungkin peluang terbaik mencuba mengatasi masalah itu sekiranya berkunjung ke Gua Gomantong, Sandakan Sabah. Ada berani?
image via sabahpost.net / google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bukan senang untuk melihat bandar-bandar yang penuh berwarna-warni. Tapi situasi ini tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa bandar yang kami paparkan. Kami percaya, kunjungan ke bandar ini membantu menceriakan hari anda!
Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Willemstad, Curacao
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
La Boca, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
Longyearbyen, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
Nyhavn, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan. Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilili air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walaupun kota raya Kuala Lumpur sudah dibanjiri dengan pelbagai bentuk dan jenis pusat membeli-belah namun tarikan terbaru yang terlerak di Bukit Bintang ini pastinya menjanjikan sesuatu yang lebih berbeza dan istimewa.
Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre atau dikenali LaLaport BBCC merupakan yang pertama seumpmanya bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara. Pusat beli-belah yang popular dan berasal dari Jepun ini merupakan fasiliti pertama di Asia Tenggara olegh Mitsui Fudosan C. Ltd (Mitsui Fudosan).
LaLaport BBCC yang merupakan pusat beli-belah gaya hidup dari Jepun itu memiliki keluasan lantai 82,600 meter persegi dan akan menjadi LaLaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.
LIBUR berkesempatan mengikuti program Media Preview pada hari ini dan dimaklumkan bahawa ia bakal dibika kepada pengunjung bermula Khamis, 20 Januari 2022. Terletak di Bukit Bintang, LaLaport BBCC boleh juga dikunjungi menggunakan pengangkutan awam.
LaLaport BBCC dihubungkan dengan stesen LRT di Stesen Hang Tuah serta Stesen Merdeka MRT dengan laluan pejalan kaki selama lima minit.
Berbeza dengan kebanyakan pusat beli-belah yang lain, LaLaport BBCC tampil dengan rekaan moden yang minimalis hadir dengan sentuhan citarasa Jepun. Segenap sudut rekaan dapat kita saksikan pengaruh Jepun yang sangat kuat.
Selain pelbagai outlet beli-belah, LaLaport BBCC mempunyai kelainan dengan menyediakan Central Rooftop Garden yang berkeluasan 1,700 meter persegi. Ia merupakan kawasan terbuka dengan pemandangan indah suasana pencakar langit sekitarnya.
Wow Plaza pula menyediakan ruang yang besar untuk pelbagai acara terletak berhampiran dengan Gourmet Street. Di Gourmet Street pelbagai restoran dan kedai makanan dan minuman disediakan dengan konsep lebuh terbuka.
Terdapat juga beberapa jenama yang khusus dibawa buat pertama kalinya ke Malaysia dari Jepun. Di antaranya ialaj Nitori, premis kelengkapan perabot dan keperluan rumah dari Jepun. Manakala Nojima pula merupakan utelt teknologi dan peranti kelangkapan elektrik dan elektronik pertama seumpamanya di Malaysia.
Coo&RIKU pula kedai haiwan peliharaan dari Jepun yang juga merupakan outlet pertama seumpamanya di negara kita. Jadi jika anda ingin saksikan sendiri apakah keistimewaan pusat beli-belah dari Jepun di Malaysia ini jangan lepaskan peluang untuk mengunjunginya ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...