Mimaland mula dibina dalam tahun 1971 dan beroperasi pada 1975. Lokasi Mimaland atau Malaysia In Miniature Land terletak di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak. Tahun 1994 taman tema ini telah ditutup sepenuhnya.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga.
Mimaland dulunya taman tema air dan rekreasi yang hebat kini terbengkalai atas faktor:
Seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Ditutup sementara.
Dibuka semula, namun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
IKLAN
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan telah menyeret Mimaland ke mahkamah atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan, pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi. Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Ada yang melompat gembira apabila beberapa jenis sukan seperti badminton, tenis dan joging termasuk berbasikal telah dibenarkan untuk lakukan ketika ini.
Walaupun orang ramai dibenarkan untuk melakukan beberapa sukan yang dibenarkan, namun anda tidak boleh menjalankan aktiviti ini seperti ‘kebiasaan’ kecuali dengan syarat mengamalkan penjarakkan sosial.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan bermula 4 Mei.
Dengan kebenaran yang telah diberikan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah membuka taman-taman rekreasi di bawah seliaan pihaknya bermula hari ini (4 Mei 2020) selepas ditutup sejak Mac lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membuka taman rekreasi tersebut namun akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Antara taman-taman di Kuala Lumpur termasuklah Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman di Kepong dan beberapa taman rekreasi lain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Chefchaouen adalah bandar yang wajib untuk dilawati di Morocco kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat menarik seperti Atlas Mountains, Ait Ben Haddou, dan Ourika Valley. Selain itu, Chefchaouen juga boleh dikatakan sebuah bandar yang mesra kepada pelancong yang datang ke Morocco.
Bandar biru Chefchaouen ini adalah salah satu bandar yang terkenal di dunia, malah ianya adalah bandar yang paling berbaloi dikunjungi sekiranya anda tiba ke Morocco
Chefchaouen atau Chaouen adalah bandar yang romantik dan tercantik di bumi Morocco. Bandar yang terletak di utara Morocco ini amat berbeza berbanding tempat-tempat lain di sana. Dengan faktor lokasinya yang terletak di wilayah utara, suhu di sini sentiasa sejuk walaupun berada dalam musim panas. Ini berikutan bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi ini tersembunyi beratus meter di atas pergunungan dan kerap ditiupi angin yang mendinginkan.
Kenapa Chefchaouen boleh jadi begitu biru?
Tak ada satu pun penjelasan yang logik macam mana Chefchaouen boleh bertukar menjadi begitu biru seumpama ini. Nak kata ianya menjadi perkampungan The Smurfs, tak pula. Nak kata berlakunya letupan kilang cat, lagi la tidak.
Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya biru yang ada di Chefchaouen sehingga ianya menjadi begitu popular, tapi kebanyakkan orang percaya biru yang ada di Chefchaouen ini datangnya daripada pelarian Yahudi yang tiba di Chefchaouen pada kurun ke-15.
Warna biru ini dianggap sebagai simbol ‘syurga’ oleh mereka pada waktu itu dan warna biru ini dikatakan mampu untuk menghindari nyamuk. Nyamuk yang menjengkelkan ini dianggap tidak suka dengan warna biru. Hmm.. Tak tahu la betul ke tak. Hahaha..
Bagaimana anda boleh ke Chefchaouen?
Chefchaouen terletak agak jauh berbanding tempat-tempat lain di Morocco. Anda memerlukan sedikit kesabaran sekiranya ingin berkunjung ke sini. Sama ada anda boleh sampai ke sini dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi atau anda boleh memandu kereta sewa. Trip anda ke Chefchaouen akan bermula dari Fez atau Tangier.
Pengangkutan dan pemandu pelancong boleh didapati di Fez atau Tangier. Sebaiknya anda memilih pakej tour yang ada di sana kerana untuk DIY, takut kekosongan bas terhad dan teksi telah habis ditempah atau tidak mahu untuk memandu ke Chefchaouen.
Jadi sebaiknya anda pilih sahaja mana-mana pakej tour ke Chefchaouen yang ditawarkan di Fez atau Tangier.
Apa yang anda boleh buat di Chefchaouen?
Well, ada banyak aktiviti sebenarnya yang anda boleh buat di sini seperti:
Melawat Plaza Uta el-Hammam
Plaza Uta el-Hammam adalah pusat kepada Chefchaouen. Pada waktu siang, plaza ini agak membosankan dan sunyi. Untuk pengetahuan anda, pengaruh Sepanyol dan Arab telah tersebar luas di seluruh kawasan ini. Pengaruh ini bukan sahaja dapat dilihat di luar bangunan yang terdapat di kawasan plaza, malah hidangan makanan di restoran yang terdapat di sini turut mempunyai sentuhan Sepanyol dan juga Arab. Plaza Uta el-Hammam ini sesuai untuk aktiviti santai atau melihat warga tempatan.
Melawat Masjid Besar
Di Plaza Uta el-Hammam, anda juga akan melihat sebuah masjid besar. Masjid yang indah ini juga mempunyai sebuah menara tinggi yang digunakan oleh juruazan untuk memanggil orang solat lima kali sehari. Sudah tentu, sebagai orang bukan Islam, anda tidak boleh masuk, tetapi tiada siapa yang menghalang anda daripada mengintip melalui pintu depan untuk melihat ritual muslim di sana.
Air Terjun Akchour
The Cascades d’Akchour tidak berada di Chefchaouen, tetapi air terjun ini terletak berhampiran dan rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke sana. Dengan menggunakan teksi, perjalanan ke air terjun ini hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum anda tiba ke syurga dunia ini. Sebelum tiba ke lokasi, anda akan dengar bunyi air terjun Akchour. Dengan air yang hampir sama biru seperti dinding Chouen, anda dengan mudah boleh menghabiskan beberapa jam di sini tanpa disedari masa telah berlalu.
Kasbah Chefchaouen
Di sebelah Plaza Uta el Hammam, terdapat struktur dinding berpasir Kasbah yang menjulang tinggi. Akses ke kawasan ini akan menelan kos belanja sebanyak 10 atau 20 dirham. Di tengah-tengah Kasbah ini, anda akan dapat melihat sebuah taman yang mengagumkan disamping sebuah oasis yang mendamaikan! Di dalam bangunan ini, anda akan jumpa penjara dan sebuah muzium kecil. Bahagian paling indah dari mercu tanda di Chefchaouen ini adalah pemandangan indah dari tingkat atas. Jangan sesekali lepaskan peluang apabila berkunjung ke sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Jeju merupakan pulau terbesar serta paling selatan di Korea Selatan dan memiliki daya tarikan pelancongan yang pelbagai. Pulau ini sangat popular di kalangan rakyat Korea Selatan sendiri sebagai destinasi percutian.
Beberapa filem serta rancangan popular Korea Selatan seperti Running Man pernah dirakam di Pulau Jeju, sekaligus membawa keindahan Pulau Jeju kepada dunia luar.
Pulau Jeju kini semakin mudah dilawati rakyat Malaysia selepas Air Asia mengumumkan penerbangan terus dari KL-Jeju dengan kekerapan empat kali seminggu!
Sehubungan dengan itu, Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia-Brunei mengambil inisiatif mengadakan seminar Discover New Jeju. Ia bertujuan memberi pendedahan secara terus Pulau Jeju kepada pengunjung dan media semasa.
Seminar dirasmi Ketua Pengarah Biro Pelancongan Wilayah Khas Pulau Jeju, Encik Lee Seung Chan. Penerangan seminar Pulau Jeju merangkumi penerbangan, tempat tinggal, pengangkutan di sana, makanan halal serta lokasi menarik untuk dilawati.
Tahun lepas sahaja, direkodkan seramai 66,000 pelancong Malaysia berkunjung ke Pulau Jeju dan ramai yang datang gaya backpackers. Dengan adanya penerbangan terus, dijangka semakin ramai pelancong Malaysia ke sana.
Pulau Jeju beriklim empat musim. Ini sudah tentu antara sebab utama anda mahu ke sana. Pilihan mengikut musim yang anda impikan. Pengalaman ini dapat dirakam dalam bentuk foto dan video kenangan serta dapat dikongsi bersama yang lain.
Pulau Jeju memiliki rangkaian sistem pengangkutan yang efisyen. Ada bas antara bandar, bas pelancong, kereta sewa dengan GPS, atau teksi. Anda boleh pilih dengan harga yang berpatutan. Sistem bas paling murah serta efektif dengan aplikasi kad sentuh dan Wi-Fi percuma.
Luas Pulau Jeju hampir tiga kali keluasan Singapura. Kebiasaannya empat hari diperlukan bagi anda lawati hampir setiap lokasi menarik jika menyewa kereta. Kereta di sana dipandu sebelah kiri. Pemanduan di sana mudah kerana Pulau Jeju tidak sarat dengan trafik. Anda tidak akan sesat selagi berpandukan sistem GPS. Jika menyewa, jangan lupa meminta GPS versi English.
Menariknya, Pulau Jeju ada juga menawarkan kereta sewa elektrik. Terdapat lokasi awam yang anda boleh cas semula bateri secara percuma. Pulau Jeju menyasarkan penggunaan total kereta elektrik menjelang 2030. Ini baik untuk kebersihan persekitaran alam semulajadi.
Pulau Jeju memiliki banyak lokasi menarik seperti Gunung Hallasan yang tertinggi di Korea Selatan, Seongsan Ilchulbong; kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolkanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu, Love Land; taman tema erotik sesuai foto kenangan yang mencuit hati, Jeongbang Waterfall; air terjun setinggi 23meter berhampiuran lautan, Manjanggul; pada ketinggian 23m, tinggi 30m dan panjang 8.928km, ia adalah tiub lava yang ke-12 terpanjang di dunia, Teddy Bear Museum, Seonimgyo Bridge, dan banyak lagi menanti anda terutamanya pemandangan indah ketika musim yang berlainan.